Yesterday, I was in Sungai Pelek to campaign for the Pakatan Harapan candidate, Lwi Kian Keong, and this morning I covered three constituencies with the Pakatan Harapan candidates — Preakas Sampunathan in Kota Kemuning, Dr. Quah Peng Fei in Bandar Baru Klang, and Leong Tuck Chee in Pandamaran.
I call on the voters of Selangor to vote for the Pakatan Harapan-Barisan Nasional coalition on August 12 to aim to make Malaysia a world-class nation for the sake of our children and children’s children.
The Prime Minister, Anwar Ibrahim recently spelt out his Malaysia vision in Ekonomi Madani which among others, has the following objectives:
- Top 30 biggest economies in the world in terms of nominal gross domestic products. Malaysia currently ranks 35.
- Top 12 in IMD World Competitive Index. The current rank is 27.
- Top 25 in the UN Human Development Index. Current rank is 62.
- Top 25 in the Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI). Current rank is 61.
Let us show our support for Anwar.
For the last few decades, Malaysia has been in national decline, losing out to Singapore, Taiwan, South Korea, Hong Kong, and even Vietnam.
We are in danger of losing out to China, Indonesia, and India in the near future. We will lose to Indonesia and China in the Transparency International Corruption Perception Index before 2030- unless we buck up in our anti-corruption campaign.
Perikatan Nasional (PN) of PAS and Bersatu has no vision or plans for Malaysia to rise again and become a great world-class nation but a policy which will end up with Malaysia as a divided, failed, and corrupt state.
In fact, under Muhyiddin Yassin as Prime Minister in 2020 after the infamous Sheraton Move political conspiracy, Malaysa fell to the worst ranking in one year in the TI CPI 2021 which had taken Malaysia 25 years to reach the worst ranking from 1995 — 2020: i.e. No. 62 out of 180 countries.
I call on the voters of Selangor to vote for PH-BN coalition on August 12, not only to defeat the PN plan to win power in Selangor state, but to aim to make Malaysia a great world-class nation for the sake of our children and children’s children.
All Malaysians, whether Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Dayaks or Muslims, Buddhists, Christians, Hindus, Taoists, Sikhists must unite as Malaysians to save the country from becoming a divided, failed, and corrupt state which is the end result of the PN plan — which is the least we can do for our children and children’s children.
(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at a Pakatan Harapan ceramah in Pandamaran on Wednesday, 2nd August 2023 at 10 am)
Seruan kepada para pengundi di Selangor untuk mengundi gabungan PH–BN pada 12 Ogos dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia demi anak-anak dan cucu-cucu kita
Semalam, saya berada di Sungai Pelek untuk berkempen bersama dengan calon Pakatan Harapan, Lwi Kian Keong, dan pagi ini saya telah ke tiga kawasan dewan undangan negeri bersama dengan calon-calon Pakatan Harapan — Preakas Sampunathan di Kota Kemuning, Dr. Quah Peng Fei di Bandar Baru Klang, dan Leong Tuck Chee di Pandamaran.
Saya menyeru kepada para pengundi di Selangor untuk mengundi gabungan PH–BN pada 12 Ogos dengan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia demi anak-anak dan cucu-cucu kita.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim baru-baru ini telah membentangkan visinya untuk Malaysia dalam rancangan Ekonomi Madani yang antaranya berhasrat untuk mencapai matlamat-matlamat seperti berikut:
- Menjadi antara 30 ekonomi terbesar dunia dari segi kadar keluaran dalam negara kasar. Malaysia buat masa ini berada di tempat ke-35.
- Berada dalam kedudukan 12 teratas dalam Indeks Daya Saing Dunia IMD. Kita sedang berada di tempat ke-27.
- Tempat 25 ke atas dalam Indeks Pembangunan Manusia PBB. Tempat semasa adalah ke-62.
- Tempat 25 ke atas dalam Indeks Persepsi Rasuah. Tempat semasa adalah ke-61.
Marilah kita semua tunjukkan sokongan kepada Anwar.
Untuk beberapa dekad yang lepas, Malaysia telah menyaksikan kemerosotan kedudukan negara kita, ditinggalkan di belakang Singapura, Taiwan, Korea Selatan, Hong Kong, malah Vietnam juga.
Kita berada dalam bahaya ditinggalkan di belakang China, Indonesia, dan India dalam masa terdekat ini. Kita akan ditinggalkan di belakang Indonesia dan China dalam Indeks Persepsi Rasuah Transparency International sebelum tahun 2030 sekiranya kita tidak meningkatkan usaha membanteras rasuah.
PAS dan Bersatu dalam PN tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk membangkitkan semula Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, sebaliknya, hanya ada dasar yang akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup.
Malah, di bawah pemerintahan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada tahun 2020, selepas konspirasi politik Langkah Sheraton, Malaysia telah jatuh ke kedudukan terburuk dalam TI CPI 2021 dalam masa hanya setahun, perkara yang sebelum ini mengambil masa 25 tahun dari 1995 ke 2020, iaitu tempat ke-62 dari 180 negara.
Saya seru para pengundi di Selangor untuk mengundi gabungan PH–BN pada 12 Ogos, bukan setakat untuk mematahkan rancangan PN untuk memenangi kuasa di negeri Selangor, tetapi juga untuk memasang cita-cita untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia demi masa hadapan anak-anak dan cucu-cucu kita.
Semua rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, Muslim, Buddha, Kristian, Hindu, Tao, atau Sikh, perlu bersatu padu sebagai rakyat Malaysia untuk menyelamatkan negara kita dari menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup — yang merupakan hasil rancangan PN — dan inilah sekurang-kurangnya perkara yang dapat kita lakukan demi anak-anak dan cucu-cucu kita.
(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di ceramah Pakatan Harapan di Pandamaran pada hari Rabu, 2 Ogos 2023 jam 10 pagi)