Lim Kit Siang

Who is the biggest “shark” in the RM9 billion LCS scandal – Najib, Zahid, Hishammuddin or Mat Sabu?

(Versi BM)

Who is the biggest “shark” in the RM9 billion littoral combatant ships (LCS) scandal – Najib Razak who was Prime Minister and Finance Minister from April 2009 to May 2018, Zahid Hamidi who was Defence Minister from April 2009 to May 2013, Hishammuddin Hussein who was Defence Minister from May 2013 to May 2018, or Mohamad Sabu, Defence Minister from May 2018 to February 2020?

I had asked Najib whether he was prepared to take an oath that he had nothing to do with the RM9 billion LCS scandal, but there was no response from him.

He is now in jail and his being in jail did not prevent his daughter, Nooryana Najwa, from reading Najib’s special message to UMNO leaders and members at the UMNO meeting last Saturday.

Similarly, Najib could answer this question and other questions related the new 1MDB scandal – the RM9 billion LCS scandal.

Let Najib answer as to who is the “biggest shark” in the RM9 billion LCS scandal – Najib, Zahid, Hishammuddin or Mohd Sabu, or none of them.

The Ambrin report of the Special Investigation Committee on Public Governance, Procurement and Finance on the LCS (JKUSTUPKK) headed by then auditor-general Ambrin Buang, which was declassified by the Cabinet although there were over 10 pages of redaction and were completely black, referred to a meeting on the LCS project in Najib’s office on 9th October 2007 when Najib was the Defence Minister.

This is proof that the LCS project started in the time when Najib was the Defence Minister a second time from 2000 – 2008.

So far, Najib has not admitted that the LCS project was started during his time when he was the Defence Minister a second time.

Najib should be more forthcoming on his role in the RM9 billion LCS scandal.

(Media Statement (2) by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Monday, 29th August 2022)


Siapakah “jerung” terbesar dalam skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini – Najib, Zahid, Hishammuddin, atau Mat Sabu?

Siapakah “jerung” terbesar dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang melibatkan RM9 billion ini – Najib Razak, yang merupakan Perdana Menteri dari April 2009 sehingga Mei 2018, Zahid Hamidi yang merupakan Menteri Pertahanan dari April 2009 sehingga Mei 2013, Hishammuddin Hussein yang merupakan Menteri Pertahanan dari Mei 2013 sehingga Mei 2018, atau Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan dari Mei 2018 sehingga Februari 2020?

Saya telah bertanya kepada Najib sama ada dia bersedia untuk bersumpah yang dia tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan skandal LCS ini, namun tidak menerima apa-apa maklum balas darinya.

Dia kini berada dalam penjara tetapi dia berada di penjara tidak menghalau anaknya, Nooryana Najwa untuk membaca perutusan khas Najib kepada pemimpin dan ahli UMNO di taklimat khas UMNO pada hari Sabtu lepas.

Dengan cara yang sama, Najib boleh menjawab soalan ini dan juga soalan-soalan lain yang berkaitan dengan skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini.

Biar Najib yang jawab, siapakah “jerung terbesar” dalam skandal LCS ini – sama ada Najib, Zahid, Hishammuddin, atau Mohd Sabu, atau bukan seorang dari mereka ini.

Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan, dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) LCS yang dipengerusikan oleh ketua audit negara, Ambrin Buang, yang dinyah-rahsiakan oleh Kabinet, walaupun dengan hampir sepuluh muka surat dipadam, merujuk kepada satu mesyuarat mengenai projek LCS di pejabat Najib pada 9 Oktober 2007, semasa Najib masih menjadi Menteri Pertahanan.

Perkara ini adalah bukti yang projek LCS ini bermula seawal Najib masih menjadi Menteri Pertahanan buat kali kedua dari tahun 2000 sehingga tahun 2008.

Setakat ini, Najib tidak mengakui yang projek LCS ini bermula semasa dia menjadi Menteri Pertahanan buat kali kedua.

Najib perlu berterus terang mengenai peranannya dalam skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini.

(Kenyataan Media (2) oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Isnin, 29 Ogos 2022)

Exit mobile version