I am 82 years old. I am not contesting as a candidate in the six state polls on August 12.
Recently, I had a fall in my house.
Yet I am campaigning for the six state polls and am as busy as any candidate, travelling to the constituencies in the three states of Selangor, Negeri Sembilan, and Penang.
This is my second trip to Sungai Pelek because Sungai Pelek is a black area.
Perikatan Nasional (PN) of PAS and Bersatu believes they can win Sungai Pelek and even win the Selangor state government on August 12.
I do not want PN to win the Selangor state government and I do not want PN to win Sungai Pelek.
I want Lwi Kian Keong to be elected as State Assemblyman for Sungei Pelek to look after the interests of the people of Sungai Pelek, whether Malays, Chinese or Indians, for the next five years.
I want Amirudin Shari to continue as Selangor Menteri Besar for the next five years to develop Selangor.
I want a great vote of support for the Prime Minister Anwar Ibrahim to endorse his Ekonomi Madani vision for Malaysia to rise up again to become a great world-class nation.
I want the voters in the six states on August 12 to save Malaysia, to correct the national decline of the last two decades, and to rise up again as a great world-class nation.
We must progress in all the states and not regress.
I want Kelantan to be like Selangor, which has a GDP per capita which is about four times that of Kelantan and more developed in all areas, and not Selangor become as poor as Kelantan.
I want to send a message to voters of the six states who will go to the polls on August 12, especially Selangor, Negeri Sembilan, and Penang.
I ask the voters to do two things: firstly, to come out to vote to ensure a high voter turnout; and secondly, not to split their votes as the titanic battle in the six state polls on August 12 is between the Pakatan Harapan/Barisan Nasional coalition and the Perikatan Nasional (PN) coalition of PAS and Bersatu.
Every vote that is not cast or split will benefit the PN coalition as it will disadvantage the PH-BN coalition and place the PN coalition in a better position to win not only a constituency but a state government.
I am sure that a vote that is not cast or split will not choose or want the PN to form a state government, but a missed vote or a split vote is a vote to help PN to win a State Government.
A person who does not vote or who split the vote on August 12 may not want PN to form the State Government in any state, but this is the result they might get.
This is why every voter should vote on August 12 to ensure that PN of PAS and Bersatu do not form the state government of Selangor, Penang, and Negeri Sembilan by default.
I have devoted my life to my political beliefs for 58 years — to see a just, democratic, progressive, and prosperous Malaysia which is one of the top countries in the world.
I admire the Muda and Independent candidates for standing for elections in the six state polls on August 12 but in the larger national interests, they should be helping the PH-BN coalition and not help PN to form the six state governments on August 12.
(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang with Pakatan Harapan/Barisan Nasional candidate for Sungai Pelek Lwi Kian Keong at a PH/BN Sungai Pelek ceramah on Sunday, 6th August 2023 at 9 am)
Rakyat Malaysia tidak patut bazirkan atau pecahkan undi mereka kerana pertarungan dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini adalah antara gabungan PH–BN dan gabungan PAS dan Bersatu dalam PN
Saya sudah berusia 82 tahun. Saya tidak bertanding di mana-mana dalam enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini.
Baru-baru ini, saya terjatuh di rumah saya.
Namun, saya masih berkempen dalam enam pilihan raya negeri ini dan saya sesibuk mana-mana calon, bergerak dari satu kawasan ke kawasan yang lain dalam tiga negeri, Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.
PAS dan Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) percaya yang mereka boleh menang di Sungai Pelek dan juga kerajaan negeri Selangor pada 12 Ogos.
Saya tidak mahu PN untuk memenangi kerajaan negeri Selangor dan saya tidak mahu mereka menang di Sungai Pelek.
Saya mahu Lwi Kian Keong untuk dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Sungai Pelek supaya dia dapat menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat Sungai Pelek, baik orang Melayu, Cina, atau India, untuk lima tahun yang akan datang.
Saya mahu Amirudin Shari untuk terus menjadi Menteri Besar Selangor untuk lima tahun yang akan datang untuk terus membangunkan Selangor.
Saya mahu undian yang banyak untuk Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai tanda sokongan terhadap visi Ekonomi Madaninya untuk Malaysia bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia.
Saya mahu para pengundi di enam negeri pada 12 Ogos ini untuk menyelamatkan Malaysia, untuk mengakhiri kemerosotan negara dalam dua dekad yang lepas, supaya kita dapat bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia.
Kita perlu maju di semua negeri, bukannya mundur.
Saya mahu Kelantan untuk menjadi seperti Selangor, yang mencatatkan KDNK per kapita empat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Kelantan dan lebih maju dalam semua bidang, bukannya untuk Selangor yang menerima nasib seperti Kelantan.
Saya ada mesej untuk disampaikan kepada semua pengundi di keenam-enam negeri yang akan keluar mengundi pada 12 Ogos ini, terutamanya di Selangor, Negeri Sembilan, dan Pulau Pinang.
Saya minta para pengundi semua untuk membuat dua perkara: pertamanya, untuk keluar mengundi untuk memastikan adanya kadar keluar mengundi yang tinggi; dan keduanya, untuk tidak memecahkan undi mereka kerana pertarungan dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini adalah di antara gabungan Pakatan Harapan–Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.
Setiap undi yang tidak dibuang atau dipecahkan akan memberikan manfaat kepada PN dan memberikan PN kedudukan yang lebih baik untuk memenangi satu-satu kerusi atau kerajaan negeri.
Saya pasti bahawa mana-mana pengundi yang tidak mengundi atau memecahkan undi mereka ini tidak mahu PN untuk membentuk kerajaan negeri, tetapi undi-undi yang hilang atau terbazir ini akan membantu PN untuk membentuk kerajaan negeri.
Seseorang yang tidak mengundi atau membazirkan undi mereka mungkin tidak mahu PN membentuk kerajaan negeri, tetapi inilah keputusan yang mereka akan dapat.
Kerana inilah semua pengundi perlu keluar mengundi pada 12 Ogos untuk memastikan yang PN yang terdiri dari PAS dan Bersatu tidak dapat membentuk kerajaan negeri di Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan.
Saya telah dedikasikan 58 tahun dari kehidupan saya untuk kepercayaan politik saya — untuk melihat sebuah Malaysia yang adil, demokratik, progresif, dan makmur, sebagai salah satu dari negara terbaik dunia.
Saya kagumi Muda dan calon-calon bebas yang bertanding dalam enam pilihan raya negeri pada 12 Ogos ini, tetapi demi kepentingan negara, mereka sepatutnya bantu gabungan PH–BN dan bukannya memudahkan PN untuk membentuk kerajaan negeri pada 12 Ogos.
(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang bersama dengan calon Pakatan Harapan–Barisan Nasional Sungai Pelek, Lwi Kian Keong di ceramah PH–BN Sungai Pelek pada hari Ahad, 6 Ogos 2023 pada jam 9 pagi)