Lim Kit Siang

There is only one message for the six state general elections in August — whether Malaysia is going to be world champions again and be the role model for the world in inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance and harmony or slither down the slope to a divided, failed, and rogue state

(Versi BM)

Muhyiddin Yassin, Hadi Awang, and Dominic Lau are not important — but their statements showed that Perikatan Nasional (PN) has two messages to the voters in the six state general elections in August — one to the Malays and Muslims, and another to the non-Malays and non-Muslims.

They highlight the importance of having one common message to all Malaysian voters, Malays and non-Malays, Muslims and non-Muslims, for the six state general elections in August — whether Malaysia is going to be world champions again and be the role model for the world in inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony or slither down the slope to a divided, failed, and rogue state.

Malaysia is at the confluence of four great civilisations — Malay/Islamic, Chinese, Indian, and Western.

Can the great religions and philosophies which are the products of these civilisations have dialogue and result in an understanding, tolerance and harmony of civilisations, and prevent a clash of civilisations as predicted by an American political scientist?

PN believes that there are two classes of citizens, the Malay and Muslim ones, and the non-Malay and non-Muslim ones.

Malaysia cannot be a role model of the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony if we have two classes of citizens.

Malaysia must reset and return the original nation-building principles written into the Malaysian Constitution and the Rukun Negara by nation’s founding fathers (which included the first three Prime Ministers who were also UMNO Presidents) stipulating the there is only one class of Malaysian citizens.

I believe that genuine Malaysians, Malays, Chinese, Indians, Kadazans, Dayak, whether Muslims, Buddhists, Hindus, Christians, Sikkhist, or Toaists, want Malaysia to be world champions again and be the role model of the world in inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

Genuine Malaysians, whether Malay or non-Malay, Muslim nor non-Muslims, do not want to see Malaysia slither down the slope of a divided, failed, and rogue state.

This is meaning of the six state general elections in August.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Tuesday, 20th June 2023)


Hanya ada satu mesej untuk enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada bulan Ogos — sama ada Malaysia akan menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia atau merosot menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan teruk

Muhyiddin Yassin, Hadi Awang, dan Dominic Lau tidak penting — tetapi kenyataan mereka menunjukkan yang Perikatan Nasional (PN) ada dua mesej untuk disampaikan kepada para pengundi di enam negeri yang bakal berhadapan dengan pilihan raya negeri pada bulan Ogos ini — satu mesej kepada orang Melayu dan Islam dan satu mesej berbeza kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Perkara ini menunjukkan kepentingan untuk mempunyai satu mesej bersama untuk semua pengundi di Malaysia — baik Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam — dalam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada bulan Ogos akan datang ini, iaitu sama ada Malaysia akan menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia atau merosot menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan teruk.

Malaysia berada di titik pertemuan empat tamadun hebat — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat.

Bolehkah agama-agama dan falsafah-falsafah hebat yang dibawa tamadun-tamadun ini duduk bersama berdialog dan membawa kepada persefahaman, toleransi, dan keharmonian di antara tamadun dan menghalang dari terjadinya pertembungan antara tamadun seperti yang diramalkan oleh seorang saintis politik dari Amerika?

PN percaya ada kelas rakyat, golongan Melayu dan Islam dan golongan bukan Melayu dan bukan Islam.

Malaysia tidak boleh menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia sekiranya kita mempunyai dua kelas kerakyatan.

Malaysia perlu kembali semula kepada prinsip asal pembinaan negara yang telah diterapkan dalam Perlembagaan dan Rukun Negara oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara (yang merangkumi tiga Perdana Menteri terawal negara yang juga merupakan Presiden UMNO) yang mengatakan bahawa hanya ada satu kelas rakyat Malaysia.

Saya percaya yang rakyat Malaysia yang sejati, baik Melayu, Cina, India, Kadazan, atau Dayak, baik Muslim, Buddha, Hindu, Kristian, Sikh, atau Tao, mahu melihat Malaysia menjadi juara dunia sekali lagi dan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Rakyat Malaysia yang sejati, baik Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam, tidak mahu melihat negara kita terus merosot ke arah menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan semakin teruk.

Inilah erti sebenar pilihan raya di enam negeri yang bakal berlangsung pada bulan Ogos.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya, pada hari Selasa, 20 Jun 2023)

Exit mobile version