Mahathir

If Mahathir’s latest fulmination is right, then his premiership twice lasting close to a quarter of a century was an utter failure

By Kit

July 06, 2023

(Versi BM)

If Mahathir Mohamad’s latest fulmination is right, then his premiership twice lasting close to a quarter of a century was an utter failure.

Mahathir is not only Malaysia’s longest Prime Minister, serving for over 22 years from 1981 to 2003, he was Prime Minister a second time for 22 months from May 2018 to February 2020 until he was toppled by the Sheraton Move political conspiracy.

Was Mahathir’s premiership twice an utter failure?

Only Mahathir will know.

But he has been acting strangely of late, giving “Politics is Dirty” a new meaning. He has not only made up with a person whom he termed a “traitor”, he has attacked young Malaysian politician Syed Saddiq Syed Abdul Rahman and called him a “threat” to the Malay race.

I have been in Malaysian politics for close to 58 years but I am not aware that there had been attempts by non-Malays to change Malaysia’s name or that promoting a multi-racial Malaysia is against the Federal Constitution.

Mahathir’s warning that Malaysia will lose its membership in the Organisation of Islamic Co-operation (OIC) if it promotes a multi-racial Malaysia defeats his own case — as Malaysia remains a member of OIC.

In fact, Malaysia has a higher percentage of its population who are Muslims than 14 other member-countries of the OIC.

Is Mahathir suggesting that the OIC will lose a quarter of its member-countries?

The six state polls on August 12 will decide whether Mahathir’s fulminations have a market in Malaysia.

It is sad that a person who had been Prime Minister twice and for close to a quarter of a century is now in the company of another politician who had been exposed as a person who have no qualms to make wild and preposterous allegations which he could not substantiate when challenged to do so.

Is Mahathir going to say that his second premiership was dominated by the DAP?

In his book, “Capturing Hope”, written after he was toppled by the Sheraton Move political conspiracy in February 2020, Mahathir wrote:

“At the same time the Pakatan Harapan Government was never a hopeless cause. Far from it. To this day, I believe that the Pakatan Harapan Government of 2018–2020, with our policies and commitment to a cleaner, better future, was the right path for Malaysia. And in the short period it governed the country, it did much to reverse the abuses of the kleptocrats. “We were betrayed.”

Mahathir wrote this in September 2021.

He has made up with the “traitor”.

Does Mahathir still believe in what he wrote and said in the past?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Thursday, 6h July 2023)

Sekiranya apa yang dikatakan Mahathir baru-baru ini betul, maka pemerintahannya selama hampir suku abad sebelum ini merupakan satu kegagalan besar

Sekiranya apa yang dikatakan Mahathir Mohamad baru-baru ini betul, maka pemerintahannya selama hampir suku abad sebelum ini merupakan satu kegagalan besar.

Mahathir bukan sahaja merupakan Perdana Menteri Malaysia dengan tempoh berkhidmat terpanjang, lebih dari 22 tahun dari 1981 hingga 2003, kemudiannya sekali lagi selama 22 bulan dari Mei 2018 hingga Februari 2020 apabila dia dijatuhkan melalui konspirasi politik Langkah Sheraton.

Adakah kedua-dua pemerintahan Mahathir ini merupakan kegagalan penuh?

Hanya Mahathir sahaja yang tahu.

Tetapi, kebelakangan ini, dia bertindak secara aneh, memberikan istilah “Politik itu kotor” makna yang baharu. Dia bukan sahaja telah berbaik-baik semula dengan seorang individu yang dia katakan sebagai “pengkhianat”, dia juga telah menyerang seorang ahli politik muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan menggelarnya sebagai “ancaman” kepada kaum Melayu.

Saya sudah berada dalam arena politik Malaysia selama hampir 58 hampir, tetapi saya tidak pernah menyedari apa-apa cubaan dari orang bukan Melayu untuk mengubah nama Malaysia atau kononnya usaha mempromosikan Malaysia majmuk yang berbilang kaum bertentangan dengan Pelembagaan Persekutuan.

Amaran Mahathir yang kononnya Malaysia akan kehilangan keahliannya dalam Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sekiranya kita mempromosikan Malaysia majmuk berbilang kaum mematahkan hujahnya sendiri — kerana Malaysia masih menjadi ahli OIC.

Malah, Malaysia mempunyai kadar peratusan populasi Muslim yang lebih tinggi berbanding dengan 14 negara OIC yang lain.

Adakah Mahathir cuba mengatakan yang OIC akan kehilangan suku dari negara ahlinya?

Enam pilihan raya negeri yang akan berlangsung pada 12 Ogos akan menentukan sama ada apa yang dikatakan oleh Mahathir ini diterima di Malaysia.

Amat menyedihkan apabila orang yang telah menjadi Perdana Menteri dua kali selama hampir suku abad kini berada sekumpulan dengan ahli politik yang sudah didedahkan sebagai tidak mempunyai sebarang masalah untuk membuat tuduhan liar dan tidak masuk akal yang tidak dapat dibuktikan apabila dicabar untuk berbuat demikian.

Adakah Mahathir akan mengatakan yang pemerintahan keduanya didominasi DAP?

Dalam bukunya, “Capturing Hope”, yang ditulis selepas dia dijatuhkan melalui konspirasi politik Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020, Mahathir menulis:

“Pada masa yang sama, Kerajaan Pakatan Harapan bukanlah satu perjuangan tanpa tujuan. Jauh sekali. Sehingga hari ini, saya percaya yang Kerajaan Pakatan Harapan dari tahun 2018 hingga 2020, dengan dasar-dasar dan komitmen kita untuk masa hadapan yang lebih bersih dan lebih baik, adalah jalan yang terbaik untuk Malaysia. Dan dalam masa singkat negara ditadbir oleh kerajaan ini, kerajaan ini berjaya melakukan banyak perkara untuk memperbetulkan salah laku golongan kleptokrat. “Kita telah dikhianati.”

Mahathir menulis perkara ini pada bulan September 2021.

Dia telah berbaik-baik semula dengan “pengkhianat” ini.

Adakah Mahathir masih berpegang dengan apa yang ditulis dan dikatakannya sebelum ini?

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Khamis, 6 Julai 2023)