Elections

It took Malaysia 22 years to drop from the inaugural TI CPI 1995 ranking of 23 to 62, but it took Muhyiddin 10 months as Prime Minister to drop from 51st to 62nd TI CPI ranking in 2020

By Kit

August 05, 2023

(Versi BM)

Last night, while campaigning for Pakatan Harapan candidate Lee Kee Hiong in Kerling, I called on all political parties and candidates to declare their support for Anwar Ibrahim’s Ekonomi Madani for Malaysia to rise up again to become a great world-class nation.

I do not expect Perikatan Nasional (PN) or its leader, Muhyiddin Yassin to give any response, for he is the worst Malaysian Prime Minister in the fight against corruption.

He suspended Parliament in January 2021 to remove all checks and balances by Members of Parliament on the Executive, which allowed corruption and abuses of power to flourish.

Muhyiddin has another “distinction”.

It took Malaysia 22 years to drop from the inaugural Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CP) 1995 ranking of 23 out of 41 countries to 62 out of 180 countries in 2017, but it took Muhyiddin 10 months to drop from 51st ranking in 2019 to 62nd ranking in 2020, which was revealed in January 2021, I cannot think of a Prime Minister who has a worst record in fighting corruption than Muhyiddin Yassin.

The six state polls next week on August 12 is probably more important than the 15th General Election on Nov. 19, 2022.

This is because the results of the six state polls will decide whether Malaysia can rise again to become a great world-class nation or we are fated to end up as a divided, failed, and corrupt state as intended by the PN in the next few decades.

The Pakatan Harapan-Barisan Nasonal coalition want to see Kedah, Kelantan, and Terengganu, the three poorest states in Malaysia, to be as developed and well-off economically as Selangor, Penang, and Negeri Sembilan, the three top states in GDP per capita, and not Selangor, Penang, and Negeri Sembilan become as poor and undeveloped as Kedah, Kelantan, and Terengganu.

I call on the voters of Banting to elect Papparaidu Veraman as State Asemblyman for Banting on August 12 so that Malaysia can only rise up again and become a great world-class nation based on unity among all Malaysians, regardless of race, religion or region, and political stability in Malaysia.

I call on the people of Banting to save Malaysia on August 12!

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at the ceramah in support of the Pakatan Harapan candidate for Banting Papparaidu Veraman in Banting on Saturday, 5th August 2023 at 8 a.m.)

Kita ambil masa 22 tahun untuk jatuh dari tempat ke-23 semasa TI CPI mula diterbitkan pada tahun 1995 ke tempat ke-62, tetapi Muhyiddin hanya memerlukan 10 bulan sebagai Perdana Menteri untuk menjatuhkan kedudukan Malaysia dari ke-51 ke tempat ke-62 dalam TI CPI 2020

Semalam, semasa berkempen untuk calon Pakatan Harapan, Lee Kee Hiong, di Kerling, saya telah menyeru semua parti-parti politik dan calon yang bertanding untuk menyatakan sokongan mereka terhadap rancangan Ekonomi Madani Anwar Ibrahim supaya Malaysia dapat bangkit semula sebagai sebuah negara hebat dunia.

Saya tidak jangka Perikatan Nasional (PN) atau pemimpinnya, Muhyiddin Yassin, untuk memberikan apa-apa maklum balas, kerana dia adalah Perdana Menteri Malaysia yang paling teruk dalam membanteras rasuah.

Dia menggantung sidang Parlimen pada bulan Januari 2021 untuk membuang semua bentuk semak imbang Ahli-ahli Parlimen terhadap badan Eksekutif, yang telah membolehkan rasuah dan salah guna kuasa untuk berleluasa.

Muhyiddin juga ada “pencapaian” lain.

Malaysia mengambil masa 22 tahun untuk jatuh dari tempat ke-23 (dari 41 negara yan ditinjau) semasa Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) mula diterbitkan pada tahun 1995 ke tempat ke-62 (dari 180 negara yang ditinjau) pada tahun 2017, tetapi Muhyiddin hanya memerlukan 10 bulan sebagai Perdana Menteri untuk menjatuhkan kedudukan Malaysia dari ke-51 pada tahun 2019 ke tempat ke-62 dalam TI CPI 2020.

Saya tidak dapat fikirkan mana-mana Perdana Menteri yang ada sejarah yang lebih buruk berbanding dengan Muhyiddin Yassin dalam memerangi rasuah.

Enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini mungkin lebih penting berbanding dengan Pilihan Raya Umum ke-15 pada 19 November 2022 lepas.

Kerana keputusan enam pilihan raya negeri ini akan menentukan sama ada Malaysia dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia atau sama ada kita ditakdirkan menjadi sebuah negara berpecah belah, gagal, dan korup seperti yang diinginkan oleh PN dalam beberapa dekad yang akan datang.

Gabungan Pakatan Harapan–Barisan Nasional mahu melihat Kedah, Kelantan, dan Terengganu — tiga negeri termiskin di Malaysia — untuk menjadi maju dan makmur seperti Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan — tiga negeri dengan KDNK per kapita tertinggi. Kita tidak mahu melihat Selangor, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan yang menerima nasib seperti Kedah, Kelantan, dan Terengganu.

Saya seru kepada para pengundi di Banting untuk memilih Papparaidu Veraman sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri untuk Banting pada 12 Ogos ini supaya Malaysia dapat bangkit semula menjadi sebuah negara hebat dunia berasaskan kepada perpaduan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan dan juga kestabilan politik.

Saya seru semua rakyat Banting untuk bersama-sama selamatkan Malaysia pada 12 Ogos!

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang dalam ceramah untuk menyokong calon Pakatan Harapan di Banting, Papparaidu Veraman, di Banting pada hari Sabtu 5 Ogos 2023, jam 8 pagi)