Lim Kit Siang

Fully support Perak Sultan Nazrin Shah to have zero tolerance for incitement of racial and religious fear and hatred in plural Malaysia

(Versi BM)

The speech yesterday by Perak Sultan Nazrin Shah not to tolerate attempts to incite racial and religious hatred which would provoke hostilities in Perak should be the national policy of the country.

I call on the Prime Minister, Anwar Ibrahim to have zero tolerance for incitement of racial and religious fear and hatred in plural Malaysia as it can destroy the country.

This zero tolerance for the toxic politics of lies, fear, hate, race and religion must be evident from the start of the Anwar premiership with firm action taken against those exploiting racial and religious differences in plural Malaysia.

In my 57 years of political life, I have travelled to and visited more parts of Malaysia than an average Malaysian, and I can say with conviction that there is no anti-Malay, anti-Chinese, anti-Indian, anti-Kadazan, anti-Dayak or anti-Muslim, anti-Buddhist, anti-Hindu, or anti-Christianity sentiments on the ground, but certain political personalities and political parties continue to poison the minds of the people that the Malays and Islam are under threat.

This dangerous practice reached an unprecedented level during the recent 15th General Election campaign.

Where does the threat to Malays and Islam come from?

In my 57 years of public life, I have never accused anyone of being anti-Malay, anti-Chinese, anti-Indian, anti-Kadazan, anti-Dayak or anti-Islam, anti-Buddhism, anti-Hinduism, or anti-Christianity, and yet I have been accused of being a racist, anti-Malay, anti-Islam, a communist, and lately an Islamophobe, without any iota of evidence whatsoever.

For this reason, in the aftermath of the prevalence of fear and hate speech on the social media in the 15th General Election, I welcome the recent event where 100 ethnic and religious groups gathered at a Christmas dinner to usher in the Yuletide festivities, which was attended by more Muslims than Christians. More such events to enable Malaysians to understand the different religions in the country should be held.

As Bapa Malaysia Tunku Abdul Rahman hoped, Malaysia should be “a beacon of light in a difficult and distracted world”, and one aspect where Malaysia can be “a beacon of light” to the world is to be a model country of inter-religious peace, tolerance, acceptance and harmony.

Maybe the time has come for the government to establish a Commission with the specific task to promote inter-religious understanding and harmony in the country and to uphold Article 3 of the Constitution on Islam as the religion of Malaysia but other religions may be practised in peace and harmony.

There should also be a special section in the police force to deal with hate speech which promote hate and fear among the different racial and religious groups, especially on the social media.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Wednesday, 21st December 2022)


Menyokong penuh titah Sultan Nazrin Shah untuk tidak ada toleransi terhadap syak wasangka dan kebencian antara kaum dan agama dalam masyarakat majmuk di Malaysia

Titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah semalam untuk kita tidak bertoleransi dengan cubaan untuk menghasut perasaan syak wasangka dan kebencian di antara kaum dan agama yang berpotensi untuk mencetuskan perbalahan di Perak sepatutnya menjadi salah satu dasar negara.

Saya menyeru Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, untuk tidak bertoleransi terhadap hasutan perkauman dan keagamaan dalam masyarakat majmuk di Malaysia kerana perkara ini berpotensi untuk memusnahkan negara kita.

Pendirian sifar toleransi terhadap politik toksik penipuan, syak wasangka, kebencian, perkauman, dan keagamaan ini perlulah dapat dilihat dengan jelas dari hari-hari awal kerajaan Anwar, dengan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang mengeksploitasi perbezaan perkauman dan keagamaan di Malaysia.

Selama 57 tahun saya berkecimpung dalam politik, saya telah bergerak dan melawat lebih banyak kawasan-kawasan di Malaysia berbanding dengan kebanyakan rakyat Malaysia, dan saya boleh katakan dengan yakin, yang tidak ada sentimen anti Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, atau anti Islam, Buddha, Hindu, Kristian dalam kalangan rakyat, tetapi sesetengah parti dan personaliti politik cuba untuk meracuni minda rakyat yang kononnya orang Melayu dan Islam kini sedang terancam.

Perbuatan berbahaya ini telah mencapai satu tahap yang belum dilihat sebelum ini dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-15 baru-baru ini.

Dari manakah ancaman terhadap orang Melayu dan Islam datang?

Selama 57 tahun saya berkhidmat untuk rakyat, saya tidak pernah menuduh sesiapa pun sebagai anti Melayu, Cina, India, Kadazan, Dayak, atau anti Islam, Buddha, Hindu atau Kristian, tetapi saya tetap dituduh sebagai seorang rasis, seorang yang kononnya anti Melayu dan Islam, kononnya seorang komunis, dan baru-baru ini pula kononnya saya Islamofobik, tanpa secebis bukti sekalipun.

Atas sebab inilah, dengan peningkatan ucapan kebencian yang menghasut perasaan syak wasangka di media sosial selepas Pilihan Raya Umum ke-15, saya mengalu-alukan acara yang dianjurkan baru-baru ini di mana kira-kira 100 kumpulan etnik dan agama berkumpul dalam satu majlis makan malam Krismas, yang telah dihadiri oleh lebih ramai orang Islam berbanding dengan Kristian. Lebih banyak acara-acara sebegini patut diadakan untuk membolehkan rakyat Malaysia lebih memahami pelbagai agama yang ada di dalam negara ini.

Seperti yang dicita-citakan oleh Bapa Malaysia, Tunku Abdul Rahman, Malaysia sepatutnya menjadi “sinar cahaya dalam dunia yang sukar dan terganggu”, dan satu aspek di mana Malaysia boleh menjadi “sinar cahaya” ini adalah untuk menjadi negara contoh di mana terdapatnya keamanan, keharmonian, toleransi, dan penerima di antara masyarakat pelbagai agama yang berada di Malaysia.

Mungkin masanya telah tiba untuk kerajaan menubuhkan sebuah Jawatankuasa dengan tanggungjawab khas untuk mempromosikan pemahaman dan keharmonian di antara agama dan untuk menegakkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan Islam sebagai agama rasmi dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan harmoni.

Perlu ada satu bahagian khas dalam badan polis untuk menguruskan masalah ucapan kebencian yang menghasut ke arah kebencian dan syak wasangka dalam pelbagai kumpulan kaum dan agama, terutamanya di media sosial.

 

Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada hari Rabu, 31 Disember 2022

Exit mobile version