A week ago, I suggested that MUDA should co-operate with the Anwar unity government in the six state polls next month.
There have been various responses and reactions, including a reply from Muda President, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, but I think it is not too late for Pakatan Harapan and Muda to reach an understanding to avoid a split of votes for the critical six state polls next month.
The results of the six state polls will not lead to the immediate toppling of the Anwar unity government, but it will decide whether Malaysia will reset and return to the original nation-building principles of a plural Malaysia the nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers of Malaysia who were also UMNO Presidents) had written into the Constitution and Rukun Negara — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, Islam as the official religion of the country and freedom of religion for other faiths, good governance, public integrity with minimum corruption, a clean and honest government, meritocracy, respect for human rights, an end to the various injustices and inequalities in the country, a world-class economic, educational, health and social system, and national unity, understanding and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.
It will decide whether Malaysia can punch beyond its weight and Malaysians be world champions again in various fields of human endeavour, and even more important, be a role model to the world in inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.
I am retired from front-line politics and I do not know or ask what is happening between Muda and Pakatan Harapan or the Anwar unity government.
But I harbour the hope that Muda will work in co-operation with Pakatan Harapan and the Anwar unity government in the six state polls.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Monday, 3rd July 2023)
Belum terlambat untuk Pakatan Harapan dan Muda mencapai persefahaman untuk mengelakkan perpecahan undi dalam enam pilihan raya negeri yang kritikal
Seminggu yang lepas, saya cadangkan yang MUDA patut bekerjasama dengan kerajaan perpaduan Anwar dalam enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.
Sudah ada pelbagai maklum balas dan reaksi, termasuklah balasan dari Presiden Muda, Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, tetapi saya percaya masih belum terlalu lambat untuk Pakatan Harapan dan Muda untuk mencapai persefahaman untuk mengelakkan dari berlakunya perpecahan undi dalam enam pilihan raya negeri kritikal yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.
Keputusan enam pilihan raya ini tidak akan membawa kepada penumbangan serta merta kerajaan perpaduan Anwar, tetapi keputusan ini akan menentukan sama ada Malaysia akan berjaya kembali semula kepada prinsip-prinsip Malaysia majmuk yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara (termasuklah tiga Perdana Menteri terawal negara yang juga merupakan Presiden UMNO) ke dalam Perlembagaan dan Rukun Negara — prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan beragama untuk kepercayaan yang lain, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, kerajaan yang bersih dan jujur, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, pengakhiran segala bentuk kezaliman dan ketaksamaan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan, dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan, persefahaman, dan keharmonian nasional dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.
Pilihan raya ini akan menentukan sama ada Malaysia akan berjaya mencapai lebih dari apa yang dijangkakan darinya dan sama ada rakyat Malaysia akan menjadi juara dunia sekali lagi dalam pelbagai bidang yang diceburi manusia, dan yang lebih penting lagi, untuk Malaysia menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.
Saya sudah bersara dari politik barisan hadapan dan saya tidak tahu apa yang sedang terjadi di antara Muda dan Pakatan Harapan atau kerajaan perpaduan Anwar.
Tetapi saya menyimpan cita-cita untuk melihat Muda bekerjasama dengan Pakatan Harapan dan kerajaan perpaduan Anwar dalam enam pilihan raya negeri.
(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Isnin, 3 Julai 2023)