Lim Kit Siang

Is the suggestion that Najib can make a second review application to set aside his conviction and sentencing to 12 year’s imprisonment in the SRC corruption case an April Fool’s joke when the country needs finality and closure in the case to achieve sorely needed political stability?

(Versi BM)

Is the suggestion that former Prime Minister, Datuk Seri Najib Razak can make a second review application to set aside his conviction and sentencing to 12 year’s imprisonment in the SRC corruption case an April Fool’s joke when the country needs finality and closure in the case to achieve sorely needed political stability?

Yesterday, the country passed another crucial test after the first Hundred Days of the Anwar unity government to provide the necessary conditions for the sorely needed political stability in Malaysia.

I am on record as saying that I am more confident than ever that the Anwar unity government will last five years, although this cannot be taken for granted as a second Sheraton Move political conspiracy lies in every nook and corner.

The long parliamentary session after the opening of the 15th Parliament by the 16th Yang di Pertuan Agong will end next week — next Tuesday for the Dewan Rakyat and next Thursday for the Dewan Negara.

It was most unfortunate that not all MPs had responded to the Yang di Pertuan Agong’s call to work for the achievement of political stability as some MPs had done the very opposite — to destabilise the political situation by further polarising race and religious relations in Malaysia to deny the Yang di Pertuan Agong’s wish that Anwar Ibrahim would be the last Prime Minister he would swear into office before he completes his five-year tenure next January. So far these MPs have failed in their objective.

One way to establish political stability is to ensure that a change of government can only take place after a vote of confidence in a Prime Minister is defeated in the Dewan Rakyat — a step which would have spared the country the advent of backdoor Prime Ministers who could illegally and unconstitutionally suspended Parliament under one pretext or another.

Another way to establish political stability is to amend the oath of office that should be taken by the Prime Minister, Ministers and MPs to include the upholding of the nation-building principles as set out in the Rukun Negara.

It is not enough to spell out the five nation-building principles to the nation’s schoolchildren, as it is equally important to ensure that all the nation’s leaders — the Prime Minister, Ministers, and Members of Parliament — are equally committed to uphold the five Rukun Negara nation-building principles.

Malaysia must not be “Truly Asia” only to tourists but must be “Truly Asia” to all Malaysians.

Malaysia has an unique role to play in global relations — to be an example of inter-racial, inter-religious and inter-civilisational understanding, harmony, and peace to the world where there is “Unity in Diversity” of the many races, language, religions, and cultures to be found in Malaysia.

It is the patriotic duty of all Malaysians to work for a national reset and return to the original nation-building principles to achieve the twin objectives of achieving national unity in a plural Malaysia and to halt the trajectory of Malaysia towards a divided, failed, and kleptocratic state so as to rise again to become a first-rate world-class nation.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Saturday, 1st April 2023)


Adakah cadangan yang mengatakan Najib boleh mendapatkan semakan kedua dalam permohonan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dalam kes SRC ini satu jenaka April Fool’s sedangkan negara kita memerlukan ketentuan dan penutup untuk kes ini untuk mencapai kestabilan politik?

Adakah cadangan yang mengatakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, boleh mendapatkan semakan kedua dalam permohonan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dalam kes SRC ini satu jenaka April Fool’s sedangkan negara kita memerlukan ketentuan dan penutup untuk kes ini untuk mencapai kestabilan politik?

Semalam, negara kita telah melepasi satu lagi ujian yang penting dalam Seratus Hari Pertama Kerajaan Perpaduan Anwar untuk memberikan keadaan yang diperlukan untuk kestabilan politik di Malaysia.

Saya direkodkan sebagai mengatakan sebelum ini yang saya amat yakin yang kerajaan perpaduan Anwar akan bertahan selama lima tahun, walaupun perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana konspirasi politik Langkah Sheraton kedua sentiasa menanti di setiap sudut.

Sidang Parlimen yang panjang selepas pembukaan Parlimen ke-15 oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong yang ke-16 akan berakhir pada minggu hadapan — hari Selasa hadapan untuk Dewan Rakyat, dan Khamis hadapan untuk Dewan Negara.

Amat malang sekali apabila tidak semua Ahli-ahli Parlimen telah menyahut seruan Yang di Pertuan Agong untuk bekerjasama mencapai kestabilan politik memandangkan sesetengah Ahli-ahli Parlimen telah melakukan perkara yang sebaliknya — untuk menggugat kestabilan politik dengan mempolarisasikan hubungan antara kaum dan agama di Malaysia dan menafikan hasrat baginda supaya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri terakhir yang dilantik baginda sebelum berakhirnya tempoh penggal lima tahun pemerintahan baginda pada Januari tahun hadapan. Setakat ini, Ahli-ahli Parlimen ini gagal dalam objektif mereka.

Salah satu cara untuk membentuk kestabilan politik adalah untuk memastikan pertukaran kerajaan hanya boleh terjadi selepas undi kepercayaan terhadap Perdana Menteri dikalahkan di Dewan Rakyat — satu langkah yang pastinya akan menyelamatkan negara kita dari mempunyai Perdana Menteri pintu belakang yang dapat menggantung sidang Parlimen secara haram dan tidak sah atas alasan lain.

Satu lagi cara untuk membentuk kestabilan politik adalah dengan mengubah sumpah tanggungjawab yang dijunjung oleh Perdana Menteri, Menteri-menteri, dan Ahli-ahli Parlimen untuk merangkumi tanggungjawab menegakkan prinsip-prinsip pembinaan negara seperti yang termaktub dalam Rukun Negara.

Tidak cukup untuk kita suruh para pelajar sekolah membaca lima prinsip ini, pada masa yang sama, kita perlu pastikan para pemimpin negara — Perdana Menteri, Menteri, dan Ahli-ahli Parlimen — sama-sama komited terhadap prinsip-prinsip ini.

Malaysia tidak boleh hanya menjadi “Benar-benar Asia” kepada para pelancong, tetapi juga kepada semua rakyat Malaysia.

Malaysia mempunyai peranan yang unik dalam hubungan antarabangsa — untuk menjadi contoh tauladan persefahaman, keharmonian, dan keamanan antara kaum, agama, dan tamadun kepada dunia, di mana terdapatnya “Perpaduan dari Kepelbagaian” kaum, bahasa, agama, dan budaya yang bertemu di Malaysia.

Menjadi satu tanggungjawab patriotik untuk semua rakyat Malaysia untuk berusaha ke arah menetapkan semula hala tuju negara mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip asal negara untuk mencapai matlamat berganda menyatukan rakyat Malaysia dan menghentikan trajektori negara ke arah sebuah negara berpecah belah, gagal, dan kleptokratik, supaya kita dapat kembali menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Sabtu, 1 April 2023)

Exit mobile version