Lim Kit Siang

DAP never abused 3R issues as DAP wants to unite all Malaysians, regardless of race or religion

(Versi BM)

A PAS leader has called on the government to take stern action against DAP for allegedly using issues that touch on the 3Rs (religion, race, and royalty) ahead of the upcoming state elections.

This is an example of the lies, falsehood, fake news, and hate speech which PAS under the leadership of its President, Hadi Awang is spreading in the coming general elections in six states of Penang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, and Terengganu.

DAP has never abused 3R issues as DAP accepts the original nation-building principles for a plural Malaysia as set out in the Constitution and Rukun Negara and wants to unite all Malaysians, regardless of race or religion.

In fact, right from the start of the first general election in 1969 which DAP contested, the DAP had fielded candidates representing all races and all religions.

Two Malay Muslims candidates were elected State Assemblymen and one of them, Ibrahim Singgeh, who had won the Tapah Road State Assembly seat in Perak with 3,319 votes compared to Alliance’s 2,986 votes and PAS’ 753 voters, was announced as the DAP Perak Mentri Besar-designate for the 1974 General Election.

In 1999, Lim Guan Eng sacrificed his Kota Melaka parliamentary seat and went to jail in defence of the honour and dignity of an underaged Malay girl.

Has any PAS leader made any sacrifices for any underaged Malay girl, let alone a Malaysian girl of another race or religion?

The PAS leader who made the baseless allegation that the DAP was using issues that touch on the 3Rs wanted to deflect legitimate criticisms that PAS leaders were irresponsibly disseminating lies, falsehood, fake news and hate speech in the campaign for the six state elections and he had provided one such example.

It is a well-known and established fact that the PAS President Hadi Awang had made all sorts of baseless and wicked allegations against the DAP and me personally, that I am anti-Malay, anti-Islam, anti-Royalty, a communist, and promoting Islamophobia — but when repeatedly challenged to substantiate these preposterous allegations, he was unable to do so.

Hadi launched a ferocious attack on me during Hari Raya Aidilfitri, but I had no harsh words for Hadi and I wished Hadi and PAS “Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin!”

A social media user tweeted a prayer urging for the death of Hadi but I advised the netizen to retract and apologise, and wished Hadi, who is in hospital, swift recovery.

The best way to prevent the irresponsible use of 3Rs is to be committed to a Malaysian vision to serve all Malaysians, regardless of race, religion, region, age or gender.

That is why we have with us tonight the DAP MP for Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid and the former Penang State Exco and Tanjong Bungah Assemblyman Zairil Khir Johari to demonstrate that DAP represents all Malaysians, regardless of race, religion, gender, or age.

In the approach of the six state polls, there will be irresponsible political forces trying to set race against race and religion against religion.

We must not fall into their trap, as there is no racial or religious animosity or tension in Malaysia.

I want to see Malaysia become a role model to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony, but dare PAS support this objective?

 

(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at DAP Bukit Bendera Solidarity with Lim Guan Eng Dinner at Berjaya Penang Hotel on Sunday, 2nd July 2023 at 8 pm)


DAP tidak pernah menyalahguna isu 3R kerana DAP mahu menyatukan semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama

Seorang pemimpin PAS telah menyeru kerajaan untuk mengambil tindakan tegas terhadap DAP kerana kononnya menyalahguna isu 3R (agama, kaum, dan raja) sebelum pilihan raya negeri yang akan datang.

Inilah contoh penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian yang disebarkan oleh PAS di bawah pimpinan Presiden Hadi Awang sebelum pilihan raya negeri di enam negeri, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu berlangsung tidak lama lagi.

Malah, dari mula lagi, sejak pilihan raya umum pertama yang ditandingi DAP pada tahun 1969, DAP telah meletakkan calon yang mewakili semua kaum dan agama.

Dua orang calon Melayu Islam telah diundi menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, dah seorang dari mereka, Ibrahim Singgeh, yang telah menang di kerusi DUN Tapah Road dengan 3,319 undi berbanding dengan 2,986 undi yang diperolehi oleh calon Perikatan dan 753 undi yang diperoleh calon PAS, telah diumumkan sebagai calon Menteri Besar Perak DAP untuk pilihan raya umum 1974.

Pada tahun 1999, Lim Guan Eng telah mengorbankan kerusi parlimen Kota Melaka dan ke penjara untuk mempertahankan maruah seorang gadis Melayu bawah umur.

Adakah mana-mana pemimpin PAS yang telah membuat pengorbanan untuk mana-mana gadis Melayu bawah umur sebegini, apatah lagi untuk mana-mana wanita Malaysia dari kaum atau agama lain?

Pemimpin PAS yang telah membuat tuduhan tidak berasas mengatakan kononnya DAP menggunakan isu yang menyentuh 3R mahu mengalihkan kritikan sah terhadap pemimpin PAS yang secara tidak bertanggungjawab telah menyebarkan penipuan, fitnah, berita palsu, dan ucapan kebencian dalam kempen untuk enam pilihan raya negeri yang akan datang, dan dia sendiri telah menjadi contoh perbuatan sebegini.

Memang sudah menjadi fakta yang diketahui umum dan disahkan yang Presiden PAS, Hadi Awang, telah membuat pelbagai tuduhan yang tidak berasas dan bersifat jahat terhadap DAP dan juga saya secara peribadi, kononnya saya ini anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja, komunis, dan mempromosikan Islamofobia — tetapi apabila dicabar berkali-kali untuk membuktikan tuduhan-tuduhan tidak masuk akal ini, dia gagal untuk berbuat demikian.

Hadi telah melancarkan serangan buruk terhadap saya semasa Hari Raya Aidilfitri, tetapi saya tidak ada kata-kata buruk terhadapnya dan saya mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin!” kepada Hadi dan PAS.

Seorang pengguna media sosial telah mendoakan kematian Hadi tetapi saya telah menasihati pengguna media sosial ini untuk menarik semula kenyataan ini dan meminta maaf, dan saya doakan Hadi yang kini berada di hospital untuk segera sembuh.

Cara terbaik untuk mengelakkan salah guna isu 3R adalah dengan menjadi komited sebagai rakyat Malaysia yang ingin berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, umur, atau jantina.

Kerana inilah kita ada bersama kita malam ini, Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Syerleena Abdul Rashid, dan mantan Exco dan ADUN Tanjong Bungah, Zairil Khir Johari, untuk menunjukkan yang DAP mewakili suara semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, jantina, atau umur.

Dalam mendekati enam pilihan raya negeri yang akan datang, akan ada kuasa politik tidak bertanggungjawab yang akan cuba melaga-lagakan satu kaum dengan kaum yang lain dan satu agama dengan agama yang lain.

Kita tidak boleh termakan perangkap mereka, kerana sebenarnya tidak ada perasaan kebencian atau ketegangan antara kaum atau agama di Malaysia.

Saya mahu melihat Malaysia menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia, beranikah PAS untuk menyokong cita-cita ini?

 

(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di Majlis Makan Malam Solidariti Bersama Lim Guan Eng di Hotel Berjaya Pulau Pinang pada hari Ahad, 2 Julai 2023 jam 8 malam)

Exit mobile version