Lim Kit Siang

Shocked by Jomo’s revelation that Council of Eminent Persons (CEP) never produced a report

(Versi BM)

I am shocked by the revelation of Jomo Kwame Sundaram, a member of the Council of Eminent Persons (CEP) appointed by the Prime Minister of the Pakatan Harapan government formed after the 14th General Election in 2018, that the CEP never produced a report. A report was prepared by the secretariat under former finance minister Daim Zainuddin but there was no report on the entire CEP.

I had all along been under the impression the that the CEP which besides Jomo and Daim, had former Bank Negara governor Zeti Akhtar Aziz, former Petronas president and chief executive officer Hassan Marican, and corporate tycoon Robert Kuok, as members, had produced a report.

When Mahathir was Prime Minister a second time, I had urged him to make public the CEP report.

Nevertheless, I reiterate my call for the Report of the Secretariat of the CEP and the Institutional Reform Committee (IRC) to be tabled as a White Paper in Parliament before it adjourns next week on April 4, and the Reports should be referred to a Parliamentary Select Committee which should submit recommendations to the May/June meeting of Parliament starting on May 22, 2023 on the actions which should be taken on the CEP and IRC Reports.

The CEP chairman Tun Daim Zainuddin had called on the government to make the CEP’s recommendations available to the public.

He said that as part of the CEP’s efforts to look into the government finances, it had interviewed more than 300 individuals, including bankers, businessmen, civil servants, civil society members, and union officials, and that those interviewed had revealed a culture of turning a blind eye towards corruption.

It is time for Daim to clarify this report and to state whether he agrees that the report of the CEP secretariat and IRC should be made public.

In a talk organised by Oxford and Cambridge Society of Malaysia, Jomo said he had advised Mahathir about seven months ago to become an elder statesman for the developing world instead of being involved in politics.

I had also advised the two-time Prime Minister not to take part in the 15th General Election as a candidate or he would have spared the embarrassment and ignominy of losing his deposit in the parliamentary contest in Langkawi.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Tuesday, 28th March 2023)


Terkejut dengan pendedahan Jomo yang Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak pernah mengeluarkan laporan

Saya terkejut dengan pendedahan oleh Jomo Kwame Sundaram, yang merupakan seorang ahli Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) yang dilantik oleh Perdana Menteri Kerajaan Pakatan Harapan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 yang mengatakan bahawa CEP tidak pernah mengeluarkan apa-apa laporan. Satu laporan telah dikeluarkan oleh pihak sekretariat di bawah bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin, tetapi tidak ada apa-apa laporan dari keseluruhan CEP sendiri.

Selama ini, saya ingatkan CEP — yang selain dari Jomo dan Daim, disertai oleh bekas gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz; bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif Petronas, Hassan Marican; dan juga taikun korporat, Robert Kuok — ada mengeluarkan laporan.

Semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, saya telah menggesanya untuk menerbitkan laporan CEP secara terbuka.

Namun begitu, saya ulangi juga seruan saya supaya laporan Sekretariat CEP dan juga laporan Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC) diterbitkan sebagai kertas putih di Parlimen sebelum sidang ditangguhkan minggu hadapan pada 4 April dan laporan ini patut dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Palrimen supaya JPK ini dapat memberikan cadangan-cadangan mereka dalam sidang Parlimen Mei/Jun yang akan bermula pada 22 Mei 2023.

Pengerusi CEP, Tun Daim Zainuddin, telah menyeru kepada kerajaan supaya cadangan-cadangan CEP diterbitkan secara terbuka kepada rakyat.

Dia mengatakan yang sebagai sebahagian daripada usaha CEP untuk mengkaji keadaan kewangan kerajaan, mereka telah menemu bual lebih dari 300 individu, termasuklah pegawai bank, ahli perniagaan, penjawat awam, ahli pertubuhan sivil, dan pegawai kesatuan pekerja dan melalui temu bual ini, mendapati yang adanya budaya menutup sebelah mata terhadap rasuah.

Sudah tiba masanya untuk Daim memberikan penjelasan mengenai laporan ini dan menyatakan sama ada dia bersetuju yang laporan sekretariat CEP dan laporan IRC patut diterbitkan secara terbuka.

Dalam satu sesi perbincangan yang dianjurkan oleh Oxford and Cambridge Society of Malaysia, Jomo mengatakan yang dia telah menasihati Mahathir kira-kira tujuh bulan yang lepas untuk mengambil peranan sebagai seorang negarawan yang berpengaruh dan bukannya terlibat secara langsung dalam politik.

Saya juga telah menasihati perdana menteri dua kali ini untuk tidak mengambil bahagian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai seorang calon, supaya dia tidak berhadapan dengan malu dan aib akibat kehilangan deposit pilihan rayanya di Langkawi.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Selasa, 28 Mac 2023)

Exit mobile version