I re-read the nine strategic challenges spelt out by the fourth Prime Minister. Mahathir Mohamad when launching Vision 2020 in 1991, and found to my horror that all the nine strategic challenges were abject failures for Malaysia.
It is precisely because all the nine strategic challenges of Vision 2020 as articulated by Mahathir in 1991 were abject failures today that Malaysia had regressed from a first-rate world-class nation to be a second-rate mediocre country in danger of ending up as a third-class divided, failed, and kleptocratic state on Malaysia’s Centennial in 2057.
It is also the reason why Malaysia has become a very corrupt country, losing out to Indonesia, China, and India over the last few decades.
At least we have the opportunity to arrest the national decline and descent, and must not throw away this one chance of saving the country.
The 16th Yang di Pertuan Agong is right that Malaysia needs political stability to undo the wrongs and failures of the past but the Perikatan Nasional comprising PAS and Bersatu MPs in Parliament seem committed to do the very opposite — to create political upheavals and storms that will further speed Malaysia’s decline and descent.
What is worse, the person who launched Vision 2020 in 1991 and talked about the nine strategic challenges Malaysia must overcome seemed to have abandoned Vision 2020 and the nine strategic challenges.
This is what he said 32 years ago:
“By the year 2020, Malaysia can be a united nation, with a confident Malaysian society, infused by strong moral and ethical values, living in a society that is democratic, liberal and tolerant, caring, economically just and equitable, progressive and prosperous, and in full possession of an economy that is competitive, dynamic, robust, and resilient.
“There can be no fully developed Malaysia until we have finally overcome the nine central strategic challenges that have confronted us from the moment of our birth as an independent nation.
“The first of these is the challenge of establishing a united Malaysian nation with a sense of common and shared destiny. This must be a nation at peace with itself, territorially, and ethnically integrated, living in harmony, and full and fair partnership, made up of one ‘Bangsa Malaysia’ with political loyalty, and dedication to the nation.”
Today, in 2023, Malaysia has never been so divided and polarised, and the person who launched Vision 2020 is not doing anything to ensure the rise of “Bangsa Malaysia” with political loyalty and dedication to the nation but the very opposite — in the company of people to spread the divisive and toxic politics of race and religion based on lies, falsehood and fake news like DAP promoting Islamophobia.
I would advise all Ministers and MPs and all Malaysians to re-read the nine strategic challenges of Vision 2020 to understand where we have failed in nation-building in last six decades.
(Speech by DAP veteran Lim Kit Siang at the dinner at Theatre Impian, Bukit Jalil, Kuala Lumpur to mark the addition of five new paintings on Tuesday, March 21, 2023)
Semua sembilan cabaran strategik yang dibentangkan Mahathir semasa melancarkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 menjadi satu kegagalan besar
Saya baca semula sembilan cabaran strategik yang disenaraikan oleh Perdana Menteri keempat, Mahathir Mohamad, semasa melancarkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 dan mendapati yang kesemua cabaran ini merupakan satu kegagalan besar untuk Malaysia.
Kegagalan sembilan cabaran strategik Wawasan 2020 inilah punca mengapa hari ini Malaysia telah mundur dari asalnya sebuah negara terbaik dunia kepada sebuah negara yang biasa-biasa sahaja, yang berada dalam bahaya menjadi sebuah negara yang berpecah belah, gagal, dan kleptokratik menjelang ulang tahun ke-100 negara pada tahun 2057.
Kegagalan ini juga merupakan punca mengapa Malaysia telah menjadi sebuah negara yang sangat korup, ketinggalan di belakang Indonesia, China, dan India dalam beberapa dekad yang lepas.
Sekurang-kurangnya, kita ada peluang untuk menghentikan kemerosotan ini dan kita tidak boleh bazirkan peluang untuk menyelamatkan negara yang ada ini.
Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-16 tepat sekali apabila baginda bertitah yang Malaysia memerlukan kestabilan politik untuk memperbetulkan kesilapan yang lepas, tetapi Perikatan Nasional, yang dibentuk oleh Ahli-ahli Parlimen Bersatu dan PAS kelihatan komited untuk melakukan perkara yang sebaliknya — untuk mewujudkan ketidakstabilan politik yang akan mempercepatkan kemerosotan negara.
Apa yang lebih buruk lagi, orang yang sama yang melancarkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 dan bercakap mengenai sembilan cabaran strategik ini juga kelihatan seperti sudah mengabaikan Wawasan 2020 dan sembilan cabaran strategiknya.
Berikut adalah apa yang dikatakannya 32 tahun yang lepas:
“Menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang bersatu padu, dengan masyarakat Malaysia yang berkeyakinan, diterapkan dengan nilai moral dan etika yang kuat, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertoleransi, saling peduli, dengan ekonomi yang adil dan saksama, progresif dan makmur, memiliki ekonomi yang berdaya saing, dinamik, berketahanan, dan mampan.
“Tidak akan ada sebuah Malaysia yang benar-benar maju sehingga kita berjaya mengatasi sembilan cabaran strategik utama yang ada di hadapan kita sejak dari permulaan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka.
“Cabaran yang pertama adalah untuk menubuhkan sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu, dengan identiti dan cita-cita yang dikongsi bersama. Negara ini perlulah berdamai dengan diri sendirinya, terintegrasi dari segi wilayah dan etnik, hidup dalam harmoni dan dengan perkongsian penuh dan adil, dibentuk oleh ‘Bangsa Malaysia’ dengan kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.”
Hari ini, pada tahun 2023, Malaysia tidak pernah terpolarisasi dan berpecah belah seteruk ini, dan orang yang melancarkan Wawasan 2020 sendiri tidak membuat apa-apa untuk memastikan kebangkitan ‘Bangsa Malaysia’ dengan kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara. Sebaliknya, dia melakukan perkara yang bertentangan — berada bersama mereka yang menyebarkan politik toksik perkauman dan keagamaan yang diasaskan kepada penipuan, fitnah, dan berita palsu seperti kononnya DAP mempromosikan Islamofobia.
Saya nasihatkan semua Menteri, Ahli-ahli Parlimen, dan semua rakyat Malaysia untuk membaca semula sembilan cabaran strategik Wawasan 2020 untuk memahami di manakah kita tersilap dan gagal dalam usaha membina negara bangsa selama enam dekad yang lepas.
(Ucapan veteran DAP Lim Kit Siang di majlis makan malam di Teater Impian, Bukit Jalil, Kuala Lumpur sempena penambahan lima lukisan baru pada hari Selasa, 21 Mac 2023)