Malaysia was governed by three men in the 30 years between 1991 and 2020 to fulfil the objectives of Vision 2020: Dr. Mahathir Mohamad 1991–September 2003; Abdullah Badawi September 2003–April 2009; and Najib Razak April 2009–May 2018; again Dr. Mahathir Mohamad May 2018–Feb. 2020.
Mahathir has blamed Abdullah and Najib for the total failure of Vision 2020, with Malaysia more corrupt, disunited, and polarised along race and religious lines at the end when compared to the beginning of Vision 2020 in 1991
Is Mahathir right that Abdullah and Najib were responsible for the total failure of Vision 2020?
Mahathir’s blaming Abdullah and Najib for the total failure of Vision 2020 has reinforced my argument that Parliament should be extended by another two days on April 5–6 to debate why Vision 2020 was a total failure with Malaysia more corrupt, disunited, and polarised along race and religious lines at the end when compared to the beginning of Vision 2020 in 1991.
All the three former Prime Ministers should be invited to present papers to Parliament before the debate as to why Vision 2020 failed, so that MPs can avail themselves of the views of the fourth, fifth, sixth, and seventh Malaysian Prime Minister as to why Malaysia had not been able to achieve Vision 2020 and the nine strategic challenges.
It is important that the nation find out the reasons why Vision 2020 had been a total failure with Malaysia more corrupt, disunited, and polarised along race and religious lines at the end when compared to the beginning of Vision 2020 in 1991
At this rate and result of nation-building in the 30 years from 1991 to 2020, Malaysia is heading to become a failed, divided, and kleptocratic state in another three decades.
If we do not want to see Malaysia end up as a failed, divided, and kleptocratic state when we mark our first Centennial in 2057, the nation must perform a national introspection as to why Vision 2020 and the nine strategic challenges had failed so far.
Is Mahathir right that Abdullah and Najib had betrayed the achievement of Vision 2020 and the nine strategic challenges, or the seeds of failure were laid by Mahathir during his first premiership of 22 years although the pace of corruption, abuses of power, and racial and religious polarisation increased in the ensuing premierships, especially in the Najib years.
In the annual Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) launched in 1995, Malaysia was ranked 23rd out of 41 countries. By 2003, Malaysia slipped in score and was ranked No. 37 out of 133 countries, while China, India, and Indonesia improved their scores and were ranked 65th, 83rd, and 122nd out of 133 countries.
The descent in the Abdullah and Najib years were rapid.
In 2009 TI CPI, Malaysia fell both in score and rank, placed No. 56 out of 180 countries, while China, India, and Indonesia increased both in score and rank, placed No. 79, 84th, and 111th out of 180 countries.
In the final Najib year and greatly influenced by the billion-ringgit 1MDB scandal, Malaysia fell further in score and rank in the 2017 TI CPI, ranked 62nd out of 180 countries, while China, India, and Indonesia improved further, ranked respectively 77th, 81st, and 96th out of 180 countries.
Can Malaysia reset and return to the original nation-building principles the nation’s founding fathers (which included the first four UMNO Presidents) had written into the Constitution and Rukun Negara, stop the national decline and restore our potential to be a world-class nation instead of ending up as a divided, failed, and kleptocratic state?
The most important question is whether Mahathir still believed in Vision 2020 and the nine strategic challenges as the basis of Malaysian nation-building.
Does Mahathir still believe in Vision 2020 and the nine strategic challenges?
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Friday, March 24, 2023)
Mahathir menyalahkan Abdullah dan Najib atas kegagalan Wawasan 2020 telah menguatkan lagi hujah saya yang sidang Parlimen perlu dilanjutkan selama dua hari lagi untuk membahaskan mengapa Wawasan 2020 gagal dengan Malaysia kini lebih korup, tidak bersatu padu, dan terpolarisasi dengan isu perkauman dan keagamaan berbanding dengan semasa Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991
Malaysia ditadbir oleh tiga orang dalam 30 tahun di antara 1991 sehingga 2020 untuk memenuhi matlamat Wawasan 2020: Dr. Mahathir Mohamad, 1991–September 2003; Abdullah Badawi September 2003–April 2009; Najib Razak April 2009–Mei 2018; dan sekali Dr. Mahathir Mohamad dari Mei 2018–Februari 2020.
Mahathir menyalahkan Abdullah dan Najib atas kegagalan Wawasan 2020 dengan Malaysia kini lebih korup, tidak bersatu padu, dan terpolarisasi dengan isu perkauman dan keagamaan berbanding dengan semasa Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991.
Adakah Mahathir tepat dalam mengatakan Abdullah dan Najib bertanggungjawab atas kegagalan Wawasan 2020?
Mahathir menyalahkan Abdullah dan Najib atas kegagalan Wawasan 2020 telah menguatkan lagi hujah saya yang sidang Parlimen perlu dilanjutkan selama dua hari lagi pada 5 dan 6 April untuk membahaskan mengapa Wawasan 2020 gagal dengan Malaysia kini lebih korup, tidak bersatu padu, dan terpolarisasi dengan isu perkauman dan keagamaan berbanding dengan semasa Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991.
Ketiga-tiga bekas Perdana Menteri ini patut dijemput untuk membentangkan kertas kepada Parlimen sebelum perbahasan mengenai mengapa Wawasan 2020 telah gagal, supaya para Ahli-ahli Parlimen boleh mendapatkan pandangan dari Perdana Menteri Malaysia yang keempat, kelima, keenam, dan ketujuh mengenai mengapa Wawasan 2020 ini telah gagal.
Penting untuk negara kita mencari sebab mengapa Wawasan 2020 ini menjadi satu kegagalan dengan Malaysia kini lebih korup, tidak bersatu padu, dan terpolarisasi dengan isu perkauman dan keagamaan berbanding dengan semasa Wawasan 2020 dilancarkan pada tahun 1991.
Dengan kadar dan hasil usaha pembinaan negara bangsa sebegini dalam 30 tahun dari 1991 hingga 2020, Malaysia bakal menjadi sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik dalam tiga dekad yang akan datang.
Sekiranya kita tidak mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik semasa kita menandakan ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057, maka kita perlu bermuhasabah dan menyiasat mengapa Wawasan 2020 dan sembilan cabaran strategiknya gagal dicapai setakat ini.
Adakah Mahathir tepat dalam mengatakan Abdullah dan Najib telah mengkhianati pencapaian Wawasan 2020 dan sembilan cabaran strategiknya atau adakah benih-benih kegagalan telah disemai oleh Mahathir sendiri semasa pemerintahan 22 tahunnya walaupun peningkatan rasuah, salah guna kuasa, dan polarisasi perkauman dan keagamaan meningkat lebih banyak dalam tahun-tahun selepasnya, terutamanya semasa pemerintahan Najib.
Dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) yang diterbitkan pada 1995, Malaysia berada di tempat ke-23 dari 41 buah negara yang ditinjau. Menjelang 2003, Malaysia telah tergelincir dan berada di tempat ke-37 dari 133 negara, manakala China, India, dan Indonesia meningkatkan markah mereka dan berada di tempat ke-65, 83, dan 122 masing-masing.
Kemerosotan dalam tahun-tahun pemerintahan Abdullah dan Najib berlaku dengan pantas.
Dalam TI-CPI 2009, Malaysia mencatatkan kejatuhan markah dan kedudukan, di tempat ke-56 dari 180 buah negara yang ditinjau, manakala China, India, dan Indonesia mencatatkan peningkatan markah dan kedudukan di tempat ke-79, 84, dan 111 masing-masing.
Dalam tahun terakhir Najib, dengan pengaruh kuat dari skandal 1MDB, Malaysia terjatuh lagi dalam TI CPI 2017 ke tempat ke-62 dari 180 buah negara, manakala China, India, dan Indonesia terus mencatatkan penambahbaikan, berada di tempat ke-77, 81, dan 96 masing-masing.
Bolehkah Malaysia kembali semula kepada prinsip asal pembinaan negara bangsa seperti yang diterapkan oleh tokoh-tokoh kemerdekaan negara (termasuklah empat presiden terawal UMNO) ke dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara, menghentikan kemerosotan negara dan mengembalikan potensi kita sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia dan bukannya menjadi sebuah negara gagal, berpecah belah, dan kleptokratik?
Persoalan yang paling penting sekarang adalah sama ada Mahathir masih percaya dengan Wawasan 2020 dan sembilan cabaran strategiknya sebagai prinsip asas pembinaan negara.
Adakah Mahathir masih percaya dengan Wawasan 2020 dan sembilan cabaran strategiknya ini?
(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Jumaat, 24 Mac 2023)