Lim Kit Siang

Call on voters of six state polls on Saturday to vote for all Pakatan Harapan/Barisan Nasional candidates to make Malaysia a great world-class nation to avoid the disaster of a failed, divided and corrupt state in the coming decades

(Versi BM)

This is a historic occasion for more than one reason.

This is my first trip to Teluk Bahang.

It is also the first time that I am speaking to the local MCA and UMNO leadership.

DAP and the Barisan Nasional have been political enemies for the past 50 years but this should not make us enemies at a personal level.

We however never expected to be co-operating and to be in the same coalition, helping each other.

It is fortunate that in the 15th General Election of 19th November 2022 did not end up with Muhyiddin Yassin or Hadi Awang as the Prime Minister but Anwar Ibrahim as the 10th Prime Minister and head of the Pakatan Harapan/Barisan Nasional/Sabah/Sarawak unity coalition government.

It took three UMNO Prime Ministers and 22 years from 1995 to drop from the inaugural Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CP) 1995 ranking of 23 out of 41 countries to 62 out of 180 countries in 2017, but it took Muhyiddin 10 months from March 1 to Dec. 31, 2020 as “backdoor” Prime Minister to drop from 51st ranking in 2019 to 62nd ranking in 2020 after he toppled the Pakatan Harapan government in the infamous Sheraton Move political conspiracy.

In 2016, Muhyiddin asked me for DAP support for him to become Prime Minister but I told him that the DAP had committed itself to make Anwar Ibrahim the Prime Minister of Malaysia.

With his record on corruption when he was the “backdoor” Prime Minister of Malaysia, unconstitutionally suspending Parliament so that there is no good governance and no Parliamentary check-and-balance on the Executive on corruption and abuses of power, Muhyiddin is not fit to become Prime Minister of a plural Malaysia.

It is also lucky that Hadi Awang did not become the Prime Minister of Malaysia as he has proved to be the leading politician who used lies, falsehoods, fake news, and hate speech the most — and I am still waiting for him to substantiate his wild and preposterous allegations against me for being anti-Malay, anti-Islam, anti-Rulers, causer of May 13, 1969 riots in Kuala Lumpur and a communist. If Hadi cannot substantiate the wild and preposterous allegations against me, is he going withdraw them and apologise for them?

Anwar Ibrahim in his Ekonomi Madani has outlined the following objectives which if successful, will see Malaysia rise up again to become a great world-class nation, viz:

Perikatan Nasional (PN) of PAS and Bersatu has no plans for Malaysian to rise again to become a great world-class nation. They only want Malaysia to go back 500 years to deny the other races and religions their rightful place under the Malaysian sun.

PN should learn from the founding fathers like the first three Prime Ministers of Malaysia and who were also UMNO Presidents, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, and Tun Hussein Onn who accept Malayia as a plural nation of many races, languages, religions, and cultures.

Pakatan Harapan (PH) and Barisan Nasional (BN) had never expected to co-operate in the 15th General Election, but the consequences of PH and BN not co-operating to allow Muhyiddin or Hadi to become Prime Minister was too horrifying to contemplate as well as going against the advice of the Yang di Pertuan Agong.

The PH and BN is co-operating not for self-interests for the good of the country.

In fact, for the purpose of ensuring that Malaysia can rise again and become a great world-class nation, the DAP should be prepared to work with the members and supporters of Bersatu and PAS.

We must make a virtue of necessity, remember what the nation’s founding fathers have tried to lay the basis of a successful plural nation by bring the various races, religions, and cultures to co-operate and co-exist with each other — and these founding fathers have included the nation’s first three Prime Ministers, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn (who were also UMNO Presidents) and other founding fathers of the nation like Tun Ismail, Tun Tan Cheng Lock, and Tun V. T. Sambanthan.

The BN-PH candidate in Teluk Bahang is Ahmad Zaki Shah Haedan.

We not only want Zaki to win Teluk Bahang on August 12, we want all PH/BN candidates in the six state polls to win on Saturday, because I believe the members and supporters of PH and BN want Malaysia to rise again and become a successful world-class nation, and not to end up as a divided, failed, and corrupt state.

Let us make a virtue of necessity. We co-operate for the good of Malaysia, so that Malaysia can be great again.

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang in Telok Bahang campaigning for BN/PH candidate for Teluk Bahang Ahmad Zaki Shah Haedan on Wednesday 9th August 2023 at 9 am)


Seruan kepada para pengundi di enam negeri pada hari Sabtu ini untuk mengundi semua calon Pakatan Harapan/Barisan Nasional untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat dunia dan mengelakkan bencana di mana Malaysia menjadi sebuah negara yang gagal, berpecah belah, dan korup dalam dekad-dekad yang akan datang

Kempen ini adalah satu peristiwa yang bersejarah atas beberapa sebab.

Ini adalah lawatan kali pertama saya ke Teluk Bahang.

Ini juga adalah kali pertama saya bercakap dengan pimpinan MCA dan UMNO tempatan.

DAP dan Barisan Nasional sudah menjadi musuh politik untuk 50 tahun yang lepas, tetapi perkara ini tidak sepatutnya menjadikan kita musuh di tahap peribadi.

Namun, kita semua tidak pernah jangkakan yang kita akan bekerjasama dan berada dalam satu gabungan yang sama, membantu satu sama lain.

Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI), negara kita melalui tiga Perdana Menteri UMNO selama 22 tahun dari 1995 hingga 2021 untuk jatuh dari tempat ke-23 dari 41 negara sejak carta ini diterbitkan pada tahun 1995 ke tempat ke-62 dari 180 negara pada tahun 2017, tetapi, Muhyiddin hanya memerlukan 10 bulan dari 1 Mac ke 31 Disember 2020 untuk menyebabkan negara kita jatuh 11 anak tangga dari tempat ke-51 pada tahun 2019 ke tempat ke-62 dalam TI CPI 2020 selepas dia menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan melalui konspirasi politik Langkah Sheraton.

Pada tahun 2016, Muhyiddin meminta saya untuk mendapatkan sokongan DAP terhadapnya untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi saya telah beritahunya yang DAP telah komited untuk menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dengan rekodnya mengenai rasuah semasa dia menjadi Perdana Menteri “pintu belakang”, tindakannya yang menggantung sidang Parlimen sehingga tidak ada tadbir urus baik dan tidak ada semak imbang Parlimen terhadap pihak Eksekutif dapat dilaksanakan, dan salah guna kuasa yang berlaku, Muhyiddin tidak sesuai untuk menjadi Perdana Menteri untuk sebuah Malaysia yang majmuk.

Kita juga bertuah Hadi Awang tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia, kerana dia terbukti sebagai ahli politik utama yang paling banyak menggunakan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian — dan saya masih menanti untuk dia membuktikan fitnah-fitnahnya yang dilemparkan kepada saya, yang mengatakan kononnya saya ini anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, pencetus rusuhan 13 Mei 1969, dan seorang komunis. Sekiranya Hadi tidak boleh membuktikan tuduhan-tuduhan liar dan palsu ini, adakah dia akan menariknya semula dan meminta maaf?

Anwar Ibrahim dengan rancangan Ekonomi Madaninya telah menggariskan matlamat-matlamat seperti berikut, yang mana jika berjaya, akan mengangkat kedudukan Malaysia untuk menjadi sebuah negara hebat dunia:

Perikatan Nasional (PN) yang dibentuk PAS dan Bersatu mahu Malaysia untuk mundur 500 tahun ke belakang dan menafikan hak-hak kaum dan agama lain di Malaysia.

Mereka patut belajar dari tokoh-tokoh kemerdekaan negara seperti tiga Perdana Menteri terawal negara, yang juga merupakan Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, dan Tun Hussein Onn yang menerima bahawa Malaysia adalah sebuah negara majmuk yang dibentuk oleh masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tidak pernah jangka untuk bekerjasama dalam Pilihan Raya Umum ke-15. Tetapi, alternatif di mana PH dan BN tidak bekerjasama yang membawa kepada sama ada Muhyiddin atau Hadi menjadi Perdana Menteri adalah terlalu mengerikan untuk dibayangkan, dan perkara ini juga bertentangan dengan titah nasihat Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong.

PH dan BN bekerjasama demi kepentingan negara dan bukannya kepentingan sendiri.

Malah, demi memastikan Malaysia dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia, DAP patut bersedia untuk bekerjasama dengan ahli-ahli dan para penyokong Bersatu dan PAS juga.

Kita perlu utamakan kepentingan negara, ingat semula kepada apa yang cuba diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara sebagai asas kepada sebuah negara majmuk yang berjaya dengan menyatukan pelbagai kaum, agama, dan budaya untuk bekerjasama dan hidup bersama — tokoh-tokoh kemerdekaan ini adalah tiga Perdana Menteri terawal negara, Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn (yang mana semuanya juga adalah Presiden UMNO), dan juga tokoh-tokoh lain seperti Tun Ismail, Tun Tan Cheng Lock, dan Tun V. T. Sambanthan.

Calon BN–PH untuk Teluk Bahang adalah Ahmad Zaki Shah Haedan.

Kita bukan sahaja mahu Zaki untuk menang di Teluk Bahang pada 12 Ogos, tetapi kita juga mahu semua calon PH/BN untuk menang di keenam-enam negeri pada hari Sabtu ini, kerana saya percaya yang ahli-ahli dan para penyokong PH dan BN mahu melihat Malaysia bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia dan bukannya menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup.

Marilah kita jadikan keperluan satu nilai baik. Kita bekerjasama demi kepentingan Malaysia, supaya Malaysia dapat menjadi sebuah negara hebat sekali lagi.

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di Telok Bahang semasa berkempen untuk calon BN–PH untuk Teluk Bahang, Ahmad Zaki Shah Haedan pada hari Rabu, 9 Ogos 2023 jam 9 pagi)

Exit mobile version