Lim Kit Siang

Complete fictitious “Tan Sri Lim Kit Siang mengamuk bila di tanya tempat lahir beliau”

(Versi BM)

I was sent a video of a group discussion of four persons, whom I do not know, under the heading “Tan Sri Lim Kit Siang mengamuk bila ditanya tempat lahir beliau” on the Facebook of one “TOK PALA”.

The so-called episode that I “mengamuk” when I was asked by airport reporters where I was born was completely fictitious and never happened.

I have never hidden the fact that I was born in Batu Pahat on 20th February 1941, schooled and grew up in Batu Pahat in the forties and fifties.

I enrolled in SJKC Cheng Siu in 1947, switched in 1949 to Batu Pahat English School where I completed 11 years of primary and secondary school education.

The demonisation of me as not a local born but came from China when I was 16 years old and settled in Batu Pahat in the fifties was a complete lie.

The first time I visited China when I was in the fifties.

Perikatan Nasonal (PN) of PAS and Bersatu relied on these lies, falsehoods, fake news and hate speech to win in the six state polls on August 12, 2023 but for how can they depend on lies, falsehoods, fake news and hate speech to win elections?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Friday, 18th August 2023)


Kisah “Tan Sri Lim Kit Siang mengamuk bila di tanya tempat lahir beliau” adalah dongeng semata-mata

Saya telah dihantar satu video perbincangan berkumpulan di antara empat orang, yang saya tidak kenal, di bawah tajuk “Tan Sri Lim Kit Siang mengamuk bila ditanya tempat lahir beliau” di laman Facebook yang bernama “TOK PALA”.

Episod di mana kononnya saya mengamuk ini dikatakan terjadi semasa saya ditanya oleh seorang wartawan di lapangan terbang mengenai di mana saya dilahirkan, sedangkan perkara ini direka semata-mata dan tidak pernah berlaku sama sekali.

Saya tidak pernah menyorokkan fakta bahawa saya dilahirkan di Batu Pahat pada 20 Februari 1941, dan saya bersekolah dan membesar di Batu Pahat pada tahun empat dan lima puluhan.

Saya mendaftar ke SJKC Cheng Siu pada tahun 1947 sebelum berpindah pada tahun 1949 ke Sekolah Inggeris Batu Pahat di mana saya melengkapkan pengajian di peringkat rendah dan menengah selama 11 tahun.

Fitnah yang cuba mengatakan bahawa saya bukan anak kelahiran tempatan, kononnya saya datang dari China ketika saya berusia 16 tahun sebelum menetap di Batu Pahat pada tahun lima puluhan adalah penipuan semata-mata.

Pertama kali saya melawat negara China adalah ketika saya berusia lima puluhan tahun.

Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk PAS dan Bersatu menggunakan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian sebegini untuk cuba menang dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos 2023, tetapi bagaimanakah mereka dapat terus bergantung dengan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian untuk memenangi pilihan raya?

 

(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Jumaat, 18 Ogos 2023)

Exit mobile version