Lim Kit Siang

Five proposals to kick-start the most memorable Parliamentary meeting in Malaysian history in a fortnight’s time

(Versi BM)

I have suggested that the seven-week Parliamentary meeting starting in a fortnight’s time should be the most memorable Parliamentary meeting in Malaysian history in initiating institutional reforms for Malaysia to achieve the twin goals of uniting the plural society in Malaysia and to restore Malaysia as a first-rate world-class nation.

The Cabinet tomorrow should consider the possibility of setting up a Cabinet committee to make the forthcoming Parliamentary meeting and the three-week parliamentary meeting in June the most memorable parliamentary meetings in Malaysian history.

I have five proposals to kick-start the February/March 2023 meeting of Parliament to make it the most memorable Parliamentary meeting in Malaysian history, viz:

  1. Table the Reports of the Council of Eminent Persons (CEP), the Institutional Reforms Committee (IRC), and the Electoral Reform Committee (ERC) in Parliament as White Papers.

    These Committees were set up in 2018 during the Pakatan Harapan government under former prime minister Dr Mahathir Mohamad to hear the views of various civil society groups on strengthening the system of governance and the rule of law.

    As far as I know, the Reports of the CEP, IRC, and ERC were never tabled in the Pakatan Harapan Government Cabinet although they were completed and submitted to the Prime Minister before the Pakatan Harapan government was toppled by the infamous Sheraton Move political conspiracy in February 2020.

    Why should there be such secrecy on matters of clear public interest with regard to the hundreds of recommendations related to governance, integrity, and corruption prevention in the CEP report?

    I reiterate my call in October 2019 and again propose that the CEP, IRC, and ERC Reports should be presented to the Feb. 13 Parliament as White Papers to allow Parliamentarians and the public the opportunity to debate their merits or demerits.

  2. Table Bills to limit the term and power of the Prime Minister; to separate the office of the Attorney-General and the Public Prosecutor, and to restore the Parliamentary Services Act on the dignity and independence of Parliament.

  3. To uphold the doctrine of separation of powers and introduce a Bill to amend the Judicial Appointments Commission (JAC) Act to ensure that the appointment of judges, including the Chief Justice and major judicial appointments, is free from the influence of the Prime Minister and reflect diversity and inclusivity, and as far as possible, mirror the demography of the general population in every aspect.

  4. Increase of parliamentary sitting days from 71 for 2023 to a minimum of 100 days per year so that all needed legislative reforms could be carried out that there would be an active parliamentary select committee (PSC) system to provide an effective check and balance on the Executive.

  5. Passage of a Malaysian Integrity Plan to lay out a Charter for Malaysia to become one of the top nations in the world in public integrity and not to lose out to one after another nation on the anti-corruption front.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Tuesday, 31st January 2023)


Lima cadangan untuk memulakan sidang Parlimen yang tidak akan dilupakan dalam sejarah negara

Saya telah cadangkan supaya sidang parlimen selama tujuh minggu yang bakal bermula dua minggu lagi dijadikan satu sidang yang tidak dapat dilupakan dengan memulakan inisiatif reformasi institusi di Malaysia untuk mencapai sasaran berkembar menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia dan mengembalikan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara hebat dunia.

Mesyuarat Kabinet esok patut mempertimbangkan kemungkinan untuk membentuk jawatankuasa Kabinet untuk menjadikan sidang Parlimen yang akan datang dalam dua minggu lagi dan sidang Parlimen selama tiga minggu pada bulan Jun sebagai sidang Parlimen yang tidak akan dilupakan dalam sejarah Malaysia.

Saya ada lima cadangan untuk menjayakan perkara ini:

  1. Bentangkan laporan-laporan dari Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Jawatankuasa Reformasi Institusi (IRC), dan Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC) kepada Parlimen sebagai kertas putih.

    Jawatankuasa-jawatankuasa ini dibentuk pada tahun 2018 semasa pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, untuk mendapatkan pandangan pelbagai pertubuhan sivil untuk mengukuhkan lagi sistem pentadbiran dan kedaulatan undang-undang dalam negara.

    Setahu saya, Laporan dari CEP, IRC, dan ERC ini tidak pernah dibentangkan dalam Kabinet Kerajaan Pakatan Harapan walaupun laporan-laporan ini disiapkan dan dihantar kepada Perdana Menteri sebelum kerajaan Pakatan Harapan ditumbangkan melalui konspirasi politik Langkah Sheraton pada bulan Februari 2020.

    Mengapakah perkara yang berkepentingan awam dengan ratusan cadangan yang berkaitan dengan perkara hal ehwal pentadbiran, integriti, dan rasuah sebegini perlu dirahsiakan?

    Saya mengulangi seruan saya pada Oktober 2019 sebelum ini dan sekali lagi mencadangkan supaya laporan-laporan CEP, IRC, dan ERC dibentangkan kepada sidang Parlimen pada 13 Februari sebagai Kertas Putih untuk membolehkan Ahli-ahli Parlimen dan orang awam untuk mempertimbangkan merit dan kelemahan laporan-laporan ini.

  2. Bentangkan Rang Undang-undang untuk menghadkan penggal perkhidmatan dan kuasa Perdana Menteri; untuk memisahkan pejabat Peguam Negara dan Pendakwa Raya; dan untuk mengembalikan Akta Perkhidmatan Parlimen untuk menjamin martabat dan kebebasan Parlimen.

  3. Menegakkan doktrin pemisahan kuasa dan perkenalkan rang undang-undang untuk meminda Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) untuk memastikan pelantikan hakim, termasuklah Ketua Hakim, dan pelantikan-pelantikan utama kehakiman, bebas dari pengaruh Perdana Menteri dan mencerminkan kepelbagaian, bersifat inklusif, serta mencerminkan demografi negara dalam setiap aspek.

  4. Meningkatkan hari Parlimen bersidang dari 71 hari pada 2023 kepada minima 100 hari setahun supaya semua keperluan reformasi legislatif dapat dijalankan dan supaya adanya sistem jawatankuasa pilihan khas parlimen (JKPK) yang aktif untuk menjadi semak imbang yang berkesan kepada pihak Eksekutif.

  5. Meluluskan Rancangan Integriti Malaysia yang bakal menjadi panduan untuk Malaysia menjadi salah satu dari negara terbaik di dunia dari segi integriti awam, dan bukannya ditinggalkan di belakang satu demi satu negara dalam usaha membanteras rasuah.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Selasa, 31 Januari 2023)

Exit mobile version