The Parliamentary Opposition Leader, Hamzah Zainudin made two mistakes on the first day of the 15th Parliament after the opening of Parliament by the 16th Yang di Pertuan Agong — firstly, in failing to provide check and balance during half-hour Prime Ministerial question time and secondly, in failing to pass the Yang di Pertuan Agong’s test in the Royal Address to ensure political stability for the next five years to allow the country to unite a very polarised plural nation, and to reset and return to the original nation-building principles to become a first-rate world-class nation.
Hamzah was late for the three Prime Ministerial-question session and he did not ask a single supplementary question.
The three Prime Ministerial questions were on the national debt by the MP for Taiping Wong Kah Woh, on Malaysian aid to Turkey and Syria on the earthquake disaster by the MP for Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, and on corruption by the MP for Tawau, Lo Su Fui — all important questions for the future of the country.
Hamzah’s lateness for the Prime Ministerial question session and his failure to participate in it vindicated the statement that he is the first “lame-duck” Opposition Leader who could not set the tone for the parliamentary opposition because the real power is in other hands and who is not taking his parliamentary responsibility seriously.
MPs from all parties must take a serious note of the revelation by the Deputy Dewan Rakyat Speaker Ramli Mohd Nor that the impression of the people was that Parliament was a zoo.
He said he went to a mamak restaurant and the patrons recognised him and asked how was the “zoo”.
But Ramli’s reminder to MPs to always maintain good conduct was not followed and the Dewan Rakyat again became a “zoo”.
Have the Members of Parliament understood the message of the 16th Yang di Pertuan Agong’s Royal Address on Monday to “open their hearts” to the results of last November’s 15th general election — to form a stable government to guarantee political stability and generate economic growth, working on issues such as the cost of living, including subsidies for the people, and anti-corruption?
Will the MPs from all the political parties and groupings respond to the Yang di Pertuan Agong’s call for an end to the “nearly four-year-long political crisis that has plagued the nation”?
The nation will have the answer when the Royal Address motion is completed next Thursday.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Friday, 17th February 2023)
Dua kesilapan Hamzah Zainuddin pada hari pertama selepas pembukaan Parlimen ke-15 oleh Yang di Pertuan Agong yang ke-16 — gagal untuk menjadi penyemak imbang semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri dan gagal dengan ujian Agong untuk menjamin kestabilan politik
Ketua Pembangkang Parlimen, Hamzah Zainuddin, telah melakukan dua kesilapan pada hari pertama selepas istiadat pembukaan Parlimen ke-15 oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong — pertama, untuk memastikan ada proses semak imbang semasa Waktu Pertanyaan Perdana Menteri dan kedua, untuk melepasi ujian Agong seperti dalam titah baginda untuk menjamin kestabilan politik dalam tempoh lima tahun yang datang bagi membolehkan proses menyatukan masyarakat majmuk yang terpolarisasi dan untuk mengembalikan negara kita kepada prinsip-prinsip asal pembinaan negara bangsa supaya Malaysia dapat menjadi sebuah negara hebat bertaraf dunia.
Hamzah telah lewat hadir ke Waktu Pertanyaan Perdana Menteri dan dia tidak bertanyakan satu pun soalan tambahan.
Tiga soalan telah diajukan kepada Perdana Menteri oleh; Ahli Parlimen Taiping, Wong Kah Woh, mengenai hutang negara; Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Iskandar Dzulkarnain bin Abdul Khalid, mengenai bantuan Malaysia kepada Turkiye dan Syria untuk bencana gempa bumi yang melanda kedua-dua negara tersebut; dan dari Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui, mengenai isu rasuah — yang mana ketiga-ketiganya merupakan persoalan yang penting mengenai masa hadapan negara.
Kelewatan Hamzah untuk menyertai Waktu Pertanyaan Perdana Menteri ini mengesahkan kenyataan bahawa dia adalah seorang Ketua Pembangkang yang lemah — seorang Ketua Pembangkang yang tidak mampu menetapkan tona kumpulan pembangkang di Parlimen kerana kuasa sebenarnya berada di tangan orang yang lain yang tidak berpegang kepada tanggungjawab mereka di Parlimen dengan serius.
Ahli-ahli Parlimen dari semua parti perlu memandang serius pendedahan dari Timbalan Yang di Pertua Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor, yang mengatakan rakyat melihat Parlimen seperti sebuah zoo.
Dia mengatakan yang dia telah ke restoran mamak dan orang ramai mengenalinya dan bertanya bagaimanakah situasi di “zoo” ini.
Adakah Ahli-ahli Parlimen telah memahami mesej yang cuba disampaikan oleh Yang di Pertuan Agong yang ke-16 semasa penyampaian Titah Diraja baginda dalam istiadat Pembukaan Parlimen ke-15 pada hari Isnin lepas; untuk “membuka hati” untuk menerima keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 — dengan membentuk kerajaan yang stabil untuk menjamin kestabilan politik dan menjana pertumbuhan ekonomi, untuk menyelesaikan isu-isu yang dihadapi rakyat seperti kos sara hidup, termasuklah perkara-perkara seperti isu subsidi untuk rakyat dan usaha membanteras rasuah?
Adakah Ahli-ahli Parlimen dari semua parti politik akan memberikan respons terhadap seruan baginda untuk menghentikan “kemelut politik yang membelenggu negara hampir 4 tahun lamanya”?
Negara kita bakal menerima jawapan kepada persoalan ini pada hari Khamis minggu hadapan apabila usul Menjunjung Titah Diraja ini selesai.
(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Jumaat, 17 Februari 2023)