The eight-week meeting of the Dewan Rakyat ended last Thursday — with the 10th Prime Minister, Anwar Ibrahim passing the three tests of the eight-week Dewan Rakyat meeting while the Perikatan Nasiohal (PN) leaders and MPs failed in trying to topple the Anwar Unity Government and to further polarise the nation through heightened and untruthful race and religious rhetorics.
The three tests passed by Anwar were:
- Passage of the Motion of Thanks for the Royal Address on the Opening of the 15th Parliament;
- Passage of the 2023 Budget; and
- Maintain the hopes of Malaysians that Malaysia can avoid the trajectory of a failed, divided, and kleptocratic state in the coming decades, and do more, endeavour a reset and return to the nation-building principles of a plural Malaysia agreed by the nation’s founding fathers (which included the first four UMNO Presidents) to become a first-rate world-class nation.
The country should take note that despite the efforts of the PN leaders to topple the Anwar unity government — which the PAS President Hadi Awang declared as the “right of the Opposition” — these efforts have failed, although the country paid a heavy price as the tactics of the PN leaders and MPs created political instability and undermined national unity by further polarising the nation through heightened and untruthful race and religious rhetorics.
Malaysian politics fell to a new low when political leaders from the Opposition make preposterous allegations about Islamophobia and Malaysians selling organs to survive with no respect for integrity of information or truth.
PAS President Hadi Awang made the wild and preposterous allegation that the DAP was promoting Islamophobia but despite being repeatedly challenged, he has not been able for five months to offer an iota of evidence to substantiate his wild allegation.
The Bersatu Youth leader, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, made the serious allegation that there are people selling their kidneys to make ends meet, but when challenged to substantiate his allegation, meekly said his allegation was based on posts from Facebook groups and it was up to the authorities to investigate the truth or otherwise of his allegation.
Political leaders from PN are not taking the lead to clean up the lies, falsehood, fake news, and the dirt on the social media and information landscape, but are adding to the lies, falsehoods, fake news, and the dirt.
They even disregarded the advice of the Yang di Pertuan Agong that Malaysia needs political stability to “reach for the stars”.
In Scotland, an ethnic Pakistani has become the First Minister and leader of the Scottish Nationalist Party. In the United Kingdom, an ethnic Indian is the Prime Minister and leader of the British Conservative Party.
But in Malaysia, we seem to be going backwards with voices screaming that the Malays have lost political and economic control of Malaysia.
The next big test for Anwar Unity government will be the general election in the six states of Penang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, and Terengganu.
But this will a test not just for the Anwar unity government, but a test whether Malaysia has a future to be a first-rate world-class nation or Malaysia’s fate is to be a divided, failed, and kleptocratic state.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Sunday, 9th April 2023)
Anwar berjaya dalam tiga ujian semasa sidang Dewan Rakyat selama lapan minggu manakala para pemimpin dan Ahli Parlimen Perikatan Nasional gagal dalam usaha mereka untuk menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar dan mempolarisasi negara kita melalui retorik palsu perkauman dan keagamaan
Sidang Dewan Rakyat selama lapan minggu telah berakhir pada hari Selasa lepas — dengan Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim, berjaya dalam mengatasi tiga ujian utama sidang ini manakala para pemimpin dan Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) gagal untuk menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar dan untuk mempolarisasi negara kita melalui retorik palsu perkauman dan keagamaan.
Tiga ujian yang dilepasi Anwar adalah:
- Kelulusan usul menjunjung Titah Diraja sempena Pembukaan Parlimen ke-15;
- Kelulusan Belanjawan 2023; dan
- Mengekalkan harapan rakyat Malaysia bahawa Malaysia mampu untuk mengelakkan hala tuju menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik dalam dekad-dekad yang akan datang supaya kita dapat melakukan lebih banyak lagi perkara untuk menetapkan semula dan mengembalikan negara kita kepada prinsip pembinaan sebuah Malaysia majmuk seperti yang dipersetujui oleh tokoh kemerdekaan negara (termasuklah empat presiden terawal UMNO) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Seluruh negara perlu ingat, yang walaupun ada usaha dari pemimpin PN untuk menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar — yang dikatakan oleh Presiden PAS, Hadi Awang, sebagai “hak Pembangkang” — usaha ini telah gagal, walaupun negara kita terpaksa membayar harga yang tinggi kerana taktik para pemimpin dan Ahli Parlimen PN ini telah mencipta ketidakstabilan politik dan merendahkan perpaduan negara dengan mempolarisasi hubungan dalam negara dengan retorik palsu perkauman dan keagamaan.
Politik Malaysia telah jatuh ke tahap rendah baharu apabila pemimpin politik dari barisan Pembangkang membuat pertuduhan tidak masuk akal mengenai Islamofobia dan rakyat Malaysia menjual organ untuk kelangsungan hidup tanpa sebarang rasa hormat terhadap integriti maklumat dan kebenaran.
Presiden PAS, Hadi Awang, telah membuat pertuduhan liar dan tidak masuk akal yang kononnya DAP mempromosikan Islamofobia. Namun selepas dicabar berkali-kali selepas lima bulan, dia masih gagal untuk memberikan sebarang bukti untuk tuduhan beratnya ini.
Ketua Pemuda Bersatu, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pula telah membuat pertuduhan serius yang mengatakan ada rakyat Malaysia yang terpaksa menjual buah pinggang mereka untuk kelangsungan hidup, tetapi apabila dicabar untuk membuktikan tuduhannya ini, dia memberikan alasan yang tuduhan ini berasaskan kepada hantaran di kumpulan Facebook dan pihak berkuasa yang perlu menyiasat sama ada terdapat kebenaran atau tidak dalam tuduhan ini.
Para pemimpin politik dalam PN gagal untuk mengambil peranan dalam memimpin untuk membersihkan arena media sosial dan landskap maklumat negara dari penipuan, fitnah, dan berita palsu, sebaliknya mereka menambahkan kekotoran, penipuan, fitnah, dan berita palsu.
Malah, mereka juga telah mengabaikan nasihat dari Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong yang menitahkan bahawa Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk “mencapai bintang di langit”.
Di Scotland, seorang yang beretnik Pakistan telah menjadi Menteri Pertama dan ketua Parti Nasionalis Scotland. Di United Kingdom, seorang yang beretnik India pula telah menjadi Perdana Menteri dan ketua Parti Konservatif.
Tetapi di Malaysia, kita kelihatan seperti bergerak ke belakang dengan suara-suara yang cuba mengatakan orang Melayu telah kehilangan kawalan politik dan ekonomi di Malaysia.
Ujian seterusnya untuk kerajaan perpaduan Anwar adalah pilihan raya negeri di enam negeri; Pulau Pinang, Selangor, Negri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Tetapi, ujian ini bukan hanya untuk kerajaan perpaduan Anwar, sebaliknya ia akan menjadi ujian mengenai sama ada Malaysia masih ada masa hadapan untuk menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia atau ditakdirkan untuk menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik.
(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Ahad, 9 April 2023)