Lim Kit Siang

The six state general elections in August a test for Malaysians to show that we want Malaysians to be world champions again and not to degenerate to be a failed, divided, rogue, and kleptocratic state

(Versi BM)

Yesterday, I was at the Dataran Pahlawan Negara in Putrajaya to attend the Trooping the Colours ceremony where the Yang di Pertuan Agong inspected the guard of honour.

It was a colourful and meaningful ceremony, and I thought of the six state general elections in August which will provide a test for Malaysians to show that they want Malaysians to be world champions again and not to degenerate to be a failed, divided, rogue and kleptocratic state.

Nobody is asking a Malaysian to cease to be a Malay, Chinese, Indian, Iban or Kadazan or Muslim, Buddhist, Christian, Hindu, Taoist or Sikkhist, but we must be Malaysian first and our ethnic, religious, or regional identity second.

Malaysia must reset and return to the original nation-building principles our founding fathers (which included the first three Prime Ministers who were also UMNO Presidents) have written into the Malaysian Constitution and the Rukun Negara for a plural Malaysia — constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, Islam as the official religion and freedom of religion for all faiths in the country, good governance, public integrity with minimum corruption, a clean and honest government, meritocracy, respect for human rights, an end to the various injustices and inequalities in the country, a world-class economic, educational, health and social system, and national unity, understanding, and harmony from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious, and multi-cultural diversity.

This is the challenge of the six state general elections in August.

Can Malaysia be saved? I believe Malaysia can be saved.

But it is not enough to save Malaysia, as Malaysians must apply their thoughts and energies to save the world and prevent a clash of civilisations.

Malaysia with its plural characteristics at the confluence of the four greatest civilizations of the world — Malay/Islamic, Chinese, Indian, and Western — is uniquely placed to be a role model of the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

The greatest threat to world peace is the refusal of the United States to accept that it is no more the world’s Number One power.

How this facet of international relations can be accepted by the United States is the greatest challenge of mankind in the 21st century, and it is a challenge which Malaysians can and must play a part.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Sunday, 11th June 2023)


Enam pilihan raya negeri pada bulan Ogos akan datang ini menjadi ujian kepada rakyat Malaysia untuk menunjukkan yang kita mahu rakyat Malaysia menjadi juara dunia sekali lagi dan bukannya merosot menjadi sebuah negara yang gagal, berpecah belah, dan kleptokratik

Semalam, saya berada di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya untuk menghadiri Istiadat Perarakan Panji Yang di Pertuan Agong di mana baginda memeriksa perbarisan tentera.

Istiadat ini adalah satu upacara yang sangat meriah dan bermakna dan terlintas di fikiran saya yang enam pilihan raya negeri pada bulan Ogos ini akan menjadi satu ujian kepada rakyat Malaysia untuk menunjukkan yang mereka mahu rakyat Malaysia menjadi juara dunia sekali lagi, bukannya untuk rakyat Malaysia merosot menjadi sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik.

Tidak ada sesiapa yang meminta mana-mana rakyat Malaysia untuk berhenti menjadi seorang Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, atau Muslim, Buddha, Kristian, Hindu, Tao, atau Sikh, sebaliknya kita perlulah pertamanya menjadi rakyat Malaysia dan meletakkan identiti-identiti lain di tempat yang kedua.

Malaysia perlu menetapkan semula dasar dan hala tuju negara kepada prinsip-prinsip yang telah diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara dalam Perlembagaan dan Rukun Negara — prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, Islam sebagai agama rasmi dengan kebebasan untuk agama-agama lain, tadbir urus baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, sebuah kerajaan yang jujur dan bersih, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, usaha menghentikan segala bentuk kezaliman dan ketidakadilan dalam negara, sistem ekonomi, pendidikan, kesihatan dan sosial yang bertaraf dunia, dan perpaduan negara, persefahaman, dan keharmonian dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya.

Inilah cabaran dalam enam pilihan raya negeri yang bakal berlangsung pada bulan Ogos.

Bolehkah Malaysia diselamatkan? Saya percaya masih boleh.

Tetapi, tidak cukup untuk kita sekadar menyelamatkan Malaysia, sebaliknya rakyat Malaysia perlu meletakkan fikiran dan tenaga mereka untuk menyelamatkan dunia dan mengelakkan dari terjadinya pertembungan antara tamadun.

Malaysia dengan ciri-ciri majmuknya di titik pertemuan empat tamadun hebat dunia — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat — mempunyai peranan unik untuk menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Ancaman terbesar terhadap keamanan dunia pada hari ini adalah keengganan Amerika Syarikat untuk menerima yang mereka bukanlah lagi kuasa besar nombor satu dunia.

Bagaimana perkara hubungan antarabangsa ini dapat diterima oleh Amerika Syarikat akan menjadi cabaran terbesar umat manusia dalam abad ke-21, dan rakyat Malaysia boleh dan perlu mainkan peranan dalam cabaran ini.

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya, pada hari Ahad, 11 Jun 2023)

Exit mobile version