Lim Kit Siang

Why is Muhyiddin Yassin not the Parliamentary Opposition Leader?

(Versi BM)

Why is Muhyddin Yassin not the Parliamentary Opposition Leader?

Is he retiring from politics?

The answer is “No” as he has not given up the opportunity to become Prime Minister once again and that is why he is not vacating his position as President of Bersatu and Chairman of Perikatan Nasional to give way to someone else to lead both political organisations.

There are at least three reasons why Muhyiddin does not want to become the Parliamentary Opposition Leader — he does not want to be confronted especially in Parliament on three issues, namely:

No other country in the world has illegally and unconstitutionally suspended Parliament to deal with the Covid-19 pandemic, and what was worse, his abysmal failure to deal with the Covid-19 pandemic.

When Muhyiddin suspended Parliament and declared emergency on January 11, 2021 to combat the Covid-19 pandemic, there were 138,224 Covid-19 cases and 555 Covid-19 deaths.

Six months later, when Muhyiddin resigned and Emergency ended, there were over 10 times more Covid-19 cases and 24 times the Covid-19 deaths to reach nearly 1.5 million Covid-19 cases and over 13,000 Covid-19 deaths.

For the National Day month of August, 2020, Malaysia had 364 Covid-19 cases and two Covid-19 deaths. For the National Day month of August 2021, Malaysia had more than 630,000 Covid-19 cases and more than 7,400 deaths — an exponential increase of 17,000 times for the number of Covid-19 cases and more than, 3,700 times the Covid-19 deaths?

Can any other political leader do worse?

This is why when Muhyidddin urged the government to take immediate action to ensure the people are protected from the new Covid-19 variant which has been detected in several countries, the point is valid but the question that immediately arises is whether Muyhiddin is the last person qualified to talk about the Covid-19 pandemic.

According to 15th general election results, the Parliamentary Opposition Leader should be PAS President, Hadi Awang, as PAS won 43 and Bersatu won 31 parliamentary seats.

However Hadi wanted to use Perikatan Nasional as a cover for his toxic politics of lies, fear, hate, race and religion to polarise Malaysia like his attacks on the DAP as anti-Malay, anti-Islam, communist and promoting Islamophobia.

Does Muhyiddin agree?

If so, why did Muhyiddin approach me in 2016 to ask for DAP support for him to be the Prime Minister?

If I had agreed, is the DAP not anti-Malay, anti-Islam, communist and promoting Islamophobia?

Just because I declined to give him a positive answer, as the DAP was committed to naming Anwar Ibrahim as the Prime Minister-designate, does the DAP become anti-Malay, anti-Islam, communist and promoting Islamophobia?

The same applied to Hadi.

In 2013, Hadi and his lieutenants met me to argue that Anwar Ibrahim was not appropriate to be Pakatan Rakyat’s Prime Minister-designate and suggested Tengku Razaleigh Hamzah.

When I declined to agree, stating that the DAP would abide by our commitment to Anwar Ibrahim as the Prime Minister-designate of Malaysia, and failed to suggest that the PM-designate should be Hadi himself, had the DAP suddenly become anti-Malay, anti-Islam, communist and promoting Islamophobia?

Let Muhyiddin declare whether he agrees with Hadi that the DAP is anti-Malay, anti-Islam, communist and promoting Islamophobia and cite evidence to substantiate such allegations.

There is another matter which Muhyiddin has to clarify, why he is so against a reset to return to the original nation-building principles supported by the first four UMNO Presidents six decades ago as he allowed into his Cabinet Ministers who do not accept these original nation-building principles as spelt out in the Malaysian Constitution and Rukun Negara.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Monday, 2nd January 2022)


Mengapakah Muhyiddin Yassin tidak menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen?

Mengapakah Muhyiddin Yassin tidak menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen?

Adakah dia hendak bersara dari politik?

Jawapannya “Tidak” kerana dia masih belum berputus asa dengan usaha untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi, kerana inilah dia tidak meninggalkan jawatannya sebagai Presiden Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional untuk memberikan laluan kepada orang lain untuk memimpin kedua-dua organisasi politik ini.

Adakah sekurang-kurangnya tiga sebab mengapa Muhyiddin tidak mahu menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen – dia tidak mahu berhadapan dengan tiga perkara berikut di Parlimen:

1. Kedudukannya sebagai Perdana Menteri pintu belakang yang pertama yang tidak berani untuk menguji keabsahan kerajaannya di Parlimen dengan satu undi percaya.
2. Perbuatannya untuk menggantung sidang Parlimen secara haram dan tidak sah.
3. Kegagalannya dalam menguruskan wabak Covid-19 yang telah menyebabkan negara kita berhadapan dengan gelombang penularan Covid-19 yang terpanjang di dunia.

Tidak ada negara lain dalam dunia yang telah secara haram dan tidak sah menggantung sidang Parlimen untuk menguruskan wabak Covid-19, dan apa yang lebih buruk lagi, Muhyiddin tetap gagal untuk menguruskan wabak ini dengan baik selepas menggantung sidang Parlimen.

Semasa Muhyiddin mengisytiharkan darurat pada 11 Januari 2021 untuk melawan wabak Covid-19, negara kita mencatatkan 138,224 kes dan 555 kematian akibat Covid-19.

Enam bulan kemudian, ketika Muhyiddin meletakkan jawatan dan darurat berakhir, terdapat lebih dari 10 kali lebih banyak kes dan 24 kali ganda lebih banyak kematian akibat Covid-19 – dengan hampir 1.5 juta kes terkumpul dan lebih dari 13,000 kematian akibat Covid-19.

Semasa Hari Kebangsaan pada Ogos 2020, Malaysia mencatatkan 364 kes Covid-19 dengan dua kematian akibat Covid-19. Setahun kemudian dalam bulan Ogos 2021, kita mencatatkan lebih dari 630,000 kes dan lebih dari 7,400 kematian – peningkatan 17,000 kali ganda dari segi jumlah kes terkumpul dan peningkatan 3,700 kali ganda kadar kematian.

Bolehkah mana-mana pemimpin politik yang lain menunjukkan prestasi yang lebih buruk dari ini?

Kerana inilah apabila Muhyiddin menggesa kerajaan untuk mengambil tindakan segera untuk memastikan rakyat terjaga dari varian baharu Covid-19, hujahnya ini tepat, tetapi dia juga perlu sedar yang dia adalah orang yang paling kurang layak untuk bercakap mengenai pengurusan wabak Covid-19.

Mengikut keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini, Presiden PAS, Hadi Awang patut menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen memandangkan PAS telah menenangi 43 kerusi manakala Bersatu hanya memenangi 31 kerusi.

Namun, Hadi mahu menggunakan Perikatan Nasional sebagai pelindung untuk dia terus menyebarkan politik toksik berasaskan penipuan, syak wasangka, kebencian, sentimen perkauman, dan keagamaan untuk memecah-belahkan rakyat Malaysia seperti yang dilakukan melalui serangannya terhadap DAP yang mengatakan kononnya DAP bersifat anti Melayu, anti Islam, komunis, dan mempromosikan Islamofobia.

Adakah Muhyiddin bersetuju?

Sekiranya ya, mengapakah Muhyiddin mendekati saya pada tahun 2016 untuk mendapatkan sokongan DAP untuk menjadikan dia sebagai Perdana Menteri?

Sekiranya saya bersetuju ketika itu, adakah DAP tidak anti Melayu, anti Islam, komunis, dan mempromosikan Islamofobia?

Hanya kerana saya menolak untuk memberikan sokongan kepadanya, kerana DAP telah komited untuk menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri, tiba-tiba DAP menjadi anti Melayu, anti Islam, komunis, dan mempromosikan Islamofobia?

Perkara yang sama juga terpakai pada Hadi.

Pada tahun 2013, Hadi dan orang-orangnya telah berjumpa dengan saya untuk berhujah yang Anwar Ibrahim tidak sesuai untuk menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat dan mereka mencadangkan supaya Tengku Razaleigh Hamzah dicalonkan.

Apabila saya menolak untuk bersetuju – mengulangi komitmen DAP untuk menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri – dan gagal untuk mencadangkan Hadi sendiri sebagai calon PM, adakah DAP tiba-tiba menjadi anti Melayu, anti Islam, komunis, dan mempromosikan Islamofobia?

Biarlah Muhyiddin yang mengisytiharkan sendiri sama ada dia bersetuju dengan Hadi yang kononnya DAP ini anti Melayu, anti Islam, komunis, dan mempromosikan Islamofobia dan biar dia kemukakan bukti-bukti terhadap tuduhan ini sekiranya dia bersetuju.

Ada satu lagi perkara yang memerlukan penjelasan dari Muhyiddin; mengapakah dia sebegitu menentang idea untuk mengembalikan semula Malaysia kepada prinsip-prinsip asas pembinaan negara yang disokong oleh empat orang Presiden UMNO yang terawal pada enam dekad yang lepas, memandangkan dia sendiri telah membiarkan para pemimpin yang menolak prinsip-prinsip yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara ini untuk menyertai barisan Jemaah Menterinya.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Isnin, 2 Januari 2023)

Exit mobile version