The PAS President Hadi Awang continues in a binge of new allegations against others, to the extent that the question must be asked whether Tun Dr. Mahathir Mohamad was a DAP Gurkha in the 22 months he was Prime Minister of the Pakatan Harapan government from May 2018–February 2020 and had to be toppled by the Sheraton Move political conspiracy.
Hadi has proved to be the most dishonest, irresponsible, and untrustworthy political leader in Malaysia, for he has not been able to give an iota of evidence to substantiate his wild and preposterous allegations that DAP was anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty, communist, and promoting Islamophobia.
He has not been able to explain whether I was anti-Malay, anti-Islam, anti-royalty, a communist, and promoting Islamophobia when he approached me in 2014 with other PAS leaders to suggest that Pakatan Rakyat should replace Anwar Ibrahim with Tengku Razaleigh Hamzah as the Prime Minister-designate of Pakatan Rakyat, although Tengku Razaleigh was not in Pakatan Rakyat?
There was also no talk or allegations that I was anti-Malay, anti-Islam, anti-royalty, communist, and promoting Islamophobia when Muhyiddin Yassin saw me in a cloak-and-dagger rendezvous in a Kuala Lumpur hotel in 2016 for DAP support for him to be Prime Minister — which I had declined to give as the DAP was committed to Anwar Ibrahim as Prime Minister.
But Hadi has come out with a new allegation again without substantiation — he accused UMNO and Amanah were now “DAP’s Gurkha”.
Was Mahathir acting as DAP’s Gurkha when he announced in his speech at the United Nations General Assembly that Malaysia would ratify all the UN international covenants, which caused Hadi to go on a rampage against the DAP for masterminding the plan to ratify the International Covenant of the Elimination of Racial Discrimination (ICERD)?
In fact, DAP knew nothing about Mahathir’s speech at the UN General Assembly.
The Foreign Minister at the time is now in Bersatu. Was Mahathir a Bersatu Gurkha?
It is easy to look up the archives to find past videos of Muhyiddin Yassin labelling PAS as “parti ajaran sesat”.
Has Muhyiddin become Hadi’s Gurkha or has Hadi become Muhyiddin’s Gurkha.
Hadi has become a great pal of Mahathir — it would appear that Hadi could make up with a DAP Gurkha!
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Friday, 25th August 2023)
Adakah Mahathir seorang Gurkha DAP semasa dia menjadi Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan dari Mei 2018 hingga Februari 2020?
Presiden PAS, Hadi Awang, terus-menerus menabur pelbagai bentuk tuduhan terhadap orang lain, sehingga perlu ditanya persoalan, adakah Tun Dr. Mahathir Mohamad juga merupakan Gurkha DAP semasa dia menjadi Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan selama 22 bulan dari Mei 2018 hingga Februari 2020 dan dia perlu ditumbangkan oleh konspirasi politik Langkah Sheraton.
Hadi telah terbukti sebagai seorang pemimpin politik yang paling tidak jujur, tidak bertanggungjawab, dan tidak boleh dipercayai di Malaysia, kerana dia langsung tidak mampu untuk memberikan satu bukti sekalipun untuk tuduhan-tuduhannya yang mengatakan kononnya DAP ini anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis, dan mempromosikan Islamofobia.
Dia juga gagal untuk menjelaskan sama ada saya ini seorang yang anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis, dan mempromosikan Islamofobia semasa dia mendekati saya pada tahun 2014 bersama-sama dengan pemimpin PAS yang lain untuk mencadangkan supaya Tengku Razaleigh Hamzah dipilih untuk menggantikan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, sedangkan Tengku Razaleigh tidak ada dalam Pakatan Rakyat pun ketika itu?
Tidak ada juga sebarang tuduhan yang mengatakan saya sebagai anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis, dan mempromosikan Islamofobia semasa Muhyiddin Yassin mendekati saya secara bermuslihat di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada tahun 2016 untuk mendapatkan sokongan DAP supaya dia dapat menjadi Perdana Menteri — yang mana saya telah tolak kerana DAP komited dengan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.
Tetapi Hadi kini telah mengeluarkan tuduhan baru sekali lagi — dia menuduh UMNO dan Amanah sebagai kononnya “Gurkha DAP”.
Adakah Mahathir ini bertindak sebagai Gurkha DAP ketika dia mengumumkan dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bahawa Malaysia akan meratifikasi semua perjanjian-perjanjian antarabangsa, yang telah menyebabkan Hadi untuk menyerang DAP secara besar-besaran kerana kononnya menjadi dalang di sebalik rancangan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa tentang Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Perkauman (ICERD)?
Sebenarnya, DAP langsung tidak tahu apa-apa mengenai ucapan Mahathir di Perhimpunan Agung PBB.
Menteri Luar Negeri ketika itu kini ada dalam Bersatu. Adakah Mahathir ini Gurkha Bersatu?
Mudah sebenarnya untuk kita melihat kepada arkib silam dan mencari video di mana Muhyiddin Yassin melabel PAS sebagai “parti ajaran sesat”.
Adakah Muhyiddin kini sudah menjadi Gurkha Hadi atau Hadi yang menjadi Gurkha Muhyiddin.
Hadi sudah menjadi rakan akrab Mahathir — nampaknya Hadi juga boleh berkawan dengan seorang Gurkha DAP!
(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Jumaat, 25 Ogos 2023)