Former Aliran President, P. Ramakrishnan proposed that an independent commission of inquiry be set up to find out whether there is a Tan Sri who is a communist, anti-Malay, anti-Islam, and promoting Islamophobia.
I agree with Ramakrishnan and am prepared to give full co-operation with such a commission of inquiry.
Ramakrishnan wrote:
“When Lim Kit Siang was a mere politician from the DAP, all sorts of unproven allegations were hurled at him. But they made no impact on him as a politician or as a person. “These wild allegations were like so much water off a duck’s back. They never stuck or brought him down. “In politics, one can be reckless and careless and sometimes get away with it. Now it is different. Kit Siang is no longer in the rough and tumble of politics. “Now that he is a Tan Sri, the same malicious allegations cannot be thrown at him, especially when he has effectively retired from politics. It is not proper, perhaps even mala fide. Tan Sri is the second highest federal award conferred on a Malaysian. “Not everybody will be considered for this honorific title. The recipient must be a person of high standing.”
Ramakrishnan said the Tan Sri title cannot be denigrated and the title should be revoked if the allegations are confirmed, and that if the allegations are false, “the full brunt of the law should land on the culprit making the allegations”.
Ramakrishnan said: “If I may, it is most unbecoming of a former minister to indulge in breeding mosquitoes rather than draining the swamp in making such allegations to cause fear and anger against an entire community in our beloved country.”
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Saturday, 15th July 2023)
Sekiranya ada Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan untuk menyiasat sama ada wujudnya seorang Tan Sri yang komunis, anti-Melayu, anti-Islam, dan mempromosikan Islamofobia, saya bersedia untuk memberikan kerjasama penuh
Bekas Presiden Aliran, P. Ramakrishnan mencadangkan supaya ditubuhkan satu suruhanjaya siasatan untuk menentukan sama ada wujudnya seorang Tan Sri yang komunis, anti-Melayu, anti-Islam, dan mempromosikan Islamofobia.
Saya bersetuju dengan Ramakrishnan dan saya bersedia untuk memberikan kerjasama penuh dengan suruhanjaya siasatan sebegini.
Ramakrishnan menulis:
“Semasa Lim Kit Siang merupakan seorang ahli politik biasa dari DAP, pelbagai tuduhan yang tidak dapat dibuktikan telah dilemparkan kepadanya. Tetapi tuduhan-tuduhan ini tidak memberikan impak kepadanya, baik sebagai seorang ahli politik ataupun individu. “Tuduhan-tuduhan liar ini tidak memberikan kesan, seperti air dicurah ke daun keladi. Tuduhan-tuduhan ini tidak pernah melekat atau menjatuhkannya. “Dalam politik, seseorang boleh bertindak secara cuai dan tidak bertanggungjawab dan melarikan diri dari kesannya. Kini, masanya sudah berbeza, Kit Siang bukan lagi berada dalam gelanggang kasar politik. “Dia sekarang seorang Tan Sri, tuduhan-tuduhan jahat seperti ini tidak boleh dilemparkan terhadapnya, terutamanya apabila dia sudah bersara dari politik. Tidak patut, malah mungkin bersifat jahat untuk berbuat demikian. Tan Sri adalah anugerah kedua tertinggi peringkat persekutuan yang diberikan kepada seseorang rakyat Malaysia. “Tidak semua orang akan dipertimbangkan untuk anugerah ini. Penerimanya perlulah dari kalangan seorang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat.”
Ramakrishnan mengatakan yang darjah Tan Sri ini tidak boleh dihina dan darjah ini patut ditarik semula sekiranya tuduhan-tuduhan ini dapat disahkan, dan sekiranya tuduhan-tuduhan ini palsu, “tindakan penuh dan tegas undang-undang perlulah diambil terhadap mereka yang membuat tuduhan-tuduhan ini”.
Ramakrishnan mengatakan: “Sekiranya saya boleh katakan, amatlah tidak patut untuk seorang bekas menteri untuk berseronok menternak nyamuk dan bukannya mengambil tindakan untuk membersihkan paya yang ada dengan membuat tuduhan-tuduhan sebegini untuk mencetuskan ketakutan dan kemarahan terhadap keseluruhan komuniti dalam negara kita yang tercinta ini.”
(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya, pada hari Sabtu, 15 Julai 2023)