Lim Kit Siang

Malaysia must resolve both the problems of environmental haze and political haze in the country

(Versi BM)

Yesterday, together with the former Minister for Primary Industries and MP for Seputeh Teresa Kok, I visited the Greenpeace exhibition on Haze at the former Rex Theatre site at Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

The visit reminded me of two things:

Firstly, the Rex locality was the area where I started my political work in the sixties in the DAP over half a century ago, when we had only very few supporters. Only youths with great idealism and commitment were prepared to forgo an easier life and devote themselves to the political struggle for a better Malaysia, pasting posters, and trying to galvanise the people for a cause.

Secondly, that haze is not a new problem, as my first statement on haze must have been in the early nineties. After over three decades, this environmental problem of haze is still with Malaysia and ASEAN, a testament that if we want to effect change, we must have the stamina, perseverance, and life-long idealism to believe that Malaysia can be a better home for all Malaysians, regardless of race, religion or region.

This is the lesson all Malaysians must learn especially after the Sheraton Move political conspiracy ended the 22-month Pakatan Harapan government in February 2020, ending the hopes and aspirations of many Malaysians that Malaysia can change for the better by the democratic process — expecting changes to come in a matter of months and years.

Institutional obstacles to change are deep-rooted and take time to overcome, but we must not relapse or capitulate and must always be committed to reform the institutions to bring about a better Malaysia.

Malaysia has at present two haze problems — the environmental problem of haze arising from the forest fires in Indonesia and the political haze problem — whether the Anwar unity government can last five years.

I am increasingly confident that the Anwar unity government can last five years and that it could start the process to reform the various institutions and policies to make Malaysia a first-rate world-class nation, as aspired by the nation’s founding fathers.

Is Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s aspiration for Malaysia to be “a beacon of light in difficult and distracted world” a lost cause, where not only Vision 2020, the nine strategic objectives and the Bangsa Malaysia concept are repudiated, but “Malay Proclamation” the governing thinking of the day?

I do not think so.

The DAP MP for Kepong, Lim Lip Eng has lodged a police report against PAS president Abdul Hadi Awang over the latter’s recent statement which, among others, said Malays were being “openly conned”.

In his police report, Lip Eng urged police to investigate the PAS president under various laws covering criminal defamation, intentional insult to provoke a breach of the peace, statements conducive to public mischief, the Sedition Act and the Communications and Multimedia Act.

Hadi had reiterated calls for the Malays to unite, saying that the race is being conned. The Marang MP also claimed Malays have lost their political power and were being deceived due to their ignorance.

Hadi also slammed Malays who work with non-Muslims and non-Malays who he claimed are the “biggest plunderers”.

This is the “political haze” that must be removed where, without undermining the right of any party to go to Parliament to seek a vote of no confidence in the Prime Minster, all efforts must be directed at ensuring that there is political stability in Malaysia to unite a plural Malaysia of different races, religions, and cultures.

Will the Perikatan Nasional (PN) of PAS and Bersatu agree that Malaysia should be a role model to the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Friday, 12th May 2023)


Malaysia perlu menyelesaikan kedua-dua masalah jerebu alam sekitar dan jerebu politik di dalam negara

Semalam, bersama dengan mantan Menteri Industri Utama dan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, saya telah melawat pameran Greenpeace mengenai isu jerebu di tapak pawagam Rex di Jalan Sultan, Kuala Lumpur.

Lawatan ini mengingatkan saya kepada dua perkara:

Pertama, kawasan di sekitar Rex adalah kawasan di mana saya memulakan kerja-kerja politik saya pada tahun enam puluhan setengah abad yang lepas, ketika mana kami hanya mempunyai beberapa orang penyokong sahaja. Hanya golongan pemuda dengan idealisme dan komitmen yang bersedia untuk meninggalkan kehidupan yang selesa dan menumpukan usaha mereka kepada perjuangan politik untuk sebuah Malaysia yang lebih baik, dengan menampal poster dan menggerakkan sokongan orang ramai untuk perjuangan mereka;

Kedua, jerebu ini bukanlah satu masalah baharu, memandangkan kenyataan pertama saya mengenai jerebu mungkin dikeluarkan pada awal tahun sembilan puluhan. Selepas lebih dari tiga dekad, masalah pencemaran alam sekitar dengan jerebu ini masih membelenggu Malaysia dan ASEAN. Perkara ini menjadi bukti yang menunjukkan sekiranya kita mahukan perubahan, kita perlu ada stamina, keazaman, dan idealisme jangka panjang untuk percaya yang Malaysia boleh menjadi rumah yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan.

Inilah pengajaran yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia, terutamanya selepas konspirasi politik Langkah Sheraton menamatkan kerajaan Pakatan Harapan selepas hanya 22 bulan, menamatkan harapan dan aspirasi ramai rakyat Malaysia yang berharap negara kita dapat berubah menjadi lebih baik melalui proses demokrasi — dengan menjangkakan perubahan untuk berlaku dalam masa beberapa bulan atau tahun.

Kekangan institusi terhadap perubahan berpegang kuat kepada akarnya dan memerlukan masa untuk diatasi, tetapi kita tidak patut menyerah kalah dan sebaliknya perlu sentiasa komited untuk menambah baik institusi-institusi untuk mewujudkan sebuah Malaysia yang lebih baik untuk semua.

Malaysia buat masa ini berhadapan dengan dua masalah jerebu — masalah jerebu alam sekitar yang disebabkan oleh hutan terbakar di Indonesia dan masalah jerebu politik — mengenai sama ada kerajaan perpaduan Anwar akan dapat bertahan selama lima tahun.

Saya semakin yakin yang kerajaan perpaduan Anwar akan dapat bertahan selama lima tahun dan dapat memulakan proses untuk menambah baik pelbagai institusi dan dasar-dasar untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia, memenuhi aspirasi tokoh-tokoh kemerdekaan negara.

Adakah aspirasi Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, untuk Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” satu perkara yang mustahil untuk dicapai, di mana bukan sahaja Wawasan 2020 dan sembilan matlamat strategiknya diabaikan, tetapi konsep “Proklamasi Melayu” menjadi buah fikiran utama hari ini?

Saya tidak rasakan begitu.

Ahli Parlimen DAP Kepong, Lim Lip Eng, telah membuat laporan polis terhadap Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mengenai kenyataannya yang antaranya mengatakan orang Melayu sedang “ditipu secara terang-terangan”.

Dalam laporan polisnya, Lip Eng menggesa pihak polis untuk menyiasat presiden PAS ini di bawah pelbagai peruntukan undang-undang yang meliputi jenayah fitnah, penghinaan dengan tujuan menggugat ketenteraman awam, kenyataan yang boleh membawa kepada kerosakan awam, Akta Hasutan, dan Akta Komunikasi dan Multimedia.

Hadi telah mengulangi seruannya supaya orang Melayu bersatu, mengatakan yang kaum tersebut sedang ditipu. Ahli Parlimen Marang tersebut juga mendakwa yang orang Melayu telah kehilangan kuasa politik mereka dan sedang ditipu akibat kelekaan mereka sendiri.

Hadi juga menempelak orang Melayu yang bekerja dengan orang bukan Islam dan bukan Melayu yang didakwanya sebagai “perompak terbesar”.

Inilah “jerebu politik” yang perlu dihapuskan, di mana tanpa merendahkan hak mana-mana parti untuk ke Parlimen dan membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, semua usaha hendaklah ditumpukan untuk memastikan terdapatnya kestabilan politik di Malaysia untuk menyatukan masyarakat majmuk yag berbilang kaum, agama, dan budaya.

Adakah PAS dan Bersatu dari Perikatan Nasional (PN) bersetuju yang Malaysia patut menjadi negara contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara kaum, agama, budaya, dan tamadun kepada seluruh dunia?

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Jumaat, 12 Mei 2023)

Exit mobile version