I call on the voters of Prai to elect the Pakatan Harapan/Barisan Nasional candidate, S. Sundarajoo as the Prai Assemblyman to achieve three objectives:
- A better and more progressive Prai;
- Make Penang as a world city; and
- Malaysia rises again to become a great world-class nation.
The voters of Prai must not allow differences of opinion anywhere or non-issues to obstruct the achievement of these three objectives.
There are people who say that Chow Kon Yeow would not become the Penang Chief Minister or that he would not serve his full term of five years but these have been refuted by the DAP national leadership, and there is no reason why they should continue to be issues.
There are people who say that Sundarajoo is not a Penangite when he has been staying and working in Penang for 20 years and have voted three times.
But most important of all, the three objectives of electing Sundarajoo as Prai state assemblyman on Saturday are (i) to ensure a better and more progressive Prai; (ii) make Penang a world city; and (iii) to ensure that Malaysia rises up again to become a great world-class nation and stop the sad story of Malaysia losing to one nation after another.
The Sundarajoo I know is a sincere and hard-working man who knows what is right and wrong.
He knows the meaning of justice, compassion, and solidarity.
I have no hesitation to recommend Sundarajoo for election as Prai State Assemblyman in Penang.
I will take this opportunity to ask every Malaysian not only to cast his or her vote, or ensure that their children and near ones come back from outstation or overseas to vote, but to become campaign workers to explain why it is important to vote this Saturday.
Every vote counts, and this is not the time to boycott election or split the vote as the choice of whether Malaysia continues with the national decline or rise up again to become a great world-class nation is unlikely to come again.
(Media Conference Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in support of of the PH/BN Prai Candidate, S. Sundarajoo, in Prai on Wednesday, 9th August 2023 at 1 pm)
Pilih Sundarajoo sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Prai untuk mencapai tiga matlamat — (i) Prai yang lebih baik dan progresif (ii) Pulau Pinang sebagai bandar dunia dan (iii) Malaysia bangkit sebagai negara hebat dunia
Saya menyeru para pengundi di Prai untuk memilih calon Pakatan Harapan–Barisan Nasional, S. Sundarajoo sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Prai untuk mencapai tiga matlamat seperti berikut:
(i) Untuk Prai yang lebih baik dan progresif; (ii) Pulau Pinang sebagai bandar dunia; dan (iii) Malaysia bangkit semula sebagai negara hebat dunia.
Para pengundi di Prai tidak boleh membiarkan perbezaan pendapat di mana-mana atau perkara kecil menyekat usaha mencapai ketiga-tiga matlamat ini.
Ada mereka yang mengatakan Chow Kon Yeow tidak patut menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang atau dia tidak akan dapat berkhidmat sepenuh penggal lima tahunnya tetapi perkara ini telah dinafikan oleh pimpinan DAP kebangsaan dan tidak ada sebab untuk perkara ini terus menjadi isu.
Ada mereka yang mengatakan Sundarajoo bukan seorang anak jati Pulau Pinang sedangkan dia telah tinggal dan bekerja di Pulau Pinang selama 20 tahun dan mengundi di sini tiga kali.
Tetapi yang paling penting sekali, tiga matlamat yang hendak dicapai dengan memilih Sundarajoo sebagai ADUN Prai adalah (i) memastikan Prai menjadi lebih baik dan progresif, (ii) menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah bandar bertaraf dunia, dan (iii) memastikan Malaysia bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia dan menghentikan kisah sedih di mana Malaysia terus ditinggalkan di belakang satu demi satu negara.
Sundarajoo yang saya kenali adalah seorang yang jujur dan bekerja keras, yang tahu membezakan di antara perkara yang betul dan salah.
Dia tahu erti keadilan, belas kasihan, dan solidariti.
Saya langsung tidak teragak-agak untuk menggesa Sundarajoo dipilih sebagai ADUN Prai.
Saya gunakan peluang ini untuk meminta semua rakyat Malaysia, bukan sahaja untuk mengundi undi mereka dan memastikan anak-anak dan sanak saudara mereka untuk pulang dan mengundi, tetapi juga untuk menjadi petugas kempen dan menjelaskan kepada orang ramai mengapa penting untuk mereka mengundi pada hari Sabtu ini.
Setiap undi bermakna, dan sekarang bukanlah masanya untuk memboikot pilihan raya atau memecahkan undi kerana peluang yang ada di hadapan kita di antara pilihan sama ada Malaysia terus merosot atau bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia ini tidak akan datang lagi.
(Kenyataan Sidang Media veteran DAP Lim Kit Siang menyokong calon PH–BN Prai, S. Sundarajoo di Prai pada hari Rabu, 9 Ogos 2023 jam 1 tengahari)