Unity Government

IPSOS survey that two-thirds of Malaysians believe country on right track five months after GE15 is external vote of confidence in Anwar unity government a positive development to match the parliamentary vote-of-confidence

By Kit

April 20, 2023

(Versi BM)

The IPSOS survey that two-thirds of Malaysians believe the country is on the right track five months after 15th General Election is a positive development and an external vote of confidence in Anwar unity government, matching last December’s parliamentary vote of confidence in the Anwar unity government.

It is another important brick towards ensuring that the Anwar unity government can last its full term of five years and fulfilment of the Yang di Pertuan Agong’s hope that Malaysia will have the political stability to reset and return to the original nation-building principles of a plural Malaysia as set out in the Constitution and the Rukun Negara, principles which had the endorsement of the nation’s founding fathers which included the first three Prime Ministers — Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, and Hussein Onn — who were also UMNO Presidents.

Malaysians can now be hopeful that the country has at least a decide to leave the trajectory of a divided, failed, and kleptocratic state by a reset and return to the original nation-building principles of a plural Malaysia where Malaysia can, in Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s words, become “a beacon of light in a difficult and distracted world” by being a model state to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational understanding, tolerance, and harmony!

If this Malaysian Dream is implanted in the minds of every Malaysian by the schools and universities, Malaysia will be making a great contribution to world understanding, harmony, and peace.

I believe this objective is achievable, if all Malaysians, regardless of race, religion, region, gender or age, put their minds to it to achieve something which is not only good for Malaysia but for the world.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Thursday, 20th April 2023)

Tinjauan IPSOS mendapati dua pertiga rakyat Malaysia percaya yang negara berada dalam haluan yang tepat selepas PRU15 menjadi satu undi percaya dari luar terhadap Kerajaan Perpaduan Anwar yang berpadanan dengan undi percaya di Parlimen

Tinjauan IPSOS yang mendapati dua pertiga rakyat Malaysia percaya bahawa negara berada dalam hala tuju yang tepat, lima bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 adalah satu perkembangan yang positif dan juga merupakan satu bentuk undi percaya dari luar terhadap Kerajaan Perpaduan Anwar yang berpadanan dengan undi percaya yang dihadapi Anwar di Parlimen pada bulan Disember lepas.

Perkara ini merupakan satu lagi unsur yang penting untuk memastikan Kerajaan Perpaduan Anwar dapat bertahan sepenuh penggal lima tahunnya dan untuk memenuhi hasrat Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong supaya Malaysia dapat mencapai kestabilan politik untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kita kepada prinsip dan dasar asal pembinaan negara bangsa sebagai sebuah Malaysia majmuk seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara, prinsip-prinsip yang disokong oleh tiga Perdana Menteri terawal negara — Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn — yang mana ketiga-tiganya juga merupakan Presiden UMNO.

Rakyat Malaysia kini sekurang-kurangnya dapat menyimpan harapan yang negara kita ada sekurang-kurangnya sedekad untuk meninggalkan trajektori sebuah negara berpecah belah, gagal, dan kleptokratik dengan menetapkan semula prinsip dan dasar negara supaya kita berjaya menjadi sebuah negara majmuk Malaysia, di mana Malaysia dalam menjadi apa yang dikatakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, sebagai “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu” di mana kita menjadi contoh persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya dan tamadun kepada dunia!

Sekiranya Impian Malaysia ini disemai di dalam minda setiap rakyat Malaysia di sekolah dan universiti, Malaysia bakal memberikan sumbangan yang hebat kepada persefahaman, keharmonian, dan keamanan dunia.

Saya percaya yang matlamat ini boleh dicapai, sekiranya semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, kawasan, jantina, atau umur, meletakkan minda mereka ke arah mencapai satu perkara yang bukan sahaja bermanfaat kepada Malaysia, tetapi juga bermanfaat kepada dunia.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Khamis, 20 April 2023)