Najib Razak

When will Najib make a full and clear statement on the history of his relationship with Jho Low, the other mastermind of the 1MDB financial scandal?

By Kit

October 06, 2022

(Versi BM)

Four recent events have again highlighted the special relationship of the two masterminds of the !MDB financial scandal, viz:

1. The testimony of former AmBank managing director Cheah Tek Kuang that Jho Low rode in the convoy ferrying him to Najib Razak’s residence in 2011, and that Jho Low was present in Najib’s residence when the Ambank account opening forms were signed.

2. The statement by two journalists-authors of the 1MDB scandal book “Billion dollar Whale” that no one in Malaysia has actually asked China for the return of fugitive businessperson Low Taek Jho, or Jho Low, despite what was previously reported.

3. The news report that Jho Low is not on Interpol Red Notice list; and

4. Najib’s desire, though a convict serving jail sentence for corruption offences, to discharge his duties as a Member of Parliament.

If Najib wants to discharge his duties as a Member of Parliament until he is disqualified as a MP, he should make a full and clear statement on the history of his relationship with Jho Low, the other mastermind in the 1MDB financial scandal, and tell Malaysians whether it is Jho Low who made use of Najib or Najib who made use of Jho Low.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumopur on Thursday, 6th October 2022)

Bilakah Najib akan memberikan kenyataan yang jelas dan menyeluruh mengenai hubungannya dengan Jho Low, yang merupakan seorang lagi dalang di sebalik skandal kewangan 1MDB?

Empat perkembangan baru-baru ini telah menunjukkan hubungan istimewa di antara dua dalang di sebalik skandal kewangan 1MDB, iaitu:

1. Keterangan bekas pengarah urusan Ambank, Cheah Tek Kuang, yang mengatakan Jho Low turut bersama dalam konvoi yang membawa dia ke kediaman Najib Razak pada tahun 2011, dan Jho Low ada hadir di kediaman Najib semasa borang pembukaan akaun Ambank ditandatangani. 2. Kenyataan dari dua orang wartawan-penulis yang menulis buku mengenai skandal 1MDB yang bertajuk, “Billion Dollar Whale” bahawa tidak ada sesiapa pun di Malaysia yang telah meminta China untuk mengembalikan penjenayah dalam larian, Jho Taek Low, walaupun selepas dilaporkan. 3. Berita bahawa Jho Low tidak ada dalam senarai Notis Merah Interpol; dan 4. Keinginan Najib, walaupun sebagai seorang banduan yang bersalah atas kesalahan rasuah, untuk melaksanakan tugasnya sebagai Ahli Parlimen.

Sekiranya Najib ingin menjalankan tugasnya sebagai Ahli Parlimen sehinggalah dia hilang kelayakannya sebagai seorang Ahli Parlimen, dia patut memberikan kenyataan yang jelas dan menyeluruh mengenai sejarah hubungannya dengan Jho Low, yang merupakan seorang lagi dalang di sebalik skandal kewangan 1MDB, dan beritahu kepada semua rakyat Malaysia sama ada Jho Low yang mempergunakan Najib atau Najib yang mempergunakan Jho Low.

(Kenyataan Media (2) Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis, 6 Oktober 2022)