Sabah

Lessons from the wrongful 47-year Official Secret classification of the Double-Six Nomad Crash investigation report

By Kit

April 13, 2023

(Versi BM)

The investigation report into the Double-Six Nomad Crash should never have been classified under the Official Secrets Act and should have been made public 47 years ago in 1976 as its declassification reveals no public security aspect to justify its classification under the Official Secrets Act for nearly five decades.

It should have been made public to explain the tragic death of Sabah Chief Minister, Fuad Stephens, three Sabah state ministers and seven other passengers on the flight.

It is a lesson that the government of the day, whether federal or state, should practise transparency and accountability among the principles of good governance at all times to secure public confidence.

The classification of the Double-Six Nomad Crash on June 6, 1976 for 47 years had given rise to various theories of political conspiracies which could have been avoided if the Federal Government had acted with transparency and accountability in 1976.

It is a lesson that the government of the day, whether federal or state, does not know best what is good for the country and state. What is always needed is a responsible “check and balance”.

This lesson is all the relevant now, as the nine-week Parliamentary meeting of the two houses of Parliament which ended on Tuesday was the worst parliamentary meeting in Malaysian history in disuniting Malaysians by the unprecedented polarisation of race and religious relations based on lies, falsehoods, and fake news — promoting all sorts of political conspiracies — with minimal check and balance.

Before Parliament met, the PAS President, Hadi Awang, set the pace by alleging DAP of promoting Islamophobia, which he could not substantiate after five months.

During Parliament, Perikatan Nasional (PN) MPs used the proceedings to insinuate lies, falsehoods, and fake news, like Penang State Government banning azan and Malaysians having to sell their organs to survive, causing a news heading: “Racism reaches new heights in Parliament”.

If PN leaders and MPs can tell lies, falsehoods, and fake news in and outside Parliament, how can we ensure that Malaysians practise the fifth principle of Rukun Negara on “courtesy and morality”?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Thursday, 12th April 2023)

Pengajaran dari kesilapan klasifikasi Rahsia Rasmi laporan siasatan Nahas Double-Six Nomad selama 47 tahun

Laporan penyiasatan Nahas Double-Six Nomad tidak sepatutnya dirahsiakan langsung di bawah Akta Rahsia Rasmi dan sepatutnya diterbitkan kepada orang awam sejak 47 tahun yang lepas pada tahun 1976 memandangkan penerbitan laporan ini mendedahkan bahawa tidak ada unsur keselamatan awam untuk menjadi alasan perahsiaan laporan ini selama hampir lima dekad.

Laporan ini sepatutnya diterbitkan untuk menjelaskan kematian tragik Ketua Menteri Sabah, Fuad Stephens, bersama dengan tiga menteri negeri Sabah, dan tujuh penumpang lain dalam penerbangan ini.

Perkara ini menjadi pengajaran kepada kerajaan hari ini, sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, untuk mengamalkan ketelusan dan akauntabiliti sebagai prinsip tadbir urus baik pada setiap masa untuk mendapatkan keyakinan orang awam.

Klasifikasi laporan nahas Double-Six Nomad yang terjadi pada 6 Jun 1976 selama 47 tahun sebelum ini telah menimbulkan pelbagai bentuk teori konspirasi politik yang pastinya dapat dielakkan sekiranya Kerajaan Persekutuan telah bertindak secara telus dan bertanggungjawab pada tahun 1976.

Perkara ini menjadi pengajaran, bahawa kerajaan pada hari ini, sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri, tidak semestinya mengetahui perkara yang terbaik untuk negara. Apa yang sentiasa diperlukan adalah “semak imbang” yang bertanggungjawab.

Pengajaran ini semakin relevan kini, memandangkan sidang Parlimen kedua-dua dewan di Parlimen yang berakhir pada hari Selasa adalah sidang parlimen terburuk dalam sejarah Malaysia dari segi memecah belahkah rakyat melalui polarisasi perkauman dan keagamaan yang dibuat menggunakan penipuan, fitnah, dan berita palsu — dengan mempromosikan pelbagai bentuk teori konspirasi politik — tanpa semak imbang yang memadai.

Sebelum Parlimen bersidang, Presiden PAS, Hadi Awang, telah bermula dengan menuduh DAP sebagai mempromosikan Islamofobia, satu tuduhan yang dia gagal buktikan selepas lima bulan.

Semasa sidang Parlimen, Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) telah menggunakan sidang untuk cuba menyebarkan penipuan, fitnah, dan berita palsu, seperti kononnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengharamkan laungan azan dan kononnya rakyat Malaysia terpaksa menjual organ untuk kelangsungan hidup, membawa kepada tajuk-tajuk akhbar yang berbunyi seperti: “Rasisme mencapai kemuncak baharu di Parlimen”.

Sekiranya para pemimpin dan Ahli-ahli Parlimen PN boleh menipu, menabur fitnah, dan menyebar berita palsu di dalam dan di luar Parlimen, bagaimanakah untuk kita pastikan rakyat Malaysia mengamalkan prinsip kelima Rukun Negara, “kesopanan dan kesusilaan”?

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Khamis, 13 April 2023)