Hadi Awang

Kelantan, Terengganu, and Kedah were the three states in Malaysia which developed the slowest in the last three decades since 1991 — was this because the three states were conned by plunderers who “give and receive bribes”?

By Kit

May 11, 2023

(Versi BM)

Kelantan, Terengganu, and Kedah were the three states in Malaysia which developed the slowest in the last three decades since 1991 — was this because of the three states were conned by plunderers who “give and receive bribes”?

In his recent diatribe, the PAS President, Hadi Awang, alleged that the Malays were being toyed with and conned due to their own neglect and ignorance, and are victims of the country’s politics, being plagued by corruption, moral decay, and divisions among themselves.

He slammed Malays who work with non-Muslims and non-Malays, who he claimed are the “biggest plunderer” who give and receive bribes.

Was this the reason why Kelantan, Terengganu, and Kedah are the three states in Malaysia which grew the least in the 30 years from 1991 to 2020, although they were controlled by PAS at one time or another — and in the case of Kelantan since the 1990 General Election?

When the 30-year Vision 2020 was launched in 1991 for Malaysia to become a fully developed nation, Terengganu was ranked No.2, Kedah No. 11, and Kelantan the last in per capita GDP among the states in Malaysia.

Thirty years later, in 2020, Terengganu was fallen to No. 10, Kedah fallen to No. 13, and Kelantan remained the last of the Malaysian states in per capita GDP.

Can Hadi give any explanation?

I have asked Hadi to name the non-Muslim and non-Malay “plunderers” who “give and receive bribes”, conning the Malays and Muslims, for over half a century of Malaysian history, and in particular the “plunderers” in Kelantan, Terengganu, and Kedah!

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Wednesday, 11th May 2023)

Kelantan, Terengganu, dan Kedah adalah tiga negeri dengan kadar pembangunan paling perlahan di Malaysia dalam tiga dekad yang lepas sejak 1991 — adakah perkara ini terjadi kerana negeri-negeri ini ditipu oleh perompak yang “memberi dan menerima rasuah”?

Kelantan, Terengganu, dan Kedah adalah tiga negeri dengan kadar pembangunan paling perlahan di Malaysia dalam tiga dekad yang lepas sejak 1991 — adakah perkara ini terjadi kerana negeri-negeri ini ditipu oleh perompak yang “memberi dan menerima rasuah”?

Dalam serangan terkininya, Presiden PAS, Hadi Awang, menuduh orang Melayu sedang dipermain-mainkan dan ditipu akibat daripada kealpaan dan kejahilan mereka dan sedang menjadi mangsa politik negara, dibelenggu dengan rasuah, kemerosotan moral, dan perpecahan dalam kalangan mereka sendiri.

Dia mengutuk orang Melayu yang bekerjasama dengan orang bukan Islam dan bukan Melayu yang dituduhnya sebagai “perompak terbesar” yang memberi dan menerima rasuah.

Adakah ini sebabnya mengapa Kelantan, Terengganu, dan Kedah menjadi tiga negeri dengan kadar pembangunan yang paling perlahan dalam 30 tahun yang lepas sejak dari tahun 1991 hingga 2020, walaupun negeri-negeri ini dikawal oleh pada pada satu-satu masa — dan dalam kes Kelantan pula, sejak dari Pilihan Raya Umum 1990?

Semasa rancangan 30 tahun Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991 untuk Malaysia menjadi satu negara maju, Terengganu berada di tempat ke-2, Kedah di tempat ke-11, dan Kelantan berada di tempat terakhir dari segi KDNK per kapita untuk negeri-negeri di Malaysia.

Tiga puluh tahun kemudian pada tahun 2020, Terengganu telah jatuh ke tempat ke-10, Kedah ke tempat ke-13 dan Kelantan kekal di tempat terakhir dari segi KDNK per kapita negeri-negeri Malaysia.

Bolehkah Hadi berikan penjelasan mengenai perkara ini?

Saya telah minta Hadi untuk menamakan “perompak-perompak” bukan Islam dan bukan Melayu yang telah memberi dan menerima rasuah, menipu orang Melayu dan orang Islam, selama setengah abad sejarah negara, terutamanya para “perompak” di Kelantan, Terengganu, dan Kedah!

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Khamis, 11 Mei 2023)