Hadi Awang

What I would do in Parliament if I am Muhyiddin or Hadi

By Kit

May 08, 2023

(Versi BM)

If I am Muhyiddin Yassin or Hadi Awang, I would ask the Opposition Leader Hamzah Zainudin to move a motion in the three-week parliamentary meeting starting on May 22 to commend Malaysia for the 40-ranking jump in the RSF’s World Press Freedom Ranking 2023 where Malaysia jumped from the 113th ranking in 2022 to 73rd ranking in 2023, challenge the Anwar unity government to perform a similar 40-ranking jump in the annual Transparency International (TI ) Corruption Perception Index (CPI) to jump from the 61st ranking in the TI CPI 2022 to 21st ranking in the TI CPI 2023, and to express support for the aspiration of the Yang di Pertuan Agong and various Sultans for political stability and national unity in the country, and to endorse the vision for Malaysia to achieve developed nation status, and the nine strategic objectives of Vision 2020 by the end of the five year term of the Anwar unity government in 2027.

Bersatu President Muhyiddin Yassin and the PAS President Hadi Awang should know that Perikatan Nasional (PN) does not have the numbers in Parliament to win a no confidence vote in Anwar Ibrahim as the 10th Prime Minister in Malaysia, and that continued talk of toppling of the Anwar government in such circumstances would be deleterious to the chances of Malaysia recovering to be a first-rate world-class nation or as the Sultan of Johore said, counter-productive to efforts to prioritise economic recovery and “not healthy for the entire nation, whether socially, economically or even our standing internationally”.

Will Muhyiddin and Hadi prove to be Malaysian patriots first and party politicians second?

Since the inaugural TI CPI 1995, we have lost out not only to the Top 10 countries led by Denmark and which includes Singapore, we have also lost out to five countries in the first annual TI CPI 1995 list (Taiwan, South Korea, Spain, Italy, and Greece). Furthermore, we have also lost out to countries like Rwanda, Saudi Arabia, Croatia, Mauritius, and Vanuatu, and drew with Jordan.

Unless we buck up, we will be overtaken by Armenia, China, Cuba, Bahrain, Jamaica, Oman, Benin, Bulgaria, Ghana, Senegal, South Africa, Burkina Faso, Hungary, Kuwait, Timor-Leste, Vietnam, Kosovo, Guyana, India, Maldives, Suriname, and Tunisia by the end of the decade.

Even Indonesia has progressively improved from 1995 to 34 out of 100 marks in the TI CPI 2022, while Malaysia has progressively regressed from 1995 to 47 points out of 100 marks in TI CPI 2022.

Is it a matter of time before Indonesia overtake Malaysia, showing to the world that Indonesia is cleaner and less corrupt than Indonesia?

In the TI CPI 1995, Malaysia was ranked No. 23 out of 41 countries. India was ranked No. 35, China ranked No. 40, and Indonesia No 41 and last.

In the TI CPI 2022, Malaysia was ranked No.61 out of 180 countries, China ranked 65, India ranked No. 86, and Indonesia ranked 110 with a score of 34 marks out of 100.

Would Malaysia eventually lose out to China, India, and Indonesia in the TI CPI series — before Malaysia’s Centennial in 2057?

In the Organisation of Islamic Conference (OIC) countries, we have lost out to United Arab Emirates, Qatar, and Saudi Arabia, and we stand to lose out to more OIC countries if we continue on the trajectory of decline in the TI CPI series.

Can the 2023 TI CPI be the start of Malaysia’s decline in the TI CPI series and the start of Malaysia’s climb to be one of the top countries in the world in public integrity with minimal corruption — by imbuing Malaysians to uphold a moral and ethical society that respect religious and spiritual values of the various great religions as intended by Vision 2020?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jala on Monday, 8th May 2023)

Apa yang saya akan lakukan di Parlimen sekiranya saya Muhyiddin atau Hadi

Sekiranya saya Muhyiddin Yassin atau Hadi Awang, saya akan minta Ketua Pembangkang Hamzah Zainuddin untuk membawa satu usul dalam sidang Parlimen selama tiga minggu yang bakal bermula pada 22 Mei untuk memuji peningkatan 40 anak tangga yang dicatatkan negara dalam Carta Kebebasan Akhbar RSF 2023 di mana kedudukan negara kita melonjak dari tempat ke-113 ke tempat ke-73; mencabar kerajaan perpaduan Anwar untuk merekodkan lonjakan yang serupa dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI), dari tempat ke-61 dalam TI CPI 2022 ke tempat ke-21 dalam TI CPI 2023; dan untuk menyatakan sokongan terhadap aspirasi Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong dan Sultan-Sultan untuk adanya kestabilan politik dan perpaduan nasional dalam negara; dan untuk menyokong wawasan untuk Malaysia mencapai status negara maju dan memenuhi sembilan matlamat strategik Wawasan 2020 menjelang penghujung penggal lima tahun kerajaan perpaduan Anwar pada tahun 2027.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, dan Presiden PAS, Hadi Awang, patut tahu yang Perikatan Nasional (PN) tidak mempunyai angka di Parlimen untuk memenangi undi tidak percaya terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, dan perbuatan untuk terus menerus bercakap mengenai usaha untuk menumbangkan kerajaan Anwar dengan cara sebegini hanya akan merosakkan peluang Malaysia untuk mendapatkan semula tempatnya sebagai sebuah negara hebat di dunia atau seperti apa yang dititahkan oleh Sultan Johor, bertentangan dengan usaha untuk mengutamakan pemulihan ekonomi dan “tidak sihat untuk seluruh negara, baik dari segi sosial, ekonomi, mahupun kedudukan kita di mata dunia”.

Adakah Muhyiddin dan Hadi akan membuktikan yang mereka adalah pertamanya seorang patriot sebelum ahli politik kepartian?

Sejak penerbitan TI CPI buat pertama kalinya pada tahun 1995, kita telah ditinggalkan bukan sahaja di belakang 10 negara teratas — yang didahului oleh Denmark dan juga termasuklah Singapura — kita juga telah dipintas oleh lima negara yang sebelum ini berada di bawah kedudukan kita dalam TI CPI 1995 (Taiwan, Korea Selatan, Sepanyol, Itali, dan Greece). Tambahan lagi, kita juga telah ditinggalkan di belakang negara-negara seperti Rwanda, Arab Saudi, Croatia, Mauritius, Vanuatu, dan berada di kedudukan yang sama dengan Jordan.

Jika kita tidak meningkatkan usaha kita, kita bakal ditinggalkan di belakang Armenia, China, Cuba, Bahrain, Jamaica, Oman, Benin, Bulgaria, Ghana, Senegal, Afrika Selatan, Burkina Faso, Hungary, Kuwait, Timor-Leste, Vietnam, Kosovo, Guyana, India, Maldives, Suriname dan Tunisia menjelang penghujung dekad ini.

Malah, Indonesia juga telah menunjukkan perkembangan yang baik dengan markah 34/100 untuk tahun 2022, sedangkan Malaysia pula yang mencatatkan markah yang lebih buruk dengan hanya 47/100 pada tahun 2022.

Adakah kita hanya menunggu masa sahaja sebelum Indonesia memintas kedudukan Malaysia dan menunjukkan kepada seluruh dunia yang Indonesia lebih bersih dan kurang bermasalah rasuah berbanding dengan Malaysia?

Dalam TI CPI 1995, Malaysia berada di tempat ke-23 dari 41 buah negara yang ditinjau. India berada di tempat ke-35, China di tempat ke-41, dan Indonesia di tempat ke-41, yang terakhir dalam senarai.

Dalam TI CPI 2022 pula, Malaysia di tempat ke-61 dari 180 negara, China berada di tempat ke-65, India 86, dan Indonesia di tempat ke-110 dengan markah 34/100.

Adakah Malaysia akhirnya akan ditinggalkan di belakang China, India, dan Indonesia sebelum ulang tahun ke-100 negara kita pada tahun 2057?

Dalam kalangan negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kita telah ditinggalkan di belakang Emiriah Arab Bersatu, Qatar, dan Arab Saudi. Kita juga bakal ditinggalkan di belakang lebih banyak negara-negara OIC sekiranya kita terus menunjukkan prestasi yang tidak baik.

Bolehkah TI CPI 2023 menjadi penghenti kemerosotan Malaysia dalam TI CPI dan menjadi permulaan perjalanan Malaysia untuk menjadi salah satu negara terbaik dunia dalam integriti awam dengan rasuah yang minima — dengan menyemai semangat ke dalam jiwa rakyat Malaysia untuk menegakkan nilai-nilai moral dan etika dengan perasaan hormat terhadap nilai-nilai keagamaan dan spiritual dari pelbagai kepercayaan utama seperti yang dicita-citakan dalam Wawasan 2020?

 

(Kenyataan media veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Isnin, 8 Mei 2023)