Malaysia’s conspicuous absence in two lists – Apolitical’s 100 most influential people in Climate Policy 2022/2023 and TIME magazine 100 most influential climate leaders in Business for 2023 — are indications that the country is not sufficiently reversing course in the national decline in the last quarter of a century to rise up again as a great world-class nation.
Perikatan Nasional (PN) of PAS and Bersatu were confident that the “Green Wave” that both parties triggered in the 15th General Election in November last year would have the momentum to topple the Anwar Ibrahim unity government by latest in the six state general elections in August this year, but the “Green Wave” petered out despite demonstrating in the recent Kemaman parliamentary by-election that it is a strong factor and cannot be taken lightly.
PAS would not have fielded the Terengganu Menteri Besar, Ahmad Samsuri Mokhtar and touted him as a possible future Prime Minister if UMNO had not fielded a very strong candidate in the by-election.
But the question that must bugged thinking Malaysians must by why Malaysians are not sufficiently focused on the country regaining world-rank status or on the future.
In the first year of the Anwar unity government, no PAS or Bersatu leader spoke of the need for Malaysia to rise up again and be a world-class nation, or spoke on the subjects which are the concerns of the thinkers of the future — AI, digital technology, climate change, and space.
Instead, PN leaders forced Malaysians to be obsessed with the “2R” issues of race and religion and inadvertently exposed the shocking decline in educational quality and standards with a PAS Member of Parliament with PhD qualifications showing herself to be totally “media illiterate” and cannot distinguish between truth and lies, or facts from fake news.
There is a serious unemployment rate among Malaysian PhD scholars and clearly one solution is for them to become PAS MPs.
But unless the nation’s leaders are capable to apply their minds on how Malaysia can rise up again to be a world-class nation, and also think and plan for the future (say when Malaysia marks its centennial in four decades) Malaysia may be doomed to become a divided, failed, and kleptocratic state.
But this need not be Malaysia’s destiny.
The Sultan of Selangor said in an interview that Malaysia is a melting pot of various cultures that has been preserved since Independence, and that the country must continue to defend its multi-cultural values and background which remains one of the strengths that unite country.
The Sultan of Selangor said there are no pendatangs in Malaysia as the Malay Rulers have accepted all, including the non-Malays, as citizens.
The Sultan of Selangor is right.
There is no reason why Malaysia cannot be a role model to the world in inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Sunday, 10th December 2023)
Mengapakah rakyat Malaysia tidak cukup fokus terhadap usaha untuk mendapatkan semula status sebagai sebuah negara bertaraf dunia atau untuk masa hadapan Malaysia?
Ketiadaan wakil Malaysia dalam dua senarai — 100 individu berpengaruh dalam Dasar Iklim 2022/2023 dan 100 pemimpin isu iklim dalam perniagaan untuk 2023 majalah TIME — menjadi petanda yang negara kita tidak melakukan sebolehnya untuk menghentikan kemerosotan negara yang terjadi dalam suku abad yang terakhir untuk membolehkan kita bangkit semula sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk PAS dan Bersatu yakin sekali yang “Gelombang Hijau” yang dicetuskan kedua-dua parti ini dalam Pilihan Raya Umum ke-15 pada bulan November lepas akan mempunyai momentum yang cukup untuk menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim selewat-lewatnya menjelang enam pilihan raya negeri pada bulan Ogos tahun ini, namun, “Gelombang Hijau” ini kini semakin pudar walaupun pilihan raya Kemaman baru-baru ini menunjukkan ia adalah satu faktor yang kuat dan tidak boleh dipandang remeh.
PAS tidak akan meletakkan Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar, dan menjajanya sebagai calon Perdana Menteri sekiranya UMNO tidak meletakkan seorang calon yang sangat kuat dalam pilihan raya kecil ini.
Namun, persoalan semestinya membelenggu rakyat Malaysia yang berfikir adalah mengapa rakyat Malaysia tidak cukup fokus untuk mengejar status menjadi sebuah negara bertaraf dunia atau untuk masa hadapan negara.
Dalam tahun pertama kerajaan perpaduan Anwar, tidak ada pemimpin PAS atau Bersatu yang bercakap mengenai keperluan untuk Malaysia bangkit semula dan menjadi sebuah negara bertaraf dunia, atau bercakap mengenai isu-isu yang menjadi perhatian para pemikir dunia — seperti isu AI, teknologi digital, perubahan iklim, dan angkasa.
Sebaliknya, para pemimpin PN memaksa rakyat Malaysia untuk terus obses dengan isu-isu perkauman dan keagamaan dan secara tidak sengaja mendedahkan kemerosotan kualiti dan tahap sistem pendidikan negara, dengan seorang Ahli Parlimen PAS yang ada ijazah doktor falsafah menunjukkan dirinya sebagai seorang yang “buta media” dan tidak mampu untuk membezakan di antara perkara yang betul dengan perkara yang salah, atau membezakan fakta dari berita palsu.
Terdapat masalah pengangguran yang serius dalam kalangan pemegang ijazah doktor falsafah di Malaysia dan jelas sekali salah satu solusinya adalah untuk mereka menjadi Ahli Parlimen PAS.
Tetapi, melainkan para pemimpin negara mampu untuk menerapkan pemikiran mereka tentang bagaimana Malaysia boleh bangkit semula menjadi sebuah negara bertaraf dunia, dan juga berfikir dan merancang untuk masa depan (ketika Malaysia menandakan ulang tahun ke-100 negara dalam empat dekad dari sekarang) Malaysia mungkin ditakdirkan untuk menjadi sebuah negara yang berpecah, gagal dan kleptokratik.
Tetapi perkara ini tidak perlu menjadi takdir untuk Malaysia.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dalam satu temu bual bertitah bahawa Malaysia adalah tempat pertemuan pelbagai budaya yang telah dipelihara sejak merdeka, dan negara perlu terus mempertahankan nilai dan latar belakang pelbagai budaya yang kekal sebagai salah satu kekuatan yang menyatukan negara.
Baginda bertitah tidak ada pendatang di Malaysia memandangkang Raja-raja Pemerintah telah menerima semua, termasuk orang bukan Melayu, sebagai warganegara.
Apa yang dikatakan baginda ini tepat sekali.
Tidak ada sebab mengapa Malaysia tidak boleh menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik, agama, budaya dan peradaban kepada dunia.
(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang, pada hari Ahad, 10 Disember 2023)