Education

Time to end the abuses and deviations of NEP

By Kit

November 30, 2023

(Versi BM)

I commend the Royal Education Award winner in Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Nahvin Muthusamy for speaking about the restoration of meritocracy in the education system, for it is time that we end the abuses and deviations in the education system as we do not want a local university to award PhD to someone who is totally media illiterate, and cannot distinguish between right from wrong or lies and fake news from truth and fact to enter Parliament to help Malaysia end up as a divided, failed, and kleptocratic state.

I said in Parliament 52 years ago that the DAP is not opposed to the New Economic Policy (NEP) to ensure that the Malay poor had opportunities to become doctors, lawyers, and engineers as there are non-Malay poor who needed help, but we were against affirmative policies to make the Malay rich even richer.

The NEP was meant to have a time-span of 20 years and to end in 1990, but it has continued for over 50 years.

For a start, we should up the abuses and deviations of the NEP.

Malaysia has ended the period of political uncertainty and turmoil which produced four Prime Ministers in five years.

With Anwar Ibrahim assured of his premiership until the 16th General Election either in 2026 or 2027 Anwar should focus on the policy and institutional reforms and changes he has promised the country, and there is no better start than to respond to Nahvin’s brave speech and end the abuses and deviations in the NEP in the education field.

 

(Media statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Liverpool on Wednesday 29th November 2023)

Masa untuk menamatkan salah guna dan penyelewengan DEB

Saya puji penerima Anugerah Pendidikan Diraja di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Nahvin Muthusamy, kerana berani bersuara mengenai pemulihan meritokrasi dalam sistem pendidikan, kerana masanya sudah tiba untuk menamatkan salah guna dan penyelewengan dalam sistem pendidikan kerana kita tidak mahu universiti-universiti tempatan untuk menganugerahkan ijazah doktor falsafah kepada seseorang yang buta media dan tidak dapat membezakan di antara perkara yang betul dengan perkara yang salah atau membezakan di antara penipuan dan berita palsu dengan kebenaran dan fakta untuk masuk ke Parlimen dan membantu menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik.

Saya katakan di Parlimen 52 tahun yang lepas bahawa DAP tidak menentang Dasar Ekonomi Baharu (DEB) untuk memastikan golongan miskin dalam kalangan orang Melayu berpeluang untuk menjadi doktor, peguam, dan jurutera kerana adanya orang miskin dalam kalangan bukan Melayu, sebaliknya, kita menentang tindakan afirmatif sebegini untuk mengayakan lagi golongan Melayu yang sudah kaya.

DEB diniatkan untuk dilaksana selama 20 tahun dan sepatutnya tamat pada tahun 1990, tetapi dasar ini telah diteruskan selama lebih dari 50 tahun. Sebagai satu permulaan, kita patut akhiri salah guna dan penyelewengan yang ada dalam DEB.

Malaysia telah keluar dari era ketidaktentuan politik yang telah memberikan negara kita empat orang Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun.

Dengan Anwar Ibrahim kini terjamin dengan pentadbirannya sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 – sama ada pada tahun 2026 atau 2027 – Anwar patut menumpukan usaha kepada usaha perubahan dan reformasi dasar dan institusi yang telah dijanjikannya, dan tidak ada tempat yang lebih baik untuk bermula selain dari menyahut ucapan Nahvin yang berani dengan menghapuskan salah guna dan penyelewengan DEB dalam bidang pendidikan.

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Liverpool pada hari Rabu, 29 November 2023)