I will meet the police in the next few days on my remarks to Malaysian students in Manchester at the end of last month.
I was accused of making provocative remarks when I said that the Malaysian Constitution provides that a non-Malay can be a Prime Minister.
There was no such intention.
The Malaysian Constitution is a non-provocative document, the basis on which Malaysian unity must be founded.
I believe one way for UMNO to establish its relevance to the Malay race and the Malaysian nation is to return to original nation-building principles as championed by the first three Prime Ministers of Malaysia who were also UMNO Presidents, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, and Tun Hussein.
I believe that Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, and Tun Hussein were not being provocative when they supported and provided in the Malayan and later the Malaysian Constitution that a non- Malay could be a Prime Minister of Malaysia.
I agree with commentators that at present, the statement that a non-Malay could be a Prime Minister of Malaysia is a “statement of fact” but not a “statement of reality”.
This is why I said In Manchester:
“In the United States, it took 230 years for a Black American to become the President of the United States. “I hope that Malaysia will not take 230 years for a non-Malay to become a Prime Minister, but in the next 100 years, I do not expect this to happen.”
If in 1860s, Americans were asked whether a Black American can become the President of the United States, the answer will be a universal “No”. But some 150 years later, a Black American Barack Obama became the 44th President of the United States in 2009.
This was why I said in Manchester:
“I was accused of wanting to be a Prime Minister of Malaysia. This thought never entered my mind because under the present circumstances, it was not possible. “We must have a situation where the majority of Malaysians, whether Malays, Chinese, Indians, Kadazans or Dayaks, dream the Malaysian Dream and not a mono-ethnic dream.”
Why was it possible to provide in 1957 in the Malayan Constitution, and later in 1963 in the Malaysian Constitution, that a non-Malay could become a Prime Minister and not be regarded as “provocative”, but six decades later, it becomes “provocative” to explain what is in the Constitution?
Was it wrong to say that the Malaysian Constitution, the Rukun Negara, and Vision 2020 with its nine strategic challenges provide for a multi-ethnic, multi-religious, and multi-cultural Malaysian Dream and not a mono-ethnic dream?
For the last five years, Malaysians have allowed themselves to be bamboozled into being obsessed with “2R” questions of race and religion, believing that a race or a religion is facing existential extinction.
No race or religion in Malaysia is facing existential threat or extinction.
As the Sultan of Selangor said in a recent interview, Malaysia is a melting pot of various cultures that has been preserved since Independence, and that the country must continue to defend its multi-cultural values and background which remains one of the strengths that unite country.
The Sultan of Selangor said there are no pendatangs in Malaysia as the Malay Rulers have accepted all, including the non-Malays, as citizens.
Malaysia has the qualifications to be a role model to the world in inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony, and let us all work for Malaysia to rise up again as a world-class nation and to be “Instant Asia”!
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Monday, December 11, 2023)
Saya akan bertemu dengan pihak polis dalam beberapa hari yang akan datang untuk memberikan keterangan mengenai kenyataan saya kepada para pelajar Malaysia di Manchester pada bulan lepas
Saya akan bertemu dengan pihak polis dalam beberapa hari yang akan datang untuk memberikan keterangan mengenai kenyataan saya kepada para pelajar Malaysia di Manchester pada bulan lepas.
Saya telah dituduh sebagai membuat provokasi apabila saya mengatakan yang Perlembagaan Malaysia memperuntukkan yang seorang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri.
Tidak ada niat sebegini.
Perlembagaan Malaysia ini bukanlah satu dokumen yang bersifat provokatif, sebaliknya ia perlu menjadi asas kepada perpaduan Malaysia.
Saya percaya yang salah satu cara untuk UMNO kembali relevan kepada orang Melayu dan negara Malaysia adalah untuk parti tersebut kembali kepada prinsip-prinsip pembinaan negara bangsa yang diperjuangkan oleh tiga Perdana Menteri terawal negara — Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Hussein — yang juga merupakan para Presiden UMNO.
Saya bersetuju dengan seorang pengulas yang mengatakan buat masa ini, kenyataan bahawa seorang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri ini adalah satu “kenyataan fakta” dan bukanlah satu “kenyataan realiti”.
Di Amerika Syarikat, mereka mengambil masa 230 tahun sebelum seorang berkulit hitam dapat menjadi Presiden Amerika Syarikat.
Saya harap, Malaysia tidak memerlukan 230 tahun untuk melihat seorang bukan Melayu berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi saya tidak jangka perkara ini akan terjadi dalam 100 tahun yang akan datang.
Sekiranya dalam tahun 1860-an, rakyat Amerika Syarikat ditanya sama ada seorang individu berkulit hitam boleh menjadi Presiden Amerika Syarikat, jawapannya sudah tentu sekali “Tidak”.
Namun, kira-kira 150 tahun kemudian, seorang rakyat Amerika Syarikat berkulit hitam, Barack Obama, menjadi Presiden Amerika Syarikat yang ke-44 pada tahun 2009.
Kerana inilah saya katakan di Manchester:
Saya pernah dituduh sebagai kononnya ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Perkara ini langsung tidak pernah terlintas dalam fikiran saya kerana dalam keadaan semasa, perkara ini tidak mungkin akan berlaku.
Kita perlu berada dalam situasi di mana sejumlah besar rakyat Malaysia, sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, mengimpikan Impian Malaysia dan bukannya impian mono-etnik.
Mengapakah pada tahun 1957 dalam Perlembagaan Malaya dan kemudiannya pada tahun 1963 dalam Perlembagaan Malaysia, kenyataan yang mengatakan untuk seorang bukan Melayu menjadi seorang Perdana Menteri tidak dianggap sebagai satu perkara yang “provokatif”, namun enam dekad kemudian menjelaskan perkara yang ada dalam Perlembagaan ini kini dianggap “provokatif”?
Salahkah untuk katakan yang Perlembagaan Malaysia, Rukun Negara, dan Wawasan 2020 dengan sembilan cabaran strategiknya ini menyediakan asas untuk sebuah Impian Malaysia yang bersifat berbilang etnik, agama, dan budaya dan bukannya bersifat mono-etnik?
Dalam lima tahun yang lepas, rakyat Malaysia telah membiarkan diri mereka dikaburkan dengan isu-isu perkauman dan keagamaan, mempercayai yang sesebuah agama atau kaum sedang berhadapan dengan ancaman.
Tidak ada mana-mana kaum atau agama di Malaysia yang sedang berhadapan dengan ancaman eksistensial atau bakal dihapuskan.
Seperti yang dititahkan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam sebuah wawancara baru-baru ini, Malaysia adalah tempat pertemuan pelbagai budaya yang dikekalkan sejak Kemerdekaan negara, dan negara kita perlu terus mempertahankan nilai-nilai dan latar belakang yang pelbagai ini yang merupakan salah satu kekuatan yang menyatukan negara kita.
Baginda mengatakan yang tidak ada pendatang di Malaysia ini memandangkan para Raja-Raja Melayu telah menerima semua, termasuklah golongan bukan Melayu, sebagai rakyat.
Malaysia mampu untuk menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia dan marilah kita semua berusaha untuk Malaysia bangkit semula menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan menjadi sebuah “Asia Segera”!
(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang, pada hari Isnin, 11 Disember 2023)