Lim Kit Siang

15th Parliament should realize Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s aspiration for Malaysia to be “a beacon of light in a difficult and distracted world” by being a role model to the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony

(Versi BM)

The 15th Parliament should realize Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s aspiration for Malaysia to be “a beacon of light in a difficult and distracted world” by being a role model to the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisation dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

Malaysia is best placed to play this role as we are a Muslim-majority nation at the confluence of four great civilisations — Malay/Islamic, Chinese, Indian, and Western.

Of the 55 Organisation of Islamic Co-operation (OIC) countries, only four countries have a majority of Muslims of less than 65% — Malaysia, Lebanon, Sierra Leone, and Nigeria.

I believe Malaysia is more qualified, compared to the other three countries, to be a role model for the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational dialogue, understanding, tolerance, and harmony.

According to the 2020 Population and Housing Census, 63.5 percent of the population practices Islam; 18.7 percent Buddhism; 9.1 percent Christianity; 6.1 percent Hinduism; and 2.7 percent other religion or gave no information.

We are a nation of many ethnicities — chiefly Malay, Chinese, Indian, Kadazan, and Dayaks.

Malaysians regardless of race, religion or region are celebrating Hari Raya Aildilfitri.

The large multi-ethnic and multi-religious crowds at Hari Raya Aidilfitri Open Houses, whether of royalty, political leaders or the ordinary people, is proof of the solidarity and open-mindedness among the people of Malaysia — an indication that Malaysians on the ground have not given up the idea of a united Bangsa Malaysia, although the creator of Vision 2020 and the Bangsa Malaysia concepts have repudiated the ideas.

The authorities must now take one step further — from inculcating the five principles of Rukun Negara in schools to instilling Rukun Negara principles among the Malaysian society at large, as in forming Rukun Negara clubs in Malaysian communities all over the country.

The first step, however, is a motion in Parliament in the May/June meeting of Parliament expressing support of the Tunku Abdul Rahman’s aspiration to be “a beacon of light in difficult and distracted world” and to consider ways to promote Malaysia as a role model to the world for inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural, and inter-civilisation dialogue.

Michelle Yeoh’s winning of an Oscar and the selection of Amanda Nell Eu’s film, “Tiger Stripes” for the 62nd Semaine de la Critique Cannes 2023 are evidence that Malaysians are capable of world-class standards and achievements.

Let all Malaysians regardless of race, religion or region look up to Michelle Yeoh and Amanda Eu as models in the Malaysian Dream for Malaysia to accomplish Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s aspiration to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

Let us revive the Thomas Cup spirit of the fifties and sixties to show that Malaysians can be world champions.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Tuesday, 25th April 2023)


Parlimen ke-15 patut memenuhi aspirasi Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, untuk Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar terganggu” dengan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia

Parlimen ke-15 patut memenuhi aspirasi Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, untuk Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar terganggu” dengan menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Malaysia berada di tempat terbaik untuk memainkan peranan ini kerana kita adalah sebuah negara majoriti Islam yang berada di titik pertemuan empat tamadun hebat dunia — Melayu/islam, Cina, India, dan Barat.

Dari 55 negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), hanya empat negara yang mempunyai jumlah penduduk Muslim yang kurang dari 65% — Malaysia, Lubnan, Sierra Leone, dan Nigeria.

Saya percaya Malaysia lebih layak berbanding dengan tiga negara lain ini untuk menjadi contoh dialog, persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Menurut Bancian Populasi dan Perumahan 2020, 63.5 peratus penduduk negara mengamalkan agama Islam, 18.7 peratus beragama Buddha, 9.1 peratus Kristian, 6.1 peratus Hindu, dan 2.7 peratus mengamalkan lain-lain agama atau tidak memberikan maklumat ini.

Kita adalah sebuah negara yang terbentuk dari pelbagai etnik — majoritinya Melayu, Cina, India, Kadazan, dan Dayak.

Rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kehadiran meriah pelbagai etnik dan agama di rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, sama ada yang dianjurkan oleh kerabat diraja, pemimpin politik, mahu pun rakyat, menjadi bukti solidariti dan keterbukaan dalam kalangan rakyat Malaysia — satu petunjuk yang rakyat Malaysia masih belum berputus asa dengan idea Bangsa Malaysia yang bersatu padu walaupun pencipta Wawasan 2020 dan konsep Bangsa Malaysia ini sendiri telah menolak idea ini.

Pihak berkuasa perlu mengambil satu langkah lagi ke hadapan — dari menyemai kelima-lima prinsip Rukun Negara di sekolah kepada menyemai prinsip-prinsip ini dalam kalangan masyarakat Malaysia secara amnya, seperti dengan membentuk kelab Rukun Negara dalam komuniti Malaysia di seluruh negara.

Namun, langkah pertama yang diperlukan adalah satu usul dalam sidang Parlimen Mei/Jun untuk menyatakan sokongan terhadap aspirasi Tunku Abdul Rahman, untuk Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” dan untuk mencari jalan untuk mempromosikan Malaysia sebagai contoh dialog antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Kemenangan anugerah Oscar Michelle Yeoh dan pemilihan filem Amanda Nell Eu, “Tiger Stripes” untuk Semaine de la Critique Cannes 2023 adalah bukti yang menunjukkan rakyat Malaysia mampu mencapai pencapaian yang bertaraf dunia.

Marilah semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, melihat kepada Michelle Yeoh dan Amanda Eu sebagai contoh Impian Malaysia untuk mencapai aspirasi Tunku Abdul Rahman untuk negara kita menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.

Marilah kita hidupkan semula semangat Piala Thomas pada tahun lima puluhan dan enam puluhan untuk menunjukkan kepada dunia yang rakyat Malaysia boleh menjadi juara dunia.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Selasa, 25 April 2023)

Exit mobile version