Lim Kit Siang

I wish Hadi Selamat Hari Raya Aidilfitri — does he agree that Malaysia should be model for the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational understanding, tolerance, and harmony

(Versi BM)

I was sitting down to write my Hari Raya Aidilfitri message to Malaysians, Muslims and non-Muslims, when I read PAS President, Hadi Awang’s ferocious attack on the DAP and me.

I do not know why Hadi has chosen Hari Raya Aidilfitri to launch his attack on the DAP and me.

I have retired from DAP front-line leadership politics for more than a year and I cannot and do not respond on behalf of the DAP leadership but I cannot leave Hadi’s ferocious attacks on me unanswered.

Hadi is not a profound fake as it is easy to expose his dependence on lies, falsehoods, and fake news for his arguments, as evidenced by the following four events:

After such four major blunders, what credibility has Hadi left for speaking truthfully and honestly, based on facts and truth, and not on lies, falsehoods, and fake news?

Hadi as repeated the allegation that I am a communist, for which he could not furnish any evidence.

If I am a communist, why didn’t the Home Ministry arrest me when Perikatan Nasional was in government under two “backdoor” Prime Ministers for 32 months from 2020 to 2022?

I have neve been a communist, but Hadi insists I am one. When did he discover that?

But a communist is not being a devil incarnate, as Hadi should be aware that the Saudi Arabia-Iran deal was brokered by a communist — Xi Jinping, the President of Communist China.

Is Hadi and PAS against Malaysia having close relations with Communist China?

I always believe that Malaysia can play a global role and one of these roles is to be a model state to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational understanding, tolerance, and harmony!

Does Hadi agree?

Hadi has no objection if Malaysia ends up as a divided, failed, and kleptocratic state.

I do not agree. I see Malaysia has the potential to be one of the world’s achievers and models.

On the auspicious occasion of one of the most important religions in the world, despite all the wrong and false conceptions of DAP and me, I have no harsh words for Hadi, and I wish Hadi and PAS “Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin!”

Let all Malaysians, regardless of race, religion or region, celebrate Hari Raya Aidilfitri and show that we can be a role model for the world for inter-racial, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational understanding, tolerance, and harmony.

Hadi’s example is not be followed if we want to play such a role model for the world.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Hari Raya Aidilfitri on Saturday, April 22, 2023)


Saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Hadi — adakah dia bersetuju yang Malaysia patut menjadi contoh persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun

Saya sedang duduk menulis mesej Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Malaysia, baik Muslim atau bukan Muslim, apabila saya membaca serangan Presiden PAS, Hadi Awang, di Facebook terhadap DAP dan saya.

Saya tidak tahu mengapa Hadi memilih Hari Raya Aidilfitri untuk melancarkan serangannya terhadap DAP dan saya.

Saya telah bersara dari politik barisan hadapan DAP untuk lebih dari setahun dan saya tidak boleh dan tidak akan memberi respon bagi pihak pimpinan DAP, tetapi saya tidak boleh membiarkan serangan Hadi terhadap saya tidak dijawab.

Hadi bukanlah seorang penipu yang hebat memandangkan agak mudah untuk saya dedahkan kebergantungannya terhadap penipuan, fitnah, dan berita palsu dalam berhujah, seperti yang dapat dilihat dalam empat kejadian berikut:

Selepas empat kegagalan seperti ini, apakah kredibiliti yang masih ada pada Hadi untuk bercakap benar dan jujur, berdasarkan fakta dan kebenaran dan bukannya dengan penipuan, fitnah, dan berita palsu?

Hadi telah mengulangi tuduhan yang saya ini kononnya komunis, sedangkan dia gagal memberikan sebarang bukti.

Sekiranya saya adalah seorang komunis, mengapa Kementerian Dalam Negeri tidak menangkap saya ketika Perikatan Nasional menjadi kerajaan di bawah pimpinan dua orang Perdana Menteri “pintu belakang” selama 32 bulan dari tahun 2020 hingga 2022?

Saya tidak pernah menjadi seorang komunis, tetapi Hadi berkeras bahawa saya seorang komunis. Bilakah dia menyedari perkara ini?

Tetapi, seorang komunis bukanlah jelmaan syaitan, seperti yang Hadi patut sedar di mana perjanjian keamanan di antara Arab Saudi dan Iran dibentuk oleh seorang komunis — Xi Jinping, Presiden China yang komunis.

Saya sentiasa percaya yang Malaysia boleh memainkan peranan global dan salah satu peranan ini adalah untuk menjadi contoh persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun kepada dunia.

Adakah Hadi bersetuju?

Hadi tidak mempunyai sebarang bantahan sekiranya Malaysia menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik.

Saya tidak bersetuju. Saya melihat Malaysia mempunyai potensi untuk menjadi salah satu negara terbaik dan contoh kepada dunia.

Jadi, pada hari yang mulia sempena perayaan salah satu agama yang terpenting di dunia, walaupun dengan segala persepsi yang salah dan palsu terhadap DAP dan saya, saya tidak ada sebarang kata-kata keras untuk Hadi dan saya ucapkan kepada Hadi dan PAS, “Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin!”

Marilah kita semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, bersama-sama meraikan Hari Raya Aidilfitri dan menunjukkan yang kita boleh menjadi contoh persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara kaum, agama, budaya, dan tamadun kepada seluruh dunia.

Contoh yang ditunjukkan Hadi tidak patut diikuti sekiranya kita mahu memainkan peranan ini kepada dunia.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada Hari Raya Aidilfitri 22 April 2023)

Exit mobile version