Elections

DAP wants all Malaysians, regardless of race, religion or region to unite to provide the country with the political stability which are the two prerequisites necessary before Malaysia can rise again to become a great world-class nation

By Kit

August 07, 2023

(Versi BM)

DAP wants all Malaysians, regardless of race, religion or region to unite to provide the country with the political stability which are two prerequisites necessary before Malaysia can rise again to become a great world-class nation.

I was accused of being anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty, cause of May 13, 1969 riots, and a communist, but these wild and preposterous allegations were not made in the first 35 years of my political work, but in the last 20 years in the 21st century? Why is this so?

The reason was quite simple.

DAP and I were not seen as a threat to the Malay political parties with DAP competing for political support of the Malays in the semi-urban and rural constituencies in the 20th century from 1965 to 2,000.

In the last 20 years of my political life in the 21st century, the Malay parties began to see the DAP as a threat to their Malay political base as there had been a sea change in political attitudes and thinking, and more and more Malays subscribe to the DAP ideology that Malaysia is for all Malaysians, regardless of race, religion or region, provided they are Malaysians first.

We made a breakthrough in 1990 with Ahmad Nor elected as MP for Bayan Baru in 1990 although right from the 1969 General Election, we have had Malay Assemblymen at the State level.

In the 2013 General Election there were two DAP Malay MPs — Zairil Khir Johari of Bukit Bendera and Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz of Raub. There was one Malay DAP Malay MP — Tengku Zulpuri Shah Raja Puji for Raub — in the 2018 General Election who became a Deputy Minister. In the 15th General Election in 2022, there were three DAP Malay MPs — Syahredzan bin Johan (Bangi), Young Syefura Othman (Bentong), and Syerleena Abdul Rashid (Bukit Bendera).

In the last 20 years, DAP is seen as a threat competing with Malay political parties for Malay support, and the demonisation of DAP and I as anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty, cause of May 13, 1969 riots in Kuala Lumpur and communist was a defence mechanism by the Malay parties to prevent the DAP from getting more Malay support.

I was accused of being anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty, cause of the May 13, 1969 riots in Kuala Lumpur and a communist but there was not one iota of substantiation from my 58 years of political life.

How can I be anti-Malay, when my son, Lim Guan Eng, went to jail in Kajang Prison and lost his qualification to be MP for five years although he was MP for Kota Melaka, in the defence of the dignity of an underaged Malay girl?

How can I be anti-Islam when I declared in Parliament many times in my 11 terms as Member of Parliament covering 44 years my acceptance of Islam as the official religion in Malaysia, although Article 3 of the Malaysian Constitution made no reference no “official religion”, and which provides for freedom of worship for the other religions?

I am not against state honours and awards, but my stand has been that a politician while in active leadership position should not accept state honours or awards. When the Yang di Pertuan wanted to confer the Tan Sri-ship after my retirement from active leadership politics, I have no hesitation in accepting the award.

As for the lie that I was the cause of the May 13, 1969 riots in Kuala Lumpur, I was never in Kuala Lumpur on May 11, 12, and 13, 1969 as I was in Kota Kinabalu on May 13, 1969 to help Independent candidates in Sabah in the 1969 General Elections as the polling in Sabah and Sarawak would held later than in Peninsular Malaysia.

As for the allegation that I am a communist, it has now been forgotten that the communists wanted me to lose in the Bandar Melaka parliamentary constituency in 1969 as they had launched a boycott campaign of the 1969 general elections,. I must also thank the longest-serving Inspector-General of Police, Tun Hanif Omar, who got a 1969 police document declassified when I sued him for defefamation — the police interrogation of me when I was detained in the Kuala Selangor Police station lock-up where I was detained in the first 60 days of my Internal Security Act detention where I said that communism was unsuitable and not appropriate for a plural society like Malaysia.

The issue is that in the age of social media, it is easy for lies, falsehoods, fake news and hate speech to spread like wildfire, but the question is why should political leaders like the PAS President, Hadi Awang, set a bad example to spread these lies, falsehoods, fake news, and hate speech.

I am still waiting for Hadi to substantiate his allegation that I was anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty, cause of May 13, 1969 riots in Kuala Lumpur, and communist from my 58 years of political work.

I have given Hadi not months but years to substantiate his wild and preposterous allegations, but so far Hadi has been unable to do so.

Is Hadi therefore to be trusted?

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at the Pakatan Harapan/Barisan Nasional Sekinchan candidate Ng Swee Lin in Sekinchan on Sunday, August 6, 2023 at 8 pm)

DAP mahu semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan untuk bersatu padu memberikan kestabilan politik kepada negara — yang merupakan dua syarat sebelum Malaysia dapat bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia

DAP mahu semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan untuk bersatu padu memberikan kestabilan politik kepada negara — yang merupakan dua syarat sebelum Malaysia dapat bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia.

Saya telah dituduh sebagai anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, pencetus rusuhan 13 Mei 1969, dan sebagai seorang komunis. Tetapi fitnah liar dan tidak masuk akal ini tidak dibuat dalam 35 tahun terawal kerjaya saya, sebaliknya dalam 20 tahun terakhir dalam abad ke-21. Mengapakah begini?

Sebabnya agak mudah.

DAP dan saya tidak dilihat sebagai ancaman terhadap parti-parti politik Melayu di mana bersaing untuk mendapatkan sokongan politik dari kalangan orang Melayu di kerusi-kerusi separa bandar dan luar bandar dalam abad ke-20 dari tahun 1965 ke tahun 2000.

Dalam 20 tahun terakhir kerjaya politik saya, parti-parti Melayu mula melihat DAP sebagai ancaman terhadap asas sokongan orang Melayu mereka memandangkan terdapat perubahan pemikiran dan kini semakin ramai orang Melayu yang bersetuju dengan ideologi DAP bahawa Malaysia adalah untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, asalkan mereka komited sebagai seorang rakyat Malaysia.

Kita di DAP mencatatkan sejarah pada tahun 1990 dengan Ahmad Nor dipilih sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru walaupun sejak dari Pilihan Raya Umum 1969 lagi, kita memang sudah ada Ahli Dewan Undangan Negeri Melayu di peringkat negeri.

Dalam pilihan raya umum 2013, dua orang Ahli Parlimen Melayu DAP menang — Zairil Khir Johari untuk Bukit Bendera dan Mohd Ariff Sabri bin Abdul Aziz untuk Raub. Ada seorang Ahli Parlimen DAP menang dalam PRU 2018, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, di Raub. Dan tiga orang Ahli Parlimen DAP Melayu dalam PRU 2022, Syahredzan bin Johan, Bangi, Young Syefura Othman, Bentong, dan Syerleena Abdul Rashid, Bukit Bendera.

Dalam 20 tahun yang lepas, DAP dilihat sebagai ancaman yang bersaing dengan parti-parti politik Melayu untuk sokongan orang Melayu dan momokan terhadap DAP sebagai kononnya anti Melayu, Islam, dan Raja, kononnya pencetus rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, dan kononnya komunis telah dilampirkan sebagai reaksi defensif mereka untuk menghalang DAP dari mendapat sokongan orang Melayu.

Saya telah dituduh sebagai anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, pencetus rusuhan 13 Mei 1969, dan sebagai seorang komunis tetapi tidak ada sekelumit bukti pun dapat diberikan dari 58 tahun kerjaya politik saya.

Bagaimana boleh saya jadi seorang anti-Melayu, apabila anak saya, Lim Guan Eng, dipenjarakan di Penjara Kajang dan hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen selama lima tahun walaupun dia merupakan Ahli Parlimen Kota Melaka, kerana mempertahankan maruah seorang gadis Melayu bawah umur?

Bagaimana boleh saya jadi seorang anti-Islam apabila saya telah isytiharkan di Parlimen berkali-kali, sepanjang 11 penggal saya menjadi Ahli Parlimen, mengenai penerimaan saya terhadap agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia, walaupun Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan tidak ada menyebut apa-apa mengenai “agama rasmi” dan memperuntukkan kebebasan beragama untuk kepercayaan-kepercayaan lain?

Saya tidak menolak anugerah dan darjah yang diberikan, tetapi pendirian saya adalah, seorang ahli politik yang sedang berkhidmat secara aktif tidak patut menerima anugerah-anugerah dan darjah-darjah ini. Apabila Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong berhasrat untuk menganugerahkan darjah Tan Sri kepada saya selepas persaraan saya dari politik aktif, saya tidak berkeberatan untuk menerima anugerah ini.

Mengenai penipuan yang mengatakan kononnya saya mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, saya tidak pernah berada di Kuala Lumpur pada 11, 12, dan 13 Mei 1969 memandangkan saya sedang berada di Kota Kinabalu pada 13 Mei 1969 untuk membantu seorang calon bebas di Sabah dalam Pilihan Raya Umum 1969 kerana hari mengundi untuk Sabah dan Sarawak diadakan lebih lewat berbanding dengan Semenanjung Malaysia.

Mengenai fitnah yang kononnya saya seorang komunis, kelihatan seperti orang sudah lupa yang pihak komunis mahu saya untuk kalah dalam pilihan raya umum di kawasan Bandar Melaka pada tahun 1969 di mana mereka telah melancarkan satu kempen untuk memboikot pilihan raya umum ini. Saya perlu berterima kasih kepada Ketua Polis Negara yang paling lama berkhidmat, Tun Hanif Omar, yang berjaya mendapatkan satu dokumen polis dinyahrahsiakan semasa saya menyamannya kerana fitnah — dokumen soal siasat polis terhadap saya semasa saya ditahan di Balai Polis Kuala Selangor untuk 60 hari pertama penahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) saya di mana saya telah katakan yang komunisme tidak sesuai untuk masyarakat majmuk seperti di Malaysia.

Isunya, di era media sosial, amat mudah untuk penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian untuk tersebar seperti api yang marak, tetapi persoalannya, mengapakah pemimpin politik seperti Presiden PAS, Hadi Awang, memilih untuk menunjukkan tauladan yang buruk dengan menyebarkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian sebegini?

Saya masih menunggu Hadi untuk memberikan bukti terhadap fitnah-fitnahnya yang mengatakan kononnya saya ini anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, pencetus rusuhan 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, dan kononnya seorang komunis dari 58 tahun kerja-kerja politik saya.

Saya telah berikan Hadi bukan sahaja berbulan-bulan, malah bertahun untuk membuktikan tuduhan-tuduhan ini, tetapi setakat ini dia masih gagal.

Adakah Hadi ini boleh dipercayai?

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang bersama dengan calon Pakatan Harapan–Barisan Nasional Sekinchan, Ng Swee Lim, di Sekinchan pada hari Ahad, 6 Ogos 2023 jam 8 malam)