I may be the most demonized person in Malaysian history, but it will not deter me from performing my duty and loyalty to make Malaysia rise up again to become a great world-class nation.
As I learnt in Cheng Siu Chinese primary school in the forties, the Song general Yue Fei’s (岳飛) mother tattooed on his back the four words, jìn zhōng bào guó 盡忠報國 (‘serve the country with the utmost loyalty’), but the country for everyone here is Malaysia and not China.
I said in my first speech in Parliament 52 years ago on 23rd February 1971 that Malaysia had two great tasks:
- To restore national unity and arrest the racial polarisation in this country by assuring all Malaysians, regardless of their race, that they will have an equal deal in Malaysia, by the removal of all the imbalances in the different fields of Malaysian life which cause alienation and antagonism among the races;
- Restore the people’s confidence in the Parliamentary democratic process by genuinely operating a meaningful Parliamentary democracy, for without such a process there cannot be a genuine multi-racial Malaysian nation where all will have an equal place under the Malaysian sun.
These two tasks remain Malaysia’s greatest challenges after half a century of nation-building and they must be the criteria by which to judge the Anwar unity government in the 16th General Election in 2027 — whether it has been able to make use of the political stability of the next four years to ensure greater nation unity in plural Malaysia not only to become model of democracy but a successful, progressive, and prosperous nation in the world.
I visited the National Art Gallery yesterday for its digital exhibition, Atma Kirana, expressing the beautiful “soul” of Rukun Negara.
ATMA KIRANA is an installation that uses 100 reused LED panels to display five unique flower motifs based on the five principles of Rukun Negara.
They are Faith (Percaya), Loyalty (Setia), Good Governance (Luhur), Rules of Law (Adil), and Kindness (Baik).
The 100 LED panels, purposely suspended in mid-air, showcase a blend of colours and light that will highlight the diversity of Malaysia.
The constant thought in my mind during the visit is that the person who had been Prime Minister twice for as long as 24 years should visit the digital exhibition on Rukun Negara, and he will not say nonsense that promoting a multi-racial Malaysia runs afoul of the Malaysian Constitution.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Saturday, 19th August 2023)
Saya mungkin orang yang paling banyak difitnah dalam sejarah Malaysia, tetapi perkara ini tidak menghalang saya dari menjalankan tanggungjawab saya dengan penuh setia untuk berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dunia
Saya mungkin orang yang paling banyak difitnah dalam sejarah Malaysia, tetapi perkara ini tidak menghalang saya dari menjalankan tanggungjawab saya dengan penuh setia untuk berusaha menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dunia.
Seperti yang saya belajar di Sekolah Rendah Cina Cheng Siu pada tahun empat puluhan, ibu kepada general Yue Fei dari dinasti Song mencacahkan empat perkataan di belakang badannya, jìn zhōng bào guó 盡忠報國 (berkhidmat untuk negara dengan kesetiaan penuh), tetapi negaranya di sini untuk semua orang adalah Malaysia dan bukannya China.
Saya telah katakan dalam ucapan pertama saya di Parlimen 52 tahun yang lepas pada 23 Februari 1971 yang Malaysia ada dua tugas besar:
(1) Untuk mengembalikan perpaduan negara dan menghentikan polarisasi perkauman dalam negara dengan memberikan jaminan kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum mereka, yang mereka ada peluang yang sama di Malaysia, dengan membuang ketidakseimbangan dalam pelbagai bidang kehidupan di Malaysia yang telah menyebabkan pengasingan dan antagonisme di antara kaum;
(2) Untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap proses demokrasi berparlimen dengan mengamalkan demokrasi berparlimen dengan cara yang bermakna, kerana tanpa proses sebegini, tidak mampu untuk adanya negara majmuk Malaysia yang berbilang kaum, di mana semua orang mempunyai tempat yang saksama di bawah matahari Malaysia.
Dua tugas ini kekal sebagai cabaran terbesar Malaysia selepas setengah abad usaha membina negara dan kedua-dua perkara ini perlu menjadi kriteria untuk menilai kerajaan perpaduan Anwar dalam Pilihan Raya Umum ke-16 pada tahun 2027 — sama ada mereka berjaya menggunakan kestabilan politik dalam empat tahun yang akan datang untuk memastikan adanya perpaduan yang lebih erat dalam Malaysia majmuk, untuk Malaysia bukan sahaja setakat menjadi model demokrasi, tetapi menjadi sebuah negara yang berjaya, progresif, dan makmur di dunia.
Saya telah melawat Balai Seni Negara semalam untuk melihat pameran digital, Atma Kirana, yang menunjukkan “jiwa” indah Rukun Negara.
ATMA KIRANA merupakan sebuah pameran seni yang menggunakan 100 panel LED yang digunakan semula untuk mempamerkan lima motif bunga-bunga yang unik berasaskan kepada lima prinsip Rukun Negara.
Motif-motif ini adalah Percaya, Setia, Luhur, Adil dan Baik.
100 panel LED yang digantung terapung ini menunjukkan percampuran warna dan cahaya yang menunjukkan kepelbagaian di Malaysia.
Perkara yang berlegar-legar di minda saya semasa lawatan ini adalah orang yang sudah menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali, selama hampir 24 tahun, patut melawat pameran digital mengenai Rukun Negara ini, supaya dia tidak lagi mengarut dan mengatakan yang usaha mempromosikan Malaysia majmuk berbilang kaum bertentangan dengan Perlembagaan Malaysia.
(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Sabtu, 19 Ogos 2023)