The question uppermost in Malaysians’ minds is whether the Anwar Ibrahim unity government will last five years.
There are five survival tests for the Anwar Ibrahim unity government in its first year in office.
They are:
- The election of the Speaker of the Dewan Rakyat on 19th December 2022.
- The passing of the vote of confidence motion in Anwar Ibrahim as the Prime Minister of Malaysia in Parliament on 20th December 2022.
- The UMNO General Assembly on January 11-14, 2023 to elect new office-bearers;
- Passage in Parliament of the Motion of Thanks for the Royal Address at the Opening of Parliament, which in effect, is the government’s policy programme for the year; and
- Approval for the 2023 Budget.
If the Anwar Ibrahim unity government can survive these five tests in the next few months, it will then have to face the sixth test — the general elections in six states of Penang, Selangor, Negri Sembilan, Kedah, Kelantan, and Terengganu.
Perikatan Nasional (PN) will do its utmost to make gains in these six states to topple the Anwar Ibrahim unity Federal Government.
In fact, the PN Negri Sembilan Chairman had declared that the Negri Sembilan PN is aiming to win at least 19 out of the 36 state seats to enable the coalition to form a state government.
Pakatan Harapan (PH) cannot take lightly the PN threat, whether in Negeri Sembilan or the other five states, and I welcome the announcement by the Pakatan Harapan secretary-general Saifuddin Nasution Ismail that PH will conduct roadshows beginning early next year in preparation for the elections in six states that did not dissolve their assemblies concurrently with the 15th general election (GE15).
Saifuddin, who is also the home affairs minister, said it is a “very important” task to convince voters in the six states to continue to support the Anwar Ibrahim unity government formed after the recent GE15.
Penang Chief Minister, Chow Kon Yeow, has predicted that PH could lose six or seven seats in the upcoming state polls based on the trend seen in last month’s general election.
Although this would not threaten Harapan’s control of the state, the coalition’s hold on Penang would not be as formidable as before.
Pakatan Harapan should draw up a programme to ensure that far from losing seats to PN, PH can do better in the six states than its performance in the 15th General Election.
(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Penang on Tuesday, 13th December 2022)
Enam ujian kelangsungan hayat kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim dalam tahun pertamanya
Persoalan utama yang berlegar dalam fikiran rakyat Malaysia hari ini adalah sama ada kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim dapat bertahan selama lima tahun.
Terdapat ujian kelangsungan hayat untuk kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim ini dalam tahun pertamanya.
Ujian-ujian ini adalah:
- Pemilihan Yang di Pertua Dewan Rakyat pada 19 Disember 2022.
- Kelulusan usul percaya terhadap Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri di Parlimen pada 20 Disember 2022.
- Perhimpunan Agung UMNO pada 11 hingga 14 Januari untuk melantik pimpinan baharu.
- Kelulusan Usul Menjunjung Titah Diraja semasa pembukaan Parlimen, yang merupakan dasar-dasar kerajaan untuk tahun tersebut; dan
- Kelulusan Belanjawan 2023
Sekiranya kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim dapat bertahan berhadapan dengan lima ujian ini dalam beberapa bulan yang akan datang, kerajaan ini akan berhadapan dengan ujian keenam — pilihan raya umum di enam negeri, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan, dan Terengganu.
Perikatan Nasional (PN) akan mencuba sedaya upaya untuk mencatatkan kejayaan di enam-enam negeri ini untuk menumbangkan kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim.
Malah, Pengerusi PN Negeri Sembilan telah mengumumkan yang PN Negeri Sembilan menyasarkan untuk menang sekurang-kurangnya 19 dari 36 kerusi DUN untuk membolehkan mereka membentuk kerajaan negeri.
Pakatan Harapan (PH) tidak boleh memandang ringan ancaman PN ini, sama ada di Negeri Sembilan atau di lima negeri-negeri lain. Saya alu-alukan pengumuman setiausaha agung Pakatan Harapan, Saifuddin Nasution Ismail, untuk PH mengadakan jelajah bermula awal tahun hadapan sebagai persediaan untuk menghadapi pilihan raya di enam negeri yang belum membubarkan Dewan Undangan Negeri mereka semasa Pilihan Raya Umum ke-15 dijalankan sebelum ini.
Saifuddin yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri, mengatakan bahawa menjadi satu tanggungjawab yang “amat penting” untuk meyakinkan para pengundi di enam negeri-negeri ini untuk terus menyokong kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim yang dibentuk selepas PRU-15.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, telah menjangkakan yang PH mungkin bakal kehilangan enam atau tujuh kerusi dalam pilihan raya negeri yang akan datang berdasarkan trend yang ditunjukkan dalam pilihan raya umum pada bulan lepas.
Walaupun perkara ini tidak mengancam kawalan Harapan ke atas negeri tersebut, pegangan gabungan ini terhadap Pulau Pinang tidak akan menjadi sekuat sebelum ini.
Pakatan Harapan perlu merangka program untuk memastikan supaya PH tidak kehilangan kerusi kepada PN, sebaliknya, mencatatkan prestasi yang lebih baik di enam negeri ini berbanding dengan prestasi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 sebelum ini.
(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Pulau Pinang pada hari Selasa, 13 Disember 2022)