Lim Kit Siang

Tuan Ibrahim Tuan Man and Wan Saiful should be referred to the Committee of Privileges for misrepresenting the “powers and privileges” of the Dewan Rakyat in exonerating Muhyiddin, Hadi, and Hamzah for playing truant at all the PMQTs during the eight-week Parliament from February to April

(Versi BM)

The PAS Deputy President, Tuan Ibrahim Tuan Man has joined the former Bersatu Information chief, Wan Saiful Wan Jan to defend the indefensible to exonerate the truancy of the three Perikatan Nasonal (PN) leaders — Muhyiddin Yassin, Hadi Awang, and Hamzah Zainudin — from Parliament during the Prime Minister’s Question time (PMQT) for eight long weeks from February to April 2023.

Is there another Parliamentary Opposition Leader or Prime Minister-designate in another Parliament in the world who absents himself during PMQT for eight long weeks?

In the House of Commons in United Kingdom, the clash between the Prime Minister Rishi Sunak and the Opposition Leader, Keir Starmer is commonplace. But in Malaysia, it is a rarity.

Everybody knows that Keir Starmer is the Prime Minister-designate, but is Hamzah Zainudin, the Opposition Leader, the Prime Minister-designate?

If Perikatan Nasional (PN) forms the government, it is either Muhyiddin Yassin or Abdul Hadi Awang who will be Prime Minister, and not Hamzah who is only in the second echelon of the leadership in Bersatu.

The Opposition trio of Muhyddin, Hadi, and Hamzah have made dubious parliamentary history for Malaysia for their truancy from Parliament during PMQT for eight long weeks.

Is the any reason for their truancy?

Was it an act of protest against the Anwar unity government?

There is none except for the inferiority complex of the PN trio when facing the 10th Prime Minister, Anwar Ibrahim.

The PMQT is one of the major parliamentary reforms which Anwar introduced in the 15th Parliament but it would appear that the PN is opposed to such a major parliamentary reform.

In fact, Tuan Ibrahim and Wan Saiful, both Members of Parliament, should be referred to the Committee of Privileges of the Dewan Rakyat for misrepresenting the “powers and privileges” of the Dewan Rakyat in exonerating Muhyiddin, Hadi, and Hamzah for playing truant at all the PMQTs during the eight-week Parliament from February to April 2023.

Tuan Ibrahim said the absence of the PN leadership trio during the PMQTs was no issue as many people misunderstood the need to be present during the PMQT session every Tuesday.

He said: ”During the PMQT session, not everyone can ask questions (to the prime minister), if PAS president Abdul Hadi Awang is present, he can’t even ask questions.

“Only those who asked the oral question can do so, when the prime minister answers, the same person can ask additional questions and not just anyone can interrupt.”

Tuan Ibrahim is even more culpable of misrepresenting the “powers and privileges” of Parliament as Wan Saiful, who at least said that during PMQT, only the MP called by the Speaker can stand to ask a question and the rest of the MPs will not be allowed to interject.

Both Tuan Ibrahim and Wan Saiful are guilty of misrepresenting the “powers and privileges” of Parliament, for if Hadi had stood up to ask a supplementary question during PMQTs, he would be given priority because of his rank and position.

The Speaker will be guilty of the most unparliamentary conduct if he had not given Hadi priority over other backbenchers.

The Speaker will have a problem if all three PN leaders — Hadi, Muhyiddin, and Hamzah — stood up at the same time to ask a supplementary question to the Prime Minister.

But the Speaker was spared this problem as all the three PN leaders never stood up at the same time to ask a supplementary question to Anwar, as they were collectively absent at all the PMQTs in all the eight weeks of the recent Parliament.

I would have expected the three PN leaders to dominate the PMQTs but the three PN leaders did not even submit a single question during the eight weeks of PMQTs. Can the PN trio explain why?

It is regrettable that the two MPs, Tuan Ibrahim and Wan Saiful, should misrepresent the proceedings of the Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat Standing Order 80 (1) stipulates that “any matter which appears to affect the powers and privileges of the House” shall be referred to the Committee of Privileges of the Dewan Rakyat, which should “consider any such matters to them referred and to report on them to the House”

Standing Order 80 (2) states:

“Whenever the House is not sitting a member may bring an alleged breach of privilege to the notice of Tuan Yang di-Pertua who may, if he is satisfied that a prima facie breach of privilege has been committed, refer such matter to the Committee, which shall report thereon to the House.”

Both Tuan Ibrahim and Wan Saiful should be hauled up to appear before the Committee of Privileges to explain themselves.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Friday, 7th March 2023)


Tuan Ibrahim Tuan Man dan Wan Saiful patut dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana salah nyata “hak dan kebebasan” Dewan Rakyat dalam cubaan untuk mempertahankan ketidakhadiran Muhyiddin, Hadi, dan Hamzah ke sesi PMQT dalam sidang Parlimen selama lapan minggu dari bulan Februari hingga April

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, telah menyertai bekas Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, dalam cubaan untuk mempertahankan perkara yang tidak dapat dipertahankan mengenai perbuatan tiga orang pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) — Muhyiddin Yassin, Hadi Awang, dan Hamzah Zainuddin — yang telah ponteng dari menghadiri semua sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) dalam sidang Parlimen selama lapan minggu yang berlangsung dari bulan Februari hingga April 2023.

Adakah mana-mana Ketua Pembangkang Parlimen atau calon Perdana Menteri di mana-mana Parlimen lain di dunia yang tidak hadir dalam sesi PMQT selama lapan minggu?

Di House of Commons di United Kingdom, pertembungan di antara Perdana Menteri Rishi Sunak dan Ketua Pembangkang Keir Starmer adalah perkara rutin. Namun di Malaysia, perkara ini jarang berlaku.

Semua orang tahu yang Keir Starmer adalah calon Perdana Menteri, tetapi adakah Hamzah Zainuddin, yang merupakan Ketua Pembangkang, juga seorang calon Perdana Menteri?

Sekiranya Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan, sama ada Muhyiddin Yassin atau Hadi Awang yang akan menjadi Perdana Menteri, bukannya Hamzah, kerana Hamzah hanyalah pemimpin barisan kedua dalam Bersatu.

Gabungan bertiga Pembangkang yang dibentuk Muhyiddin, Hadi, dan Hamzah, telah mencipta sejarah parlimen yang buruk kerana ketidakhadiran mereka dalam mana-mana sidang PMQT selama lapan minggu Parlimen bersidang.

Adakah ada apa-apa sebab untuk ketidakhadiran mereka ini?

Adakah perkara ini merupakan satu tindakan protes mereka terhadap kerajaan perpaduan Anwar?

Tidak ada apa-apa sebab melainkan perasaan tidak yakin mereka sendiri apabila berhadapan dengan Perdana Menteri ke-10, Anwar Ibrahim.

PMQT ini adalah antara reformasi parlimen utama yang diperkenalkan Anwar dalam sidang Parlimen ke-15, tetapi kelihatan seperti PN menentang pengenalan reformasi sebegini.

Malah, Tuan Ibrahim dan Wan Saiful — yang mana-mana dua-duanya merupakan Ahli Parlimen — patut dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana salah nyata hak dan kebebasan Ahli-ahli Parlimen dalam cubaan mereka untuk mempertahankan ketidakhadiran Muhyiddin, Hadi, dan Hamzah ke sesi PMQT sepanjang lapan minggu parlimen bersidang dari Februari hingga April 2023.

Tuan Ibrahim mengatakan yang ketidakhadiran pimpinan tertinggi PN ini tidak menjadi isu kerana ramai orang salah faham mengenai keperluan untuk hadir ke sesi PMQT pada setiap hari Selasa.

Dia berkata: “Semasa PMQT, bukan semua orang berpeluang untuk bertanya (kepada Perdana Menteri), sekiranya Presiden PAS Abdul Hadi Awang hadir sekali pun, dia bukannya boleh bertanya soalan.

“Hanya mereka yang mengemukakan soalan lisan yang dapat bertanya, apabila Perdana Menteri sudah menjawab, orang yang sama boleh menanyakan soalan susulan dan bukannya semua orang boleh mencelah.”

Tuan Ibrahim lebih bersalah dalam salah nyata “hak dan keistimewaan” Dewan Rakyat berbanding dengan Wan Saiful yang sekurang-kurangnya mengatakan yang hanya Ahli Parlimen yang dipanggil oleh Speaker sahaja yang boleh bertanya soalan manakala Ahli-ahli yang lain tidak dibenarkan untuk mencelah.

Kedua-dua Tuan Ibrahim dan Wan Saiful bersalah dalam menyalah nyata “hak dan keistimewaan” di Parlimen kerana sekiranya Hadi bangkit di dewan untuk mengemukakan soalan semasa waktu soalan susulan, dia akan diberikan keutamaan berasaskan kedudukan dan pangkatnya.

Speaker akan dilihat sebagai melakukan suatu perbuatan yang tidak sepatutnya (unparliamentary) sekiranya dia tidak memberikan keutamaan kepada Hadi berbanding dengan Ahli Backbencher yang lain.

Speaker juga akan berhadapan dengan masalah sekiranya ketiga-tiga Muhyiddin, Hadi, dan Hamzah bangkit serentak untuk mengemukakan soalan susulan kepada Perdana Menteri.

Namun, Speaker terselamat dari perlu berhadapan dengan masalah ini memandangkan ketiga-tiga Muhyiddin, Hadi, dan Hamzah tidak pernah bangkit berdiri serentak untuk mengemukakan soalan susulan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Sebaliknya mereka semua tidak hadir bersama-sama dalam semua sesi PMQT sepanjang lapan minggu Parlimen bersidang.

Saya jangka yang ketiga-tiga pemimpin PN ini akan mendominasi sesi PMQT, sebaliknya ketiga-tiga gagal untuk menghantar satu soalan sekali pun. Bolehkah mereka jelaskan mengapa?

Amat malang sekali apabila ada dua orang Ahli Parlimen, Tuan Ibrahim dan Wan Saiful, menyalah nyata urusan perjalanan Dewan Rakyat.

Peraturan Mesyuarat 80(1) menyatakan yang “apa-apa perkara yang menunjukkan menyentuh kuasa-kuasa, hak-hak dan kebebasan Majlis” hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat yang kemudiannya akan “mempertimbangkan perkara yang dirujuk kepadanya dan memberikan laporan mereka kepada Dewan.”

Peraturan Mesyuarat 80(2) menyatakan:

“Bila-bila Majlis tidak bersidang, seseorang Ahli boleh memberitahu Tuan Yang di Pertua jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Majlis. Tuan Yang di Pertua, jika berpuas hati iaitu pada zahirnya telah dilakukan kesalahan itu, bolehlah diserahkannya perkara itu kepada Jawatankuasa ini dan Jawatankuasa hendaklah mengeluarkan penyata kepada Majlis.”

Kedua-dua Tuan Ibrahim dan Wan Saiful patut dipanggil ke hadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan untuk memberikan penjelasan mereka.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Jumaat, 7 April 2023)

Exit mobile version