General

Shocked beyond words by Mahathir’s latest statement

By Kit

March 02, 2023

(Versi BM)

I am shocked beyond words by Dr. Mahathir Mohamad’s latest statement.

I just cannot believe that a person who had been a senior Cabinet Minister for seven years, a Prime Minister twice in his lifetime — the first time for the unbelievably long tenure of 22 years, and the second time for 22 months — could say when he was 97 years old that the Malays have lost political and economic control in Malaysia, and that to rescue the race, he decided to join Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) as the new platform to champion Malay rights.

If the Malays have lost political and economic control of Malaysia, who had gained the political and economic control?

Is Mahathir suggesting the non-Malays?

It is extraordinary that in his final years, Mahathir is repeating what the PAS President, Hadi Awang, had been warning — that Malaysia could be controlled by the non-Muslims if the Malays have low political awareness.

What has happened to Mahathir’s Vision 2020?

Is it just a conjurer’s trick and Mahathir never believed in Vision 2020?

It is most confounding that Mahathir had abandoned and been abandoned not only by UMNO, but also by Bersatu and Pejuang which he founded and decided to join Putra, and that he not only lost his deposit in the parliamentary contest in Langkawi but both Pejuang and Putra made a name for themselves in the last general election with their candidates losing their deposits.

If a person who was a senior Cabinet Minister for seven years and a Prime Minister twice for a total of some 24 years could not have a respectable following as not to lose his deposit in a parliamentary contest, is this a sign of his abysmal failure to influence others with his ideas and beliefs?

I feel great sadness reading Mahathir’s statement as he seemed to have backtracked not only from Vision 2020 and the concept of Bangsa Malaysia but even what he wrote his last book post-Sheraton Move, “Capturing Hope”, where he said:

“Now, I have spent my entire life and career being ‘pro-Malay’. If what people mean by that term is the dedication of time and energy towards helping the Malay community progress, especially in terms of education and income security, then, yes, I am certainly pro-Malay. Being pro-Malay does not entail being anti-everybody else. However, there are those who desire to be seen as ‘Malay first’ even ahead of being Malaysian, and this enabled them to promote the idea of forming a ‘Malay-Muslim Government’. In Malaysia, where more than 30 per cent of the population is made up of non-Malays, this is not possible. And sure enough, the new “Malay-Muslim Government’ of the Perikatan Nasional under Muhyiddin actually depended on non-Malays to survive.”

I accept Mahathir’s definition of “pro-Malay” as not being anti-non-Malays but there are others who define “pro-Malay” as “Malay first” or anti-non-Malays.

But the cruellest irony of all is the news report that his son and President of Pejuang, Mukhriz Mahathir had submitted an application for Pejuang to join Perikatan Nasional as a component party.

Where are all the Malaysianness after six decades of Malaysian nation-building?

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Thursday 2 March 2023)

 

Terkejut sehingga tidak terkata dengan kenyataan terbaru Mahathir

Saya terkejut sehingga tidak terkata dengan kenyataan terbaru Dr Mahathir Mohamad.

Saya tidak percaya bahawa seorang tokoh yang telah menjadi Menteri Kabinet kanan selama tujuh tahun, menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali dalam hidupnya — kali pertama untuk tempoh khidmat yang sangat panjang selama 22 tahun dan kali kedua selama 22 bulan — boleh mengatakan ketika dia berumur 97 tahun bahawa orang Melayu telah kehilangan kawalan politik dan ekonomi di Malaysia dan untuk menyelamatkan kaum itu, dia memutuskan untuk menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sebagai platform baharu untuk memperjuangkan hak Melayu.

Jika orang Melayu telah hilang kawalan politik dan ekonomi di Malaysia, siapakah yang telah mendapat kawalan politik dan ekonomi?

Adakah Mahathir cuba mengatakan orang bukan Melayu?

Sungguh luar biasa bahawa pada tahun-tahun terakhirnya, Mahathir mengulangi apa yang telah diperkatakan oleh Presiden PAS, Hadi Awang — bahawa Malaysia boleh dikawal oleh orang bukan Islam jika orang Melayu mempunyai kesedaran politik yang rendah.

Apa sudah jadi dengan Wawasan 2020 Mahathir?

Adakah ia hanya tipu helah dan Mahathir tidak pernah percaya pada Wawasan 2020?

Amat mengelirukan melihat Mahathir meninggalkan dan ditinggalkan bukan sahaja oleh UMNO, tetapi juga oleh Bersatu, dan Pejuang yang diasaskan olehnya dan memutuskan untuk menyertai Putra. Dia juga bukan sahaja kehilangan depositnya dalam pilihan raya parlimen di Langkawi, tetapi kedua-dua parti Pejuang dan Putra mencipta nama dalam pilihan raya umum yang lepas apabila semua calon mereka kehilangan wang deposit.

Jika seseorang yang telah menjadi Menteri Kabinet kanan selama tujuh tahun dan Perdana Menteri sebanyak dua kali selama kira-kira 24 tahun tidak dapat mengumpulkan sejumlah penyokong yang mencukupi untuknya tidak hilang deposit dalam pilihan raya, adakah perkara ini menjadi petanda kegagalannya sendiri untuk mempengaruhi orang lain dengan idea dan kepercayaannya?

Saya berasa sangat sedih membaca kenyataan Mahathir kerana dia seolah-olah telah meninggalkan bukan sahaja Wawasan 2020 dan konsep Bangsa Malaysia malah apa yang dia tulis dalam buku terakhirnya selepas Sheraton Move, “Menangkap Harapan”, di mana dia berkata:

“Kini, saya telah menghabiskan seluruh hidup dan kerjaya saya menjadi ‘pro-Melayu’. Jika yang dimaksudkan oleh orang ramai dengan istilah itu ialah dedikasi masa dan tenaga ke arah membantu kemajuan masyarakat Melayu khususnya dari segi pendidikan dan jaminan pendapatan, maka ya, saya sudah tentu pro-Melayu. Menjadi pro-Melayu tidak memerlukan anti-orang lain. Walau bagaimanapun, ada pihak yang mahu dilihat sebagai ‘Melayu didahulukan’ walaupun mendahului Malaysia, dan ini membolehkan mereka mempromosikan idea membentuk ‘Kerajaan Melayu-Islam’. Di Malaysia, di mana lebih 30 peratus penduduk terdiri daripada bukan Melayu, ini tidak mungkin. Dan yang pasti, “Kerajaan Melayu-Islam” baharu Perikatan Nasional di bawah Muhyiddin sebenarnya bergantung kepada bukan Melayu untuk terus hidup.

Saya menerima takrifan Mahathir tentang “pro-Melayu” sebagai bukan anti-bukan-Melayu tetapi ada juga yang mentakrifkan “pro-Melayu” sebagai “Melayu didahulukan” atau anti-bukan Melayu.

Namun perkara yang paling ironi adalah laporan berita bahawa anaknya yang merupakan Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir telah mengemukakan permohonan untuk Pejuang menyertai Perikatan Nasional sebagai parti komponen.

Di manakah semangat Malaysia ini selepas enam dekad pembinaan negara Malaysia?

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada Khamis 2 Mac 2023)