nation building

Indonesia is one step ahead of Malaysia in giving a new meaning to “Unity in Diversity” with people celebrating the great ethnic, religious, and cultural festivals of the world to bring about civilizational understanding and harmony in the world

By Kit

February 06, 2023

(Versi BM)

In my joint Thaipusam-Chap Goh Mei message yesterday, I ventured the view that Malaysia can lead the world in giving a new meaning to “Unity in Diversity” where Malaysians celebrate the great ethnic and religious festivals and cultures of the world while keeping their own ethnic, religious, and cultural identities.

But Indonesia is one step ahead of Malaysia in giving a new meaning to “Unity in Diversity” with people celebrating the great ethnic, religious, and cultural festivals of the world to bring about civilizational understanding and harmony in the world.

Indonesian President Joko “Jokowi” Widodo and some cabinet ministers not only extended their good wishes to the Chinese community in Indonesia, with Chinese New Year observed as a public holiday in Indonesia, the world’s largest Muslim-majority country, Jokowi wore the traditional Chinese attire for Chinese New Year celebration in Indonesia.

If the Prime Minister of Malaysia had worn the traditional Chinese attire for Chinese New Year celebration in Malaysia, would he be accused of betraying the Malays in selling out to Chinese interests in Malaysia, or would he be commended for showing the way for world leaders to promote civilizational dialogue, understanding, and harmony instead of civilizational conflicts?

In his Chinese New Year message, Jokowi said:

“Time changes, the year passes, and new challenges appear, but one that must remain is the hope that tomorrow will be happier, more prosperous, and more advanced. Gong xi fa cai.”

Indonesian Religious Affairs Minister Yaqut Cholil Qoumas said that the Chinese New Year needs to be a momentum for self-introspection to evaluate the past and improve oneself.

“Let us make the Chinese New Year as a momentum to introspect ourselves, correct our past journey and plan the upcoming year.”

Yaqut pointed out that Confucius had said that if people could renew themselves, then they should ensure that their renewal was continuous.

He also expressed hope that harmony could be realized to achieve an outstanding Indonesia.

The Indonesian Minister of Villages, Development of Disadvantaged Regions, and Transmigration Abdul Halim Iskandar, and the Indonesian Minister of Manpower Ida Fauziyah also conveyed their greetings, with the latter saying:

“Happy Chinese New Year, Gong xi fa cai, may prosperity and happiness be abundant for all of us this year.”

Have Malaysia anything to learn from Indonesia in promoting global civilizational understanding and harmony instead of civilizational conflict?

As I said yesterday: “Nobody wants the Malays to become Chinese, Chinese to become Indians, Indians to become Dayaks, or Dayaks to become Kadazans. Similarly, nobody wants the Muslims to become Buddhists, the Buddhists to become Hindus, or the Hindus to become Christians. That will not be ‘Unity in Diversity’!

“Malaysia is at the confluence of the four great civilisations of the world — Malay/Islamic, Chinese, Indian, and Western — and Malaysians regardless of ethnicity, language, religion, or culture must leverage on the values and virtues of the four great civilisations to re-build a first-rate world-class Malaysia.”

Can Malaysia promote civilizational dialogue, understanding, and harmony in the global area instead of civilizational clashes?

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Monday, February 6, 2023)

Indonesia berada satu langkah di hadapan Malaysia dalam memberikan makna baharu kepada “Perpaduan dari Kepelbagaian” dengan rakyat meraikan perayaan-perayaan utama pelbagai etnik, kaum, dan budaya dunia untuk membawa persefahaman dan keharmonian antara tamadun dunia

Dalam perutusan Thaipusam — Chap Goh Mei saya semalam, saya menyatakan pendapat yang Malaysia patut memimpin dunia dalam memberikan makna baharu kepada “Perpaduan dari Kepelbagaian” di mana rakyat Malaysia meraikan perayaan-perayaan utama pelbagai etnik, agama, dan budaya dari seluruh dunia sambil mengekalkan identiti etnik, agama, dan budaya masing-masing.

Tetapi, Indonesia telah berada selangkah di hadapan kita dalam memberikan makna kepada “Perpaduan dari Kepelbagaian” dengan orang ramai meraikan perayaan-perayaan utama pelbagai etnik, kaum, dan budaya dunia untuk membawa persefahaman dan keharmonian antara tamadun dunia.

Presiden Indonesia, Joko “Jokowi” Widodo dan beberapa orang menteri kabinet mereka bukan sahaja menyampaikan ucapan mereka kepada komuniti Cina di Indonesia, dengan Tahun Baru Cina disambut sebagai cuti umum di Indonesia — negara majoriti Muslim terbesar di dunia — tetapi Jokowi juga memakai pakaian tradisi Cina untuk sambutan Tahun Baru Cina di Indonesia.

Sekiranya Perdana Menteri Malaysia telah memakai pakaian tradisi Cina untuk sambutan Tahun Baru Cina di Malaysia, adakah dia akan dituduh sebagai mengkhianati orang Melayu demi kepentingan orang Cina di Malaysia atau adakah dia akan dipuji kerana menunjukkan cara untuk para pemimpin dunia mempromosikan dialog, persefahaman, dan keharmonian antara tamadun?

Dalam perutusan Tahun Baru Cinanya, Jokowi mengatakan:

“Masa sudah berubah, tahun-tahun sudah berlalu, dan cabaran baharu telah muncul, tetapi satu perkara yang perlu kekal adalah harapan supaya hari esok akan menjadi lebih gembira, lebih makmur, dan lebih maju. Gong xi fa cai.”

Menteri Hal Ehwal Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas, mengatakan yang Tahun Baru Cina perlu menjadi pencetus untuk muhasabah diri untuk menilai semula masa lepas dan menambah baik diri sendiri.

“Marilah kita jadikan Tahun Baru Cina sebagai titik untuk kita muhasabah diri, membetulkan kesilapan lampau, dan merancang untuk tahun-tahun yang akan datang.”

Yaqut menekankan yang Confucius pernah mengatakan yang sekiranya manusia boleh memperbaharui diri mereka, mereka perlu pastikan pembaharuan ini berterusan.

Dia juga menzahirkan harapan supaya keharmonian dapat direalisasikan untuk mencapai cita-cita sebuah Indonesia yang lebih cemerlang.

Menteri Desa, Pembangunan Daerah Tertinggal dan Transmigrasi Indonesia, Abdul Halim Iskandar, dan Menteri Sumber Manusia, Ida Fauziyah, juga telah menyampaikan ucapan mereka, dengan Ida Fauziyah mengatakan:

“Selamat Tahun Baru Cina, Gong xi fa cai, semoga kemakmuran dan kegembiraan melimpahi kita semua pada tahun ini.”

Adakah Malaysia dapat mempelajari apa-apa dari Indonesia mengenai usaha untuk mempromosikan persefahaman dan keharmonian antara tamadun?

Seperti yang saya katakan semalam: “Tidak ada sesiapa yang mahu orang Melayu menjadi Cina, Cina menjadi India, India menjadi Dayak, atau Dayak menjadi Kadazan. Sama juga, tidak ada sesiapa pun yang mahu orang Islam menjadi Buddha, Buddha menjadi Hindu, atau Hindu menjadi Kristian. Perkara ini bukanlah “Perpaduan dalam Kepelbagaian”!

“Malaysia berada di titik pertemuan empat tamadun hebat dunia — Melayu/Islam, Cina, India, dan Barat — dan rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik, bahasa, agama, atau budaya, perlulah menggunakan nilai-nilai terbaik dari empat tamadun hebat ini untuk membina semula sebuah Malaysia hebat yang bertaraf dunia.”

Bolehkah Malaysia menjadi penggerak usaha mempromosikan dialog, persefahaman, dan keharmonian dalam arena global dan bukannya mencetuskan pertembungan di antara budaya?

 

(Kenyataan Media veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Isnin, 6 Februari 2023)