Hadi Awang

Hadi is attacking DAP as anti-Malay and anti-Islam because he is possessed by his animus against Anwar becoming Prime Minister of Malaysia

By Kit

May 13, 2023

(Versi BM)

I gave the PAS President Hadi Awang the benefit of the doubt and gave him 48 hours to substantiate his latest diatribe a few days ago — that the Malays were being toyed with and conned due to their own neglect and ignorance, and were victims of the country’s politics, being plagued by corruption, moral decay and divisions among themselves, and that Malays who worked with non-Muslims and non-Malays, who he claimed were the “biggest plunderer” who gave and received bribes, conned the Malays and Muslims for over half a century.

I did not expect him to substantiate his diatribe a few days ago, for there was no way he could substantiate these wild and preposterous allegations that the non-Malays and non-Muslims were plunderers, who gave and received bribes, and had conned the Malays and Muslims.

But I never expected him to launch a new diatribe — that the DAP had targeted Malays who were “ignorant about their faith” to amass political power and that DAP “lured” certain Malay figures to become its “puppets”.

Already Hadi owed me six allegations which he had not been able to substantiate.

Hadi will probably make history in the world as the Islamic leader who made the most number of unsubstantiated allegations — although this was not the “fame” which Malaysia wanted.

Hadi’s six unsubstantiated and preposterous allegations were:

What is the reason for Hadi to have such venom and hatred for the DAP?

Actually, it has nothing to do with the DAP — Hadi is possessed by his animus against Anwar Ibrahim becoming Prime Minister of Malaysia

In the Kajang Move in 2014 where Anwar and Wan Azizah Wan Ismail were thwarted in their plan to become the Mentri Besar of Selangor, Hadi had seen me to solicit DAP support for PAS’ opposition to Anwar as the Prime Minister-designate in the General Election.

Hadi suggested Tengku Razaleigh Hamzah should replace Anwar as Pakatan Rakyat’s Prime Minister-designate.

I disagreed and reminded Hadi of the Pakatan Rakyat’s decision to name Anwar as the Prime Minister-designate.

Had I at that time agreed to Hadi’s proposal to replace Anwar with Razaleigh, or better still, suggested that Hadi should be the PM-designate instead, I would today be hailed by Hadi as a great champion of and fighter for Islam instead of being anti-Malay and anti-Islam!

Yes, I am opposed to Hadi as the Prime Minister of Malaysia and events have proved me right.

Hadi is now the greatest threat to inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance and harmony in the history of Malaysia, for he has not only criminally defamed the non-Malays and non-Muslims, he has also criminally defamed the Malays and Muslims.

Malaysians, whether Malays or non-Malays, Muslims or non-Muslims want political stability while preserving the right of Parliament to a vote of no confidence in the Prime Minister, but Hadi wants political turmoil and upheaval.

Malaysians, whether Malays or non-Malays, Muslims or Non-Muslims, want national unity of the various races, religions and cultures in Malaysia but Hadi wants polarisation and disagreement.

Fortunately, polarisation in Malaysia has not reached the extreme level as in other countries.

According the Edelman Trust Barometer Global Report 2023, Malaysia is not in the worst category of six countries which are “severely polarised”, or is it among the second category of nine countries which are “in danger of severe polarisation” or third category of six countries which are “extremely divided”.

Malaysia belongs to the fourth and best category of seven countries which are “less polarised” with few deep divisions, together with Singapore, Indonesia, Saudi Arabia, UAE, China, and India.

We must not allow irresponsible leaders like Hadi to plunge Malaysia into the other three categories where polarisation becomes severe with entrenched deep divisions, and this is why the police reports by two Members of Parliament, Lim Lip Eng and Syerleena Abdul Rashid against Hadi for his reckless statements calculated to disturb racial peace and religious tolerance in Malaysia must be taken seriously by the police authorities.

Hadi has signed Tun Dr. Mahathir Mohamad’s Malay Proclamation. Does this mean that Mahathir agree with Hadi that non-Muslims and non-Malays were “plunderers” who give and received bribes, and had conned the Malays and Muslims of their rights for over a half a century and that DAP had targeted Malays who were “ignorant about their faith” to amass political power and that DAP “lured” certain Malay figures to become its “puppets”?

Hadi should not allow his animus to Anwar Ibrahim to take him down the path of irresponsible politicking.

Is he prepared to move a motion in the forthcoming Parliament in a week’s time for Malaysia be a role model for the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Sunday, 14th May 2023)

Hadi menyerang DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam kerana dia dipenuhi kebencian melihat Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia

Saya telah berikan Presiden PAS peluang selama 48 jam untuk memberikan bukti untuk serangannya yang dibuatnya beberapa hari lepas — bahawa orang Melayu sedang dimain-mainkan dan ditipu kerana kealpaan dan kejahilan mereka sendiri dan sedang menjadi mangsa politik negara, dibelenggu oleh masalah rasuah, kemerosotan moral, dan perpecahan dalam kalangan mereka sendiri, dan bahawa orang Melayu yang bekerjasama dengan orang bukan Islam dan bukan Melayu, yang didakwanya sebagai “perompak terbesar” yang memberi dan menerima rasuah, telah menipu orang Melayu dan orang Islam selama lebih dari setengah abad.

Saya tidak jangka dia akan berikan bukti untuk serangan keji ini, kerana tidak ada cara dia boleh membuktikan pertuduhan yang liar dan tidak masuk akal yang mengatakan bahawa orang bukan Melayu dan bukan Islam ini perompak yang memberi dan menerima rasuah dan telah menipu orang Melayu dan orang Islam.

Tetapi, saya tidak jangka yang dia akan melancarkan serangan baharu — bahawa DAP telah menyasarkan orang Melayu yang “jahil mengenai kepercayaan mereka” untuk mengumpulkan kuasa politik dan bahawa DAP telah “mengumpan” sesetengah tokoh Melayu untuk menjadi “boneka”.

Setakat ini, Hadi berhutang enam pembuktian tuduhan liar yang dia masih gagal untuk buktikan kepada saya.

Hadi mungkin akan mencipta sejarah dalam dunia sebagai seorang pemimpin Muslim yang paling banyak membuat tuduhan yang tidak dapat dibuktikan — walaupun perkara ini bukanlah satu benda yang boleh dibanggakan oleh negara kita.

Enam tuduhan liar yang tidak dapat dibuktikan Hadi setakat ini adalah:

Mengapakah Hadi menyimpan kebencian yang sangat keji sebegini terhadap DAP?

Sebenarnya, perkara ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan DAP — Hadi dirasuk dengan kebenciannya terhadap hakikat di mana Anwar Ibrahim telah menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Semasa Langkah Kajang pada tahun 2014, ketika mana Anwar dan Wan Azizah Wan Ismail digagalkan dari rancangan mereka untuk menjadi Menteri Besar Selangor, Hadi telah berjumpa dengan saya untuk mendapatkan sokongan DAP terhadap bantahan PAS untuk menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri dalam Pilihan Raya Umum.

Hadi mencadangkan supaya Tengku Razaleigh Hamzah menggantikan Anwar sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat.

Saya tidak bersetuju dan saya telah mengingatkan Hadi kepada keputusan Pakatan Rakyat untuk menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Sekiranya pada masa itu saya telah bersetuju dengan cadangan Hadi untuk menggantikan Anwar dengan Razaleigh, atau lebih baik lagi, mencadangkan supaya Hadi menjadi calon Perdana Menteri, pastinya hari ini saya akan diangkat oleh Hadi sebagai pejuang Islam dan bukannya seorang yang kononnya anti-Melayu dan anti-Islam!

Ya, saya menentang Hadi untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan perkembangan yang terjadi telah membuktikan bahawa pilihan saya ini tepat.

Hadi sekarang menjadi ancaman terbesar terhadap dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun dalam sejarah Malaysia, kerana dia bukannya sahaja telah membuat jenayah fitnah terhadap orang bukan Melayu dan bukan Islam, tetapi dia juga telah memfitnah orang Melayu dan orang Islam.

Rakyat Malaysia, sama ada Melayu atau bukan Melayu, Islam atau bukan Islam, mahukan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, agama, dan budaya, tetapi Hadi hanya mahukan polarisasi dan perbalahan.

Nasib baik, polarisasi di Malaysia belum mencapai tahap melampau seperti yang dilihat di negara-negara lain.

Menurun Laporan Barometer Kepercayaan Global Edelman 2023, Malaysia tidak berada dalam kategori terburuk enam negara yang “amat terpolarisasi”, atau dalam kategori kedua dengan sembilan negara yang “berada dalam bahaya polarisasi teruk” mahupun kategori ketiga sebagai salah satu dari enam negara yang “amat berpecah belah”.

Sebaliknya, Malaysia berada dalam kategori keempat yang terbaik — “kurang terpolarisasi” — dengan hanya sedikit perpecahan, bersama-sama dengan negara seperti Singapura, Indonesia, Arab Saudi, UAE, China, dan India.

Kita tidak boleh membiarkan pemimpin yang tidak bertanggungjawab seperti Hadi untuk menjunamkan Malaysia ke dalam tiga lagi kategori yang buruk ini di mana polarisasi menjadi sangat teruk bersama dengan perpecahan yang tersemat dalam hati masyarakat. Kerana inilah laporan polis oleh dua orang Ahli Parlimen, Lim Lip Eng dan Syerleena Abdul Rashid terhadap Hadi untuk kenyataan tidak bertanggungjawabnya yang dirangka untuk menggugat keamanan di antara kaum dan toleransi keagamaan di Malaysia perlu diambil berat oleh pihak polis.

Hadi telah menandatangani Proklamasi Melayu Tun Dr. Mahathir Mohamad. Adakah perkara ini bermakna yang Mahathir bersetuju dengan Hadi yang orang bukan Islam dan bukan Melayu adalah “perompak” yang memberi dan menerima rasuah dan telah menipu hak-hak orang Melayu dan orang Islam selama lebih dari setengah abad, serta bahawa DAP telah menyasarkan orang Melayu yang “jahil mengenai kepercayaan mereka” untuk mengumpul kuasa politik dan bahawa DAP “mengumpan” sesetengah tokoh Melayu untuk menjadi “boneka” mereka?

Hadi tidak patut membiarkan kebenciannya terhadap Anwar Ibrahim untuk membawanya ke arah berpolitik secara tidak bertanggungjawab.

Adakah dia bersedia untuk membawa usul di sidang Parlimen yang akan berlangsung dalam masa seminggu lagi untuk menjadi Malaysia negara contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia?

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Sabtu, 13 Mei 2023)