It is pathetic to see the former Bersatu Information chief and MP for Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan scraping the bottom of the barrel trying to defend the indefensible to justify the absence of the top Perikatan Nasional (PN) leaders from the Prime Minister’s Question Time yesterday.
The Communications and Digital Minister Fahmi Fadzil made a valid point when he criticised the top three PN leaders for their absence in Parliament during the PMQT yesterday.
Can the three top PN leaders, the two PN Prime Ministers-designate Muhyiddin Yassin and Hadi Awang, and the Opposition Leader Hamzah Zainudin explain why they played “truant” from their parliamentary duties yesterday when the Prime Minister Anwar Ibrahim answered questions about the outcome of the official visit to China, the vape issue, and the contract doctors issue?
Defending the absence of the three opposition leaders, Wan Saiful said improvements must be made to the PMQT, including on questions that can be asked.
He said that during PMQT, only the MP called by the Speaker can stand to ask a question. The rest will not be allowed to interject.
Wan Saiful is not giving a true picture of the parliamentary proceeding. In fact, he was trying to distract the issue.
If anyone of the three Opposition leaders had stood up to ask a supplementary question whether during PMQT or the parliamentary question time, the Speaker will give him priority over other backbenchers by virtue of his seniority and position.
Since the PMQT was introduced on Feb. 14, 2023, there had been eight PMQTs, and a check with the Hansard will show that never in anyone of the eight PMQTs since Feb. 14 had anyone of the three PN leaders tried to pose a single supplementary question.
Is there anyone among the three leaders who could claim that he tried to ask the Prime Minister during PMQT and was not allowed by the Speaker?
Can anyone of the three PN leaders say that he had tried to put in a question for the eight PMQTs?
If not, can the three PN leaders explain why they were playing truant from their parliamentary duties during the eight PMQTs in the last three months?
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Wednesday, 5th April, 2023)
Kasihan melihat Wan Saiful terdesak dalam mempertahankan perkara yang tidak dapat dipertahankan
Amat memalukan dan menyedihkan untuk melihat bekas Ketua Penerangan Bersatu yang juga merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan terdesak mencuba untuk mempertahankan ketiadaan barisan pimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) semalam.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, telah membuat satu kenyataan yang betul apabila dia mengkritik tiga pimpinan tertinggi PN kerana tidak hadir ke Parlimen semasa sesi PMQT semalam.
Boleh tiga pemimpin tertinggi PN ini, dua calon Perdana Menteri PN, Muhyiddin Yassin dan Hadi Awang, dan juga Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin, menjelaskan mengapa mereka “ponteng” dari menjalankan tanggungjawab mereka di parlimen semalam ketika Perdana Menteri Anwar Ibrahim menjawab persoalan-persoalan mengenai hasil lawatan rasminya China, isu vape, dan isu doktor kontrak?
Dalam cubaan mempertahankan tiga pemimpin utama pembangkang, Wan Saiful mengatakan yang penambahbaikan perlu dibuat kepada sesi PMQT ini, termasuklah mengenai soalan apa yang boleh ditanyakan.
Dia mengatakan yang semasa PMQT, hanya Ahli Parlimen yang dipanggil oleh speaker sahaja yang boleh berdiri untuk mengemukakan soalan. Ahli-ahli Parlimen yang lain tidak dibenarkan untuk mencelah.
Wan Saiful tidak memberikan gambaran sebenar persidangan Parlimen. Malah, dia sedang cuba untuk mengalihkan perhatian daripada isu yang sebenar.
Sekiranya mana-mana dari tiga ketua-ketua pembangkang ini telah bangkit untuk bertanya soalan susulan sama ada semasa PMQT atau semasa waktu pertanyaan jawab lisan, Speaker akan memberikan mereka keutamaan berbanding dengan mana-mana Ahli Backbencher yang lain berdasarkan kekananan dan kedudukannya.
Sejak pengenalan PMQT pada 14 Februari 2023, sudah ada lapan PMQT diadakan dan semakan Penyata Rasmi akan menunjukkan tidak ada sekali pun dari kelapan-lapan PMQT ini di mana salah seorang dari tiga pemimpin tertinggi pembangkang ini telah bangkit untuk mengemukakan soalan susulan.
Adakah sesiapa dari kalangan tiga orang pemimpin pembangkang ini yang boleh mengatakan yang mereka telah cuba untuk mengemukakan soalan kepada Perdana Menteri semasa PMQT tetapi tidak diberikan ruang oleh Speaker?
Sekiranya tidak, bolehkah ketiga-tiga pemimpin PN ini memberikan jawapan mengapa mereka kerap ponteng dari menjalankan tanggungjawab mereka di Parlimen dalam kelapan-lapan sesi PMQT dalam tiga bulan yang lepas?
(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Rabu, 5 April 2023)