Lim Kit Siang

The 31-day eight-week parliamentary meeting is coming to an end with three weeks left, but there are no sign that Bersatu and PAS MPs are prepared to show a face of moderation, inclusivity, tolerance, and integrity so that Malaysia can recover and be a world-class nation again

(Versi BM)

The 31-day eight-week parliamentary meeting is coming to an end with three weeks left, but there are no sign that Bersatu and PAS MPs are prepared to show a face of moderation, inclusivity, tolerance, and integrity so that Malaysia can recover and be a world-class nation again.

The Anwar unity government has passed the first Hundred Day test but the Bersatu and PAS MPs have dismally failed in the test.

Malaysians are still hoping that there would be institutional reforms and a reset of nation-building policies to unite Malaysians regardless of race or religion and to make Malaysia recover and again become a world-class nation, and the performance of the Bersatu and PAS MPs have reinforced their beliefs that it was a great blessing in disguise that the Perikatan Nasional had not formed the Federal Government after the 15th General Election on Nov. 19, 2022.

Malaysia had gained a breathing space with the formation of the Anwar unity government and the speech of the 16th Yang di Pertuan Agong in his Royal Address at the opening of the 15th Parliament on Feb. 13, 2023 resonates throughout the country when the Yang di Pertuan Agong said he hoped Anwar Ibrahim would the last Prime Minister he would swear in before he ends his five-year tenure next January.

Malaysians thought that they had succeeded in the 14th General Election to end the multi-billion ringgit 1MDB scandal which had given Malaysia a global bad name as a kleptocracy, but they were horrified that the Sheraton Move political conspiracy had ushered a greater scandal, the Jana Wibawa scheme, which was launched in November 2020 in the name of helping bumiputera contractors in the Covid-19 pandemic.

The shock of the Jana Wibawa scandal is all the greater when it is understood in the context of a false Emergency which was declared on January 11, 2021 that led to the suspension of Parliament to allegedly fight the Covid-19 pandemic — when the emergency was declared, there were 2,232 daily new Covid-19 cases and four daily Covid-19 deaths but on the last day of the Emergency on August 1, 2021, the daily new Covid-19 cases rose to 17,150 cases, an increase more than eight times, and daily Covid-19 deaths increased to 160 deaths, an increase of forty-times.

It would appear that the sole beneficiaries of the Covid-19 pandemic and the false Emergency were the Bersatu and PAS leaders.

It is shocking that Bersatu and PAS MPs have defied the Yang di Pertuan Agong’s advice for political stability for Malaysia to recover and become again a world-class nation, and that they have also defied the calls of the Sultans to stop polarising race and religious relations in plural Malaysia by the divisive and toxic politics of lies, falsehoods, and fake news, and to support anti-corruption efforts.

One best way to end the divisive and toxic politics which has polarised race and religious relations is for the PAS President, Hadi Awang to retract in Parliament his preposterous allegation that the DAP was promoting Islamophobia, as he has not been able to substantiate his preposterous allegation against the DAP for the last four months.

But Hadi had done the opposite. He predicted the imminent collapse of the
Anwar unity government, in open defiance of the advice of the Royalty in Malaysia.

The final three weeks of the Parliamentary meeting will be a test as to whether the Bersatu and PAS MPs are prepared to show a face of moderation, inclusivity, tolerance, and integrity so that Malaysia can recover and be a world-class nation again with Malaysians, regardless of race or religion, re-uniting and stop their suspicion and distrust of each other.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Wednesday, 15th March 2023)


Sidang Parlimen selama 31 hari bakal berakhir dalam masa tiga minggu lagi, namun masih tidak ada apa-apa tanda yang Ahli-ahli Parlimen Bersatu dan PAS bersedia untuk menunjukkan sifat moderat, inklusif, toleransi, dan integriti supaya Malaysia dapat pulih menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia

Sidang Parlimen selama 31 hari bakal berakhir dalam masa tiga minggu lagi, namun masih tidak ada apa-apa tanda yang Ahli-ahli Parlimen Bersatu dan PAS bersedia untuk menunjukkan sifat moderat, inklusif, toleransi, dan integriti supaya Malaysia dapat pulih menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Kerajaan perpaduan Anwar telah lulus ujian 100 hari pertamanya namun Ahli-ahli Parlimen Bersatu dan PAS telah gagal dengan teruk dalam ujian ini.

Rakyat Malaysia masih berharap akan ada reformasi institusi dan penetapan semula dasar-dasar pembinaan negara untuk menyatukan masyarakat majmuk tanpa mengira kaum atau agama dan untuk memulihkan menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia. Prestasi Ahli-ahli Parlimen Bersatu dan PAS telah menguatkan kepercayaan rakyat bahawa kita telah diberikan rahmat yang terselindung apabila Perikatan Nasional gagal untuk membentuk kerajaan persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 yang berlangsung pada 19 November 2022 yang lepas.

Malaysia telah menerima ruang bernafas dengan pembentukan kerajaan perpaduan Anwar dan Titah Diraja Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-16 semasa istiadat pembukaan Parlimen ke-15 pada 13 Februari 2023 bergema di seluruh negara apabila baginda menyatakan hasrat baginda supaya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri terakhir yang dilantiknya sebelum berakhirnya penggal pemerintahan baginda pada bulan Januari tahun hadapan.

Rakyat Malaysia ingat kita sudah berjaya menghentikan skandal berbillion ringgit 1MDB yang telah mencemarkan nama negara di peringkat dunia sebagai sebuah kleptokrasi selepas Pilihan Raya Umum ke-14, namun kita kini dikejutkan pula dengan konspirasi politik Langkah Sheraton yang telah membawa sebuah skandal yang lebih besar, skim Jana Wibawa yang dilancarkan pada bulan November 2020 untuk membantu kontraktor bumiputera semasa wabak Covid-19 melanda negara.

Skandal Jana Wibawa ini lebih mengejutkan apabila ia difahami dalam konteks darurat palsu yang diisytiharkan pada 11 Januari 2021 yang membawa kepada penggantungan sidang Parlimen, kononnya untuk membantu usaha melawan Covid-19 — sedangkan semasa Darurat ini diisytiharkan, kita mencatatkan 2,232 kes harian dengan empat kematian akibat Covid-19, tetapi pada hari terakhir darurat, 1 Ogos 2021, kita mencatatkan 17,150 kes dengan 160 kematian akibat Covid-19, peningkatan kes dan kematian sebanyak lapan dan empat puluh kali ganda.

Kelihatan seperti satu-satunya penerima manfaat dari wabak Covid-19 dan darurat palsu ini adalah para pemimpin Bersatu dan PAS.

Amat mengejutkan apabila Ahli-ahli Parlimen Bersatu dan PAS mengingkari nasihat Yang di Pertuan Agong yang menyeru supaya adanya kestabilan politik bagi membolehkan Malaysia pulih menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia dan mereka juga telah mengingkari seruan dari Raja-Raja Pemerintah untuk berhenti mempolarisasi hubungan antara kaum dan agama dalam negara dengan menggunakan politik toksik penipuan, fitnah, dan berita palsu dan juga seruan untuk menyokong usaha anti-rasuah.

Salah satu cara terbaik untuk menghentikan politik toksik yang mempolarisasikan hubungan antara kaum dan agama dalam negara adalah dengan Presiden PAS, Hadi Awang, menarik semula tuduhan tidak masuk akalnya yang mengatakan DAP mempromosikan Islamofobia memandangkan dia telah gagal untuk memberikan bukti terhadap tuduhan ini dalam empat bulan yang lepas.

Tetapi, Hadi telah melakukan perkara yang sebaliknya. Dia menjangkakan kejatuhan kerajaan perpaduan Anwar, bertentangan secara terang-terangan dengan nasihat Raja-Raja Pemerintah dalam negara.

Tiga minggu terakhir sidang Parlimen ini akan menjadi ujian kepada Ahli-ahli Parlimen Bersatu dan PAS, sama ada mereka bersedia untuk menunjukkan sifat moderat, inklusif, toleransi, dan integriti supaya Malaysia boleh pulih semula menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia, di mana rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum atau agama, bersatu padu semula dan tidak lagi syak wasangka antara satu sama lain.

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Rabu, 15 Mac 2023)

Exit mobile version