Lim Kit Siang

Why is UMNO now hostile to the PAC report on RM9 billion LCS scandal when earlier the Defence Minister Hishammuddin Hussein had promised to act based on the PAC’s recommendations on the LCS scandal?

(Versi BM)

The Malaysian public are now very confused: why is UMNO now hostile to the Public Accounts Committee (PAC) report on the RM9 billion littoral combatant ship (LCS) scandal when earlier that Defence Minister, Hishammuddin Hussein, had promised to act based on the PAC’s recommendations on the LSE scandal?

The latest development of the LCS scandal saw the current and former PAC chairmen trading barbs, with Johore UMNO deputy chief and former PAC Chairman Nur Jazlan Mohamd accusing his successor Wong Kah Woh of abusing his position to benefit Pakatan Harapan with Wong responding that the PAC was a bipartisan body and all of its reports were produced based on consensus.

Is Nur Jazlan trying to provoke the nine government members (three each from UMNO and Bersatu, two from PAS and one from PBB) on the 14-member PAC to repudiate the PAC report on the LCS scandal?

Is it all because of the forthcoming 15th General Election which UMNO leaders want to be held immediately or at least by this year?

I will withhold my comment and disappointment with Nur Jazlan over the his failure as PAC Chairman to expose the RM50 billion 1MDB scandal in the 13th Malaysian Parliament, which was bullied by the then Prime Minister to “cover up” what had been described by an United States Attorney-General as “kleptocracy at its worst”.

But I will always wonder why a chartered accountant could bamboozled into defending the RM50 billion 1MDB scandal.

But Nur Jazlan should remember the statement of the Defence Minister, Hishamuuddin Hussein, when the PAC report on the RM9 billion LCS scandal was presented to Parliament on August 4, 2022.

Hishammuddin had said his ministry and all related stakeholders would take into account the recommendations made by the PAC report on the LCS scandal.

Hishammuddin had said:

“I take note of PAC findings on the LCS project released earlier today.

“We, at the Ministry of Defence (Mindef), have given full cooperation and remain transparent while attending proceedings and PAC’s investigations process.”

The PAC report had pointed out that not a single ship had been completed, although Putrajaya had spent RM6 billion over the project given to Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) via direct negotiations.

The Royal Malaysian Navy’s views were ignored by the Defence Ministry and Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Hishammuddin had said the cabinet had in April agreed to the LCS Recovery Plan that allows for a six months mobilisation period, allowing for discussions with original equipment manufacturers and vendors, subsequently finalising the LCS procurement plan as needed by the navy.

The cabinet also agreed to form a special governance committee chaired by the Treasury secretary-general, Finance Ministry’s secretary-general and Mindef’s secretary-general to oversee the mobilisation process and report to the cabinet.

I agree with Hishammuddin that moving forwards, the most important thing now is to ensure the LCS project can go on smoothly, as the LCS assets are highly needed for the security of the country’s waters, in line with the Armada Transformation Programme 15 to 5, and for the interest of the navy.

This is also why I agree with the DAP deputy secretary-general Liew Chin Tong that Hishammuddin should reveal what was the fifth supplementary contract signed by the Defence Ministry with Boustead Naval Shipyard (BNS) on the LCS project on May 31, 2022 – according to a BNS filing to the Companies Commission.

Will any sum from the remaining RM3.048 billion in the six LCS contract be released to BNS?

I must remind Hishammuddin he has still to answer two questions which I had put to him:

1. Why the Defence Ministry had reduced from two LCS to one LCS which must be completed and delivered by the contractor with no additional government funds before the government moved on with the LCS project. When Hishammuddin appeared before the Public Accounts Committee on 25th January 2022, he spoke about “corporate restructuring” of the RM9 billion LCS contract and that the contractor, BNS, will have to deliver two LCS without any new cost to the government.

2. Whether the contractor BNS has agreed to complete the first littoral combatant ship (LCS 1) without involving new government allocations.

The UMNO information chief Shahril Hamdan has made a very interesting video statement on his Facebook the day before, where he listed corruption cases involving several government agencies or GLCs to prove that corrupt people in high places are not always politicians.

He said it is a “wrong assumption that misappropriation, mismanagement, and the like must involve an instruction from ‘sharks’ who must be a minister or prime minister”.

The more pertinent question is who were the “sharks” in the RM9 billion LCS scandal – whether the then Prime Minister, Najib Razak and the then Defence Minister, Zahid Hamidi, were among the “sharks”!

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Saturday, 20th August 2022)


Mengapakah UMNO kini benci laporan PAC ke atas skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini sedangkan sebelum ini Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein, telah berjanji untuk mengambil tindakan mengikut cadangan PAC ke atas skandal ini?

Orang awam di Malaysia kini keliru: mengapa UMNO kini benci terhadap laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai skandal kapal tempur pesisir (LCS) yang melibatkan RM9 billion sedangkan sebelum ini, Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein, telah berjanji untuk mengambil tindakan mengikut cadangan PAC terhadap skandal LCS ini.

Perkembangan terkini dalam skandal LCS ini menyaksikan Pengerusi semasa dan bekas Pengerusi PAC bertikam lidah, di mana Timbalan Pengerusi UMNO Johor yang juga merupakan bekas pengerusi PAC, Nur Jazlan Mohamad, menuduh penggantinya, Wong Kah Woh, sebagai menyalahgunakan kedudukannya untuk membawa kelebihan kepada Pakatan Harapan, dengan Wong pula mengatakan yang PAC adalah satu badan bipartisan dan semua laporannya diterbitkan berdasarkan persetujuan bersama.

Adakah Nur Jazlan sedang membuat provokasi terhadap sembilan orang ahli kerajaan (tiga orang dari UMNO dan Bersatu, dua orang dari PAS, dan seorang dari PBB) dalam PAC untuk menyangkal laporan skandal LCS ini?

Adakah semua ini kerana Pilihan Raya Umum ke-15 yang pemimpin UMNO mahu diadakan segera atau sekurang-kurangnya dalam tahun ini juga?

Saya akan menahan dari menulis komen dan kekecewaan saya terhadap Nur Jazlan mengenai kegagalannya sebagai Pengerusi PAC untuk mendedahkan skandal 1MDB yang melibatkan RM50 billion dalam Parlimen ke-13 sebelum ini, Parlimen yang telah dibuli oleh Perdana Menteri ketika itu untuk “menutup” apa yang telah digambarkan oleh Peguam Negara Amerika Syarikat sebagai “kleptokrasi dalam bentuk yang terburuk”.

Namun, saya masih tertanya-tanya, bagaimana seorang akauntan bertauliah boleh tertipu dengan skandal 1MDB yang melibatkan RM50 billion ini.

Nur Jazlan perlu ingat mengenai kenyataan Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein, semasa laporan PAC mengenai skandal LCS ini dibentangkan ke Parlimen pada 4 Ogos 2022.

Hishammuddin mengatakan yang kementeriannya dan semua pemegang taruh akan mengambil kira cadangan yang telah dibuat oleh laporan PAC ini.

Hishammuddin mengatakan:

“Saya ambil maklum dapatan PAC mengenai projek LCS yang baru diterbitkan hari ini.

“Kami, di Kementerian Pertahanan (Mindef), telah memberikan kerjasama penuh dan akan terus telus dalam mengendalikan mesyuarat dan proses siasatan PAC.”

Laporan PAC ini mendedahkan bahawa tidak ada satu kapal pun yang telah siap dibina, walaupun Putrajaya telah membelanjakan RM6 billion untuk projek ini yang telah diberikan kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) melalui rundingan terus.

Pandangan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah diabaikan oleh Kementerian Pertahanan dan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Hishammuddin telah mengatakan yang kabinet pada bulan April bersetuju dengan Rancangan Pemulihan LCS yang memperuntukan tempoh mobilisasi selama enam bulan, membolehkan rundingan dengan pengeluar perkakasan dan juga vendor-vendor, untuk melengkapkan perolehan LCS seperti yang diperlukan oleh pihak tentera laut.

Kabinet juga bersetuju untuk membentuk sebuah jawatankuasa khas tadbir urus, yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan untuk memantau proses mobilisasi ini dan memberikan laporan kepada Kabinet.

Saya bersetuju dengan Hishammuddin, yang untuk bergerak ke hadapan, perkara yang paling penting sekarang adalah untuk memastikan projek LCS ini dapat berjalan lancar, memandangkan aset LCS ini amat diperlukan untuk keselamatan kawasan perairan negara, selari dengan Program Transformasi Armada 15 hingga 5, dan juga demi kepentingan pihak tentera laut.

Kerana ini jugalah saya bersetuju dengan timbalan setiausaha agung DAP, Liew Chin Tong, yang mengatakan Hishammuddin patut mendedahkan apakah kontrak tambahan kelima yang dimeterai di antara pihak Kementerian Pertahanan dengan Boustead Naval Shipyard (BNS) mengenai projek LCS ini pada 31 Mei 2022 – yang ditemui melalui rekod BNS dengan Suruhanjaya Syarikat.

Adakah baki RM3.048 billion untuk kontrak enam LCS ini diberikan kepada BNS?

Saya perlu mengingatkan Hishammuddin yang dia masih perlu menjawab dua persoalan yang saya bangkitkan sebelum ini:

1. Mengapakah Kementerian Pertahanan mengurangkan dari dua LCS yang perlu disiapkan oleh pihak kontraktor kepada satu LCS tanpa dana tambahan dari kerajaan sebelum kerajaan akan bergerak ke hadapan dengan projek LCS ini. Semasa Hishammuddin hadir di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara pada 25 Januari 2022, di bercakap mengenai “penstrukturan semula korporat” kontrak LCS dan pihak kontraktor, BNS, perlu menyiapkan dua buah LCS tanpa kos baharu kepada kerajaan.

2. Adakah pihak kontraktor, BNS, telah bersetuju untuk menyiapkan kapal tempur pesisir pertama (LCS 1) tanpa dana tambahan dari kerajaan.

Ketua penerangan UMNO, Shahril Hamdan, telah membuat satu kenyataan video yang menarik di laman Facebook dia sebelum ini, di mana dia menyenaraikan kes rasuah yang melibatkan beberapa agensi kerajaan atau GLC untuk membuktikan yang orang korup yang memegang jawatan tinggi ini tidak semesti ahli politik.

Dia mengatakan, menjadi satu “tanggapan salah untuk mengatakan penyelewengan, salah urus, dan perkara sebegini mesti melibatkan arahan dari “jerung” yang mestinya menteri atau perdana menteri”.

Soalan yang lebih besar di sini, siapakah “jerung” dalam skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini – sama ada Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, dan Menteri Pertahanan ketika itu, Zahid Hamidi, adalah antara “jerung-jerung” ketika itu!

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 20 Ogos 2022)

Exit mobile version