Hadi Awang

Hadi should explain why he is so irresponsible as to make the wild accusation that DAP is promoting Islamophobia when the OIC Islamophobia Observatory in unable to report a single case of Islamophobia in Malaysia although it had monitored all forms of Islamophobia in the world on a daily basis for the past 15 years?

By Kit

December 08, 2022

(Versi BM)

The PAS President, Hadi Awang should explain why he is so irresponsible as to make the wild accusation that DAP is promoting Islamophobia when the Organisation of Islamic Conference (OIC) Islamophobia Observatory in unable to report a single case of Islamophobia in Malaysia although it had monitored all forms of Islamophobia in the world on a daily basis for the past 15 years?

I have gone through the 14 reports on Islamophobia of the OIC Islamophobia Observatory since 2007, which are authoritative accounts of the problem of Islamophobia in the world, but I have not been able to find a single case of Islamophobia in Malaysia reported in the reports in the last 15 years.

I do not think Islam teaches its preachers and followers to tell lies and falsehoods, and it is the duty of Hadi Awang, as the PAS President, to clarify the matter.

As recounted by veteran journalist, Terence Netto two days ago, in 2013 Hadi led a coterie of PAS leaders to meet and urge Anwar Ibrahim to yield to PAS preference of Tengku Razaleigh Hamzah as their choice of prime minister — in the event Pakatan Rakyat won the 13th general election (GE13).

Hadi and this “coterie of PAS leaders” also met me but I declined to agree, stating that the DAP would abide by our commitment of Anwar Ibrahim as the Prime Minister-designate of Malaysia, or the DAP with PAS, as two of the three component parties in the Pakatan Rakyat coalition, would have prevailed on the question, although I did not know whether Hadi had secured any agreement among PKR leaders on the issue.

But this 2013 episode can be no justification for Hadi to hurl wild and reckless allegations of the DAP promoting Islamophobia.

I await Hadi’s response.

 

(Media Statement by DAP veteran Lim Kit Siang in Petaling Jaya on Thursday, 8th December 2022)

Hadi perlu menjelaskan tindakan tidak bertanggungjawabnya dalam membuat tuduhan liar bahawa DAP mempromosikan Islamofobia sedangkan Pemerhati Islamofobia OIC tidak melaporkan satu kes Islamofobia pun di Malaysia selepas memantau semua bentuk Islamofobia di dunia untuk setiap hari selama 15 tahun yang lepas?

Presiden PAS, Hadi Awang perlu menjelaskan tindakan tidak bertanggungjawabnya dalam membuat tuduhan liar bahawa DAP mempromosikan Islamofobia sedangkan Pemerhati Islamofobia Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) tidak melaporkan satu kes Islamofobia pun di Malaysia selepas memantau semua bentuk Islamofobia di dunia untuk setiap hari selama 15 tahun yang lepas?

Saya telah meneliti 14 laporan mengenai Islamofobia yang diterbitkan oleh Pemerhati Islamofobia OIC sejak 2007, yang merupakan laporan berwibawa tentang masalah Islamofobia di dunia, tetapi saya tidak dapat menemui satu kes Islamofobia di Malaysia yang dilaporkan dalam laporan di 15 tahun lepas.

Saya tidak fikir Islam mengajar pendakwah dan pengikutnya untuk bercakap bohong dan dusta, dan menjadi kewajipan kepada Hadi Awang, selaku Presiden PAS, untuk menjelaskan perkara tuduhannya ini.

Seperti yang diceritakan oleh seorang wartawan veteran, Terence Netto, dua hari lepas, pada tahun 2013 Hadi mengetuai sekumpulan pemimpin PAS untuk bertemu dan menggesa Anwar Ibrahim untuk memberi laluan kepada pilihan PAS supaya Tengku Razaleigh Hamzah menjadi calon perdana menteri pilihan mereka – sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Hadi dan “kumpulan pemimpin PAS” ini juga bertemu saya tetapi saya enggan bersetuju, dengan menyatakan bahawa DAP akan mematuhi komitmen kami bahawa Anwar Ibrahim kekal sebagai calon Perdana Menteri Malaysia. Jika tidak, DAP dengan PAS, sebagai dua daripada tiga parti-parti komponen dalam gabungan Pakatan Rakyat, akan menang dalam persoalan mengenai isu ini, walaupun saya tidak tahu sama ada Hadi telah memperoleh sebarang persetujuan di kalangan pemimpin PKR mengenai isu itu.

Tetapi episod 2013 ini tidak boleh menjadi alasan untuk Hadi melemparkan tuduhan liar dan melulu yang mengatakan DAP sebagai mempromosikan Islamofobia.

Saya menunggu jawapan Hadi.

 

(Kenyataan Media oleh veteran DAP Lim Kit Siang di Petaling Jaya pada Khamis, 8 Disember 2022)