nation building

Let Parliament honour Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman’s 120th birthday today and achieve his aspiration for Malaysia to be “a beacon of light in difficult and distracted world”

By Kit

February 08, 2023

(Versi BM)

Today is the 120th birthday of Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Let Parliament honour Tunku’s 120th birthday and achieve Tunku’s aspiration for Malaysia to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

After six decades of nation-building, we have strayed from the nation-building principles of the nation’s founding fathers and instead of becoming “a beacon of light in a difficult and distracted world”, we have become part of the expanding darkness in the world.

After the 15th General Election, the nation has a chance for a reset and return to the original nation-building principles to achieve Tunku’s aspiration for Malaysia to be “a beacon of light in a difficult and distracted world”.

But many things must be put in place for Tunku’s aspiration to be realised.

First, the seven-week Parliament meeting starting on Monday should be the most memorable Parliamentary meeting in Malaysian history in initiating institutional reforms for Malaysia to achieve the twin goals of uniting the plural society in Malaysia and to restore Malaysia as a first-rate world-class nation.

Tunku used to say he was the happiest Prime Minister in the world.

No Prime Minister after him could say he was a happy Prime Minister.

In fact, we have reached a stage in Malaysian history where we have the most people in Malaysia who are unhappy, sparking not only the Malaysian Diaspora to the world but on the eve of producing a second Malaysian Diaspora.

We have now Anwar Ibrahim as the 10th Malaysian Prime Minister and the happiness of Malaysians should be the topmost government priority and not that of cronies and the political class until we have a most dismal report in the latest annual Transparency International Corruption Perception Index 2022.

The seven-week Parliament meeting beginning on Monday will be the most memorable in Malaysian history if the Government and the Opposition can reach agreement to work together on two goals: to unite Malaysians regardless of race, religion, and region and to restore Malaysia as a first-rate world-class nation.

Can the 15th Malaysian Parliament produce this “miracle” to commemorate the 120th birthday of Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Wednesday, 8th February 2023)

Parlimen patut menunjukkan penghormatan sempena ulang tahun hari kelahiran yang ke-120 Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, pada hari ini dengan memenuhi aspirasinya untuk Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”

Hari ini adalah ulang tahun kelahiran ke-120 Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Parlimen patut menunjukkan penghormatan sempena ulang tahun hari kelahiran yang ke-120 Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, pada hari ini dengan memenuhi aspirasinya untuk Malaysia menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.

Selepas enam dekad usaha membina negara, kita telah terpesong dari prinsip-prinsip asas yang diterapkan oleh tokoh kemerdekaan negara dan menyumbangkan kepada kegelapan di dunia dan bukannya menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”.

Selepas Pilihan Raya Umum ke-15, negara kita mendapat peluang untuk menetapkan semula dan kembali kepada prinsip-prinsip asal kita untuk memenuhi aspirasi Tunku ini.

Namun, masih banyak perkara yang perlu dilakukan untuk merealisasikan cita-cita ini.

Pertama, sidang Parlimen selama tujuh minggu yang akan bermula pada minggu hadapan, perlu dijadikan sidang yang paling tidak dapat dilupakan dalam sejarah negara dengan memulakan usaha-usaha reformasi institusi untuk mencapai matlamat berganda untuk menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia dan mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Tunku pernah mengatakan yang beliau adalah Perdana Menteri yang paling gembira di dunia.

Tidak ada Perdana Menteri selepasnya yang dapat mengatakan mereka adalah seorang Perdana Menteri yang gembira.

Malah, kita telah sampai ke satu tahap dalam sejarah Malaysia, di mana kita mempunyai sejumlah terbesar rakyat Malaysia yang tidak gembira, yang bukan sahaja telah mencetuskan Diaspora Malaysia ke seluruh dunia, tetapi hampir mencetuskan Diaspora Kedua Malaysia ke seluruh dunia.

Kita kini ada Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 dan kegembiraan rakyat Malaysia patut menjadi keutamaan tertinggi kerajaan, bukannya kegembiraan kroni dan kelas politik, sehingga kita menerima laporan terburuk dalam Indeks Persepsi Rasuah 2022 terbitan Transparency International.

Sidang Parlimen selama tujuh minggu yang bermula pada hari Isnin akan menjadi sidang yang paling tidak dapat dilupakan dalam sejarah sekiranya pihak Kerajaan dan Pembangkang dapat mencapai persetujuan untuk bekerjasama mengenai dua matlamat: menyatukan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan; dan mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Bolehkah Parlimen ke-15 mencipta sejarah dengan “keajaiban” ini sempena ulang tahun ke-120 kelahiran Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman?

 

(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 8 Februari 2023)