Lim Kit Siang

Parliament in the May-June meeting should lead the nation with a motion to save Malaysia by a reset and return to the original nation-building principles of a plural Malaysia to become a model state to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational understanding, tolerance, and harmony instead of ending up as a divided, failed, and kleptocratic state

(Versi BM)

Parliament in the May-June meeting should lead the nation with a motion to save Malaysia by a reset and return to the original nation-building principles of a plural Malaysia to become a model state to the world of inter-ethnic, inter-religious, inter-cultural and inter-civilisational understanding, tolerance, and harmony instead of ending up as a divided, failed, and kleptocratic state.

I fully support the idea of the Prime Minister, Anwar Ibrahim, in Kuantan yesterday that Malaysians have been offered an opportunity to save Malaysia which must not be missed or Malaysia will end up as a failed state.

When I was in school in the fifties, we were educated to be Malayans and then Malaysians, and not just to be Malays, Chinese, Indians, Kadazans, and Dayaks.

We will continue to be Malays, Chinese, Indians, Kadazans, and Dayaks, which is our ethnic identity. We will also continue to be Muslims, Buddhists, Hindus or Christians, which is our religious identity. But we have a common national identity as Malaysians.

But somehow, our schools have failed in this objective in the last six decades and we have not produced enough Malaysians first, who retain their ethnic, religious, and cultural identities but are Malaysians first.

Malaysia can only be great if we can unite as Malaysians, combining the strength of our diverse ethnic, religious, linguistic, and cultural identities to make Malaysia a world-class nation for the good of the people and the world.

There was a time when it was an embarrassment to be a Malaysian in the world. We must make sure that this belong to the past and such an embarrassing situation will never return in the future.

We want all Malaysians, with their diverse ethnic, religious, linguistic, and cultural identities, to be Malaysian First rather than Malay, Chinese, Indian, Kadazan, Dayak first or Muslim, Buddhist, Hindu, Christian first, and Malaysians second.

This is what the Constitution and the Rukun Negara principles taught us.

Can we reset and return to these nation-building principles for a plural Malaysia, which received support from the first three Prime Ministers of Malaysia, who were also UMNO Presidents — Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein and Hussein Onn?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang Wednesday, 19th April 2023)


Sidang Parlimen pada bulan Mei-Jun perlu memimpin negara dengan satu usul untuk menyelamatkan Malaysia dengan kembali semula kepada prinsip asal pembinaan sebuah Malaysia majmuk supaya kita dapat jadi contoh persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun dan bukannya menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik

Sidang Parlimen pada bulan Mei-Jun perlu memimpin negara dengan satu usul untuk menyelamatkan Malaysia dengan mengembalikan semula negara kita kepada prinsip asal pembinaan sebuah Malaysia majmuk supaya kita dapat jadi contoh persefahaman, toleransi, dan keharmonian antara etnik, agama, budaya, dan tamadun dan bukannya menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik.

Saya sokong penuh idea Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, di Kuantan semalam yang mengatakan rakyat Malaysia telah ditawarkan peluang untuk menyelamatkan Malaysia dan peluang ini tidak boleh dibazirkan, jika tidak, kita akan menjadi sebuah negara gagal.

Semasa saya berada di zaman persekolahan pada tahun 50-an, kami dididik untuk menjadi rakyat Malaya, kemudiannya rakyat Malaysia, bukan hanya sebagai Melayu, Cina, India, Kadazan, dan Dayak.

Kami akan terus menjadi Melayu, Cina, India, Kadazan, dan Dayak, yang semuanya merupakan identiti etnik masing-masing. Kami juga terus menjadi orang Islam, Buddha, Hindu, atau Kristian, yang merupakan identiti agama masing-masing. Tetapi kami semua ada identiti yang dikongsi bersama sebagai rakyat Malaysia.

Tetapi, malangnya sekolah-sekolah kita kelihatan seperti gagal dalam mencapai matlamat ini dalam enam dekad yang lepas dan kita tidak melahirkan individu-individu yang melihat diri mereka sebagai pertamanya rakyat Malaysia walau pada masa yang sama, mengekalkan identiti etnik, agama, dan budaya mereka.

Malaysia hanya boleh menjadi hebat jika kita dapat bersatu sebagai rakyat Malaysia, menggabungkan kekuatan identiti etnik, agama, bahasa, dan budaya kita yang pelbagai untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bertaraf dunia untuk kebaikan rakyat dan dunia.

Ada satu masa pada ketika dahulu, di mana menjadi satu perkara yang memalukan untuk menjadi rakyat Malaysia di dunia. Kita perlu pastikan perkara ini kekal dalam masa lampau dan tidak berulang sama sekali lagi.

Kita mahu semua rakyat Malaysia, dengan pelbagai identiti etnik, agama, bahasa, dan budaya, mengutamakan identiti mereka sebagai rakyat Malaysia, bukannya pertamanya menjadi orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak atau Islam, Buddha, Hindu, Kristian.

Inilah yang diajarkan oleh Perlembagaan dan Rukun Negara kepada kita. Kita mesti kembali kepada prinsip pembinaan negara ini.

Bolehkah kita tetapkan semula dan kembali kepada prinsip pembinaan negara bangsa untuk sebuah Malaysia yang majmuk, yang disokong oleh tiga Perdana Menteri terawal negara, yang juga semuanya merupakan Presiden UMNO — Tunku Abdul Rahman, Razak Hussein, dan Hussein Onn?

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Rabu, 19 April 2023)

Exit mobile version