Elections

If there is a huge victory for Anwar unity government in the six state polls, Anwar should consider making representations to the Saudi Arabia government to lift the ban on Hadi Awang so that the PAS President will understand the battle between the open-minded and the extremist Islamists in the Middle East

By Kit

July 17, 2023

(Versi BM)

I had a fall two days ago and hurt my knee. I was in pain and I went to the hospital. I was x-rayed and prescribed pain-killers.

Bu I am here tonight because the six state polls on August 12 are very important not only for the states concerned — Penang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, and Terengganu — but even more important, for the Malaysian nation as well.

The Anwar unity government is not going to be toppled whatever the results of the six state polls on August 12, but it will be a powerful referendum whether Malaysia can be saved and become great again — to produce world champions again to have the best schools, the best universities, the best hospitals, to win back the Thomas Cup, excel in Olympics, and Paralympics. A Malaysian has won the Oscar. Can a Malaysian win the Nobel Prize?

To produce world champions again, Malaysia must reset and return to the original nation-building principles of a plural Malaysia the nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers of Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, and Hussein Onn, who were also UMNO Presidents) have written into the Constitution and Rukun Negara to save Malaysia from the fate of a divided, failed, and corrupt state.

We have strayed from the original nation-building principles for a plural Malaysia.

The Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor said Malaysia was becoming North Korea under the Madani government.

This is the last thing Malaysians want.

I would ask PAS members to look at Middle East and North African countries like Saudi Arabia, UAE, Egypt, Iraq, Iraq, Lebanon, Morocco, and Tunisia and the bold reform agendas there to modernise the region and to liberalise social institutions and drive economic diversification.

An overwhelming majority of the people in these countries support these reform agendas and reject the ideology of politicised religious movements. They favour pragmatic governments that can create more jobs for young people, reform religious institutions and enhance public services such as health and education.

If there is a huge victory for Anwar unity government in the six state polls, the Prime Minister, Anwar Ibrahim should consider making representations to the Saudi Arabia government to lift the ban on the PAS President, Hadi Awang so that the PAS President will understand the battle between the open-minded and the extremist Islamists in the Middle East.

Hadi was the Special Envoy to the Middle East to two Prime Ministers from 2020 to 2022, although how he discharged his duties remain a mystery as he was banned in Saudi Arabia and a number of countries in the Middle East.

The former Foreign Minister, Saifuddin Abdullah created waves when he said that Perikatan Nasional (PN) will ensure Selangor is developed to its full potential If it wins Selangor and compared Selangor to Singapore, Taiwan, and Hong Kong.

Speaking at a pre-election rally here last night, the Bersatu leader said Selangor menteri besar Amirudin Shari had failed to realise the vision of a “super state”.

Does Saifuddin know what he is talking about?

Singapore’s GDP per capita is among the highest the world — US67,360, while Selangor’s GDP per capita is less than Penang at RM59,908.

Penang GDP per capita is four times that of Kelantan.

We want Kelantan to be like Penang, and not Penang like Kelantan.

The six state polls on August 12 is a Save Malaysia operation, not only for Penang but for Malaysia.

This is why every vote counts.

We must not only win on August 12, we want to win big so that Malaysia can be saved.

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at the Penang DAP dinner at SJKC Shang Wu, Air Itam on Sunday, 16th July 2023)

Sekiranya kerajaan perpaduan Anwar menang besar dalam enam pilihan raya negeri, Anwar patut mempertimbangkan untuk menghantar wakil ke kerajaan Arab Saudi untuk meminta pengharaman Hadi Awang dibatalkan supaya Presiden PAS ini dapat memahami beza di antara Islamis yang berfikiran terbuka dan ekstremis di Timur Tengah

Saya ada terjatuh dua hari lepas dan lutut saya tercedera. Saya mengalami kesakitan dan telah ke hospital, di mana saya telah melalui prosedur semakan sinaran-x dan diberikan ubat tahan sakit.

Tetapi, saya berada di sini pada malam ini kerana enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini amatlah penting, bukan sahaja untuk enam negeri yang terlibat — Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu — tetapi lebih penting lagi, untuk negara Malaysia juga.

Kerajaan perpaduan Anwar tidak akan tumbang walau apa pun keputusan dari enam pilihan raya negeri ini pada 12 Ogos, tetapi pilihan raya ini akan menjadi satu referendum yang penting untuk menentukan sama ada Malaysia dapat diselamatkan untuk menjadi hebat sekali lagi — untuk melahirkan juara dunia, untuk mempunyai sekolah yang terbaik, universiti yang terbaik, hospital yang terbaik, untuk memenangi semula Piala Thomas, untuk cemerlang dalam sukan Olimpik dan Paralimpik. Seorang rakyat Malaysia telah pun memenangi anugerah Oscar. Bolehkah seorang rakyat Malaysia memenangi anugerah Nobel selepas ini?

Untuk melahirkan juara dunia, Malaysia perlu kembali semula kepada prinsip-prinsip asal pembinaan negara Malaysia majmuk yang telah diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal negara, Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn, yang juga merupakan Presiden UMNO) negara dalam Perlembagaan dan Rukun Negara untuk menyelamatkan negara kita dari nasib menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan korup.

Kita telah terpesong dari prinsip asal untuk membina sebuah Malaysia yang majmuk.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah mengatakan yang Malaysia telah menjadi Korea Utara di bawah kerajaan Madani.

Ini adalah perkara terakhir yang rakyat Malaysia mahukan.

Saya ingin bertanya kepada ahli-ahli PAS untuk melihat ke negara-negara Timur Tengah dan Afrika Utara, seperti Arab Saudi, UAE, Mesir, Iran, Iraq, Lubnan, Maghribi, dan Tunisia dan agenda-agenda reformasi yang berani di sana untuk memodenkan kawasan serantau, memajukan institusi sosial, dan memacu pemelbagaian ekonomi.

Majoriti besar orang di negara-negara ini menyokong agenda-agenda reformasi ini dan menolak ideologi pergerakan keagamaan yang dipolitikkan. Mereka memilih kerajaan yang pragmatik yang boleh mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda, menambah baik institusi keagamaan, dan meningkatkan perkhidmatan awam seperti kesihatan dan pendidikan.

Sekiranya ada kemenangan besar untuk kerajaan perpaduan Anwar dalam enam pilihan raya negeri ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim patut mempertimbangkan untuk menghantar perwakilan ke Arab Saudi untuk meminta Kerajaan Saudi membatalkan pengharaman ke atas Presiden PAS, Hadi Awang supaya Presiden PAS ini dapat memahami pertembungan di antara golongan Islamis yang berfikiran terbuka dengan mereka yang bersifat ekstremis di Timur Tengah.

Hadi adalah Duta Khas ke Timur Tengah untuk dua Perdana Menteri dari tahun 2020 hingga 2022, walaupun sehingga kini, bagaimana dia menjalankan tanggungjawabnya ini masih menjadi misteri memandangkan dia diharamkan dari menjejakkan kaki ke Arab Saudi dan beberapa negara lain di Timur Tengah.

Bekas Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah, telah mencipta gelombang apabila dia mengatakan yang Perikatan Nasional (PN) akan memastikan Selangor dibangunkan kepada potensi penuhnya sekiranya PN menang di Selangor dan membandingkan Selangor dengan Singapura, Taiwan, dan Hong Kong.

Bercakap di ceramah pra-pilihan raya di sini semalam, pemimpin Bersatu tersebut mengatakan yang Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari telah gagal untuk merealisasikan visi sebuah “negeri hebat”.

Adakah Saifuddin tahu apa yang dikatakannya ini?

KDNK per kapita di Singapura adalah antara yang tertinggi di dunia — ASD 67,360 manakala KDNK per kapita di Selangor adalah lebih rendah berbanding dengan Pulau Pinang, di paras RM59,908.

KDNK per kapita di Pulau Pinang adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Kelantan.

Kita mahu Kelantan menjadi seperti Pulau Pinang, bukannya untuk Pulau Pinang yang menjadi seperti Kelantan.

Enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada 12 Ogos ini adalah operasi Selamatkan Malaysia, bukan hanya untuk Pulau Pinang, tetapi juga untuk Malaysia.

Kerana inilah setiap undi itu penting.

Kita bukan sahaja perlu menang pada 12 Ogos, tetapi kita mahu menang besar supaya Malaysia dapat diselamatkan.

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di majlis makan malam DAP Pulau Pinang di SJKC Shang Wu, Air Itam pada hari Ahad, 16 Julai 2023)