For several days this week, the foremost question in the minds of Malaysians is whether Parliament will be dissolved for the holding of the 15th general election despite the economic crisis and the worst monsoon and floods season threatening the country.
This speculative frenzy did not end with the tabling of the 2023 Budget by the Finance Minister, Tengku Zafrul Abdul Aziz yesterday as Malaysians are back to the question whether Parliament will be dissolved on Monday.
The 2023 Budget, though the biggest in the – nation’s history, is no game-changer to resolve the economic crisis, raise the quality of education, ensure that Malaysia will not be a poor performer in another global pandemic or make Malaysia a world-class great nation.
It rained money, with goodies all around, but does nothing to reverse the trajectory of the country in the past few decades of losing out to Taiwan, Singapore, Hong Kong, South Korea, Vietnam and more countries to come in future years.
And clearly, it will do nothing to ensure that Malaysia’s ranking and score in the 2022 Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) which will be announced in January next year will not be worse than TI CPI 2021.
What Malaysia needs a reset of nation-building principles and policies to transform Malaysia from the trajectory of a kleptocracy, kakistoracy and a failed state to a “tiger” economy and a world-class great nation.
This will depend on whether August 23, 2022 marked a watershed in Malaysian nation-building, where a former Prime Minister was not only sent to jail for corruption offences but marked a return to the nation-building principles and polices entrenched in the Constitution and the Rukun Negara but which have been forgotten by the nation’s government leaders – constitutional monarchy, parliamentary democracy, separation of powers, rule of law, an independent judiciary, good governance, public integrity with minimum corruption, meritocracy, respect for human rights and national unity from our multi-racial, multi-lingual, multi-religious and multi-cultural diversity where there are no first-class and second-class citizens whether based on race, religion or region.
Would Malaysia move to towards a healthy parliamentary democracy where there is meaningful separation of powers with the rule law of law and an independent judiciary, with the country recovering from four decades of darkness where an independent mission to Malaysia led by the International Commission of Jurists once came out with a report on “Justice in Jeopardy”?
This would be battle in the 15th General Election – a kleptocracy like Sri Lanka versus Malaysia a world-class great nation when we celebrate Malaysia’s Centennail!
Pakatan Harapan stands for the latter and I call on Malaysians regardless of race, religion or region to stand solidly behind Pakatan Harapan to make Anwar Ibrahim the tenth Prime Minister of Malaysia in our journey to make Malaysia a world-class great nation, if not in this decade, at least by Malaysia’s Centennial.
(Speech by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang at the Penang DAP Dinner in Bukit Mertajam on Saturday, 8th October 2022)
Walaupun Belanjawan 2023 ini adalah yang terbesar dalam sejarah negara, ia bukanlah satu belanjawan yang hebat yang menyelesaikan krisis ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, memastikan Malaysia tidak mencatatkan prestasi yang buruk dalam satu lagi pandemik global, atau menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia
Untuk beberapa hari dalam minggu ini, persoalan utama yang berlegar dalam fikiran rakyat Malaysia adalah sama ada Parlimen akan dibubarkan untuk memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-15 walaupun negara kita sedang berhadapan dengan krisis ekonomi dan musim tengkujuh dan banjir yang terburuk sedang mengancam keselamatan negara.
Kegilaan spekulasi ini tidak berakhir dengan pembentangan Belanjawan 2023 oleh Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, semalam memandangkan rakyat Malaysia masih tertanya-tanya sama ada Parlimen akan dibubarkan pada hari Isnin ini.
Belanjawan 2023 ini, walaupun merupakan yang terbesar dalam sejarah negara, bukanlah satu belanjawan yang luar biasa yang dapat menyelesaikan krisis ekonomi dalam negara, meningkatkan taraf kualiti pendidikan, memastikan Malaysia tidak mencatatkan prestasi yang buruk dalam menguruskan satu lagi pandemik global, atau menjadikan Malaysia Malaysia sebuah negara hebat yang bertaraf dunia.
Belanjawan ini menaburkan wang, dengan habuan di sana sini, tanpa sebarang usaha untuk menghentikan trajektori negara dalam beberapa dekad yang lepas, di mana kita terus ditinggalkan di belakang Taiwan, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, Vietnam, dan banyak lagi negara-negara lain di masa hadapan.
Dan jelas sekali, belanjawan ini tidak mempunyai apa-apa usaha untuk memastikan kedudukan dan markah untuk Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International (TI) 2022 yang bakal diterbitkan pada bulan Januari tahun hadapan tidak akan menjadi lebih teruk berbanding dengan TI CPI 2021.
Apa yang Malaysia perlukan adalah penetapan semula dasar dan prinsip pembinaan negara untuk mentransformasi Malaysia dari hala tuju ke arah menjadi sebuah kleptokrasi, kakistokrasi, dan negara gagal, kepada hala tuju menjadi seekor “harimau” ekonomi dan negara hebat yang bertaraf dunia.
Perkara ini akan bergantung kepada sama ada 23 Ogos 2022 menjadi titik peralihan dalam sejarah negara, di mana seorang bekas Perdana Menteri bukan sahaja dihantar ke penjara atas kesalahan rasuah, tetapi menandakan kembalinya negara kita kepada prinsip dan dasar yang tersurat dalam Perlembagaan dan Rukun Negara yang sebelum ini telah dilupakan oleh para pemimpin kerajaan dalam negara – prinsip di mana Malaysia adalah sebuah negara beraja berperlembagaan, dengan demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, badan kehakiman yang bebas, tadbir urus yang baik, integriti awam dengan rasuah yang minima, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia, dan perpaduan negara dari masyarakat majmuk pelbagai kaum, bahasa, agama, dan budaya di mana tidak ada perbezaan di antara rakyat kelas pertama dan rakyat kelas kedua, baik atas dasar kaum, agama, atau kawasan.
Adakah Malaysia akan bergerak ke arah demokrasi berparlimen yang lebih sihat, di mana terdapatnya pemisahan kuasa yang lebih bermakna, dengan kedaulatan undang-undang dan badan kehakiman yang bebas, di mana negara kita mula pulih dari empat dekad yang gelap yang mana telah dilaporkan sebagai “Kehakiman dalam Bahaya” oleh misi antarabangsa yang diketuai oleh International Commission of Jurists sebelum ini?
Inilah perjuangan kita untuk Pilihan Raya Umum ke-15 – kleptokrasi seperti Sri Lanka atau Malaysia sebagai sebuah negara hebat bertaraf dunia semasa kita menyambut ulang tahun ke-100 negara!
Pakatan Harapan berjuang untuk kehebatan dan saya menyeru semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, atau kawasan, untuk memberikan sokongan padu kepada Pakatan Harapan untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kesepuluh negara dalam perjuangan kita untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hebat bertaraf dunia, jika bukan dalam dekad ini, selewat-lewatnya menjelang ulang tahun ke-100 Malaysia.
(Ucapan Ahli Parlimen DAP iskandar Puteri Lim Kit Siang di Majlis Makan Malam DAP Pulau Pinang di Bukit Mertajam pada hari Sabtu, 8 Oktober 2022)