Lim Kit Siang

Open Letter to the Minister of Defence, Hishammuddin Hussein on Ten Reasons why there is an urgent need for a Royal Commission of Inquiry into the RM9 billion Littoral Combatant Ship (LCS) scandal

(Versi BM)

I am writing this Open Letter to the Defence Minister, Hishammuddin Hussein, on ten reasons why it is necessary to have a Royal Commission of Inquiry (RCI) into the RM9 billion littoral combatant ship (LCS) scandal and why he should present the RCI proposal to the Cabinet tomorrow, although views had been expressed that an RCI is not needed now but only action by the Malaysian Anti-Corruption Commission.

The ten reasons are:

(1) Although the all-party Public Accounts Committee (PAC) had done a great job in opening up on the subject of the RM9 billion LCS scandal, not all the facts of the scandal had been unearthed. For instance, the origin of the RM9 billion procurement, its development and the rationale for the various important decisions taken in the scandal resulting in the massive scale and prolongation of the scandal are not known.

(2) There have been four Prime Ministers and nine Defence Ministers in the past 22 years, and everyone of them should be able to throw light on the LCS scandal by testifying at the Royal Commission of Inquiry.

(3) What were the roles of the then Prime Minister and Finance Minister in the scandal.

(4) The RCI should inquire whether the decision to procure Gowind LCS was decided right from the beginning of the six LSC procurement process, when was Gowind LCS procurement decision first taken and why the views and needs of the end-user, the Royal Malaysian Navy, had been completely ignored.

(5) The RCI should inquire whether the Gowind LCS procurement was in the best interest of the nation, whether from the financial or security viewpoint.

(6) UMNO President and former Defence Minister, Zahid Hamidi had expressed fears that explaining the LCS scandal could expose national defence secrets and he asked the PAC to be “more sensitive on defence matters”. But he was unable to cite a single instance in the PAC report of 247 pages, together with 489 pages of Hansard proceedings and 192 pages of slides which compromised the nation’s defence secrets or where the PAC had not been “more sensitive on defence matters”. On the contrary, the opague nature and lack of transparency in defence procurement bred corruption, breaches of trust, abuses of power, malpractices and manipulation in defence procurements leading to Malaysia being classified in the low “D” rating in Transparency International’s Government Defence Integrity (GDI) Index, signifying there is “high risk” of corruption. The RCI should make recommendations as to how to upgrade Malaysia’s TI GDI to “C” status, which signifies “moderate” status in the company of Australia, Canada, Denmark, Finland , France, Japan, Philippines, Singapore, South Korea, Sweden and the United States.

(7) Well-known columnist P. Gunasegaram has written an article entitled “Enough meat on LCS bone for MACC to act”. MACC had dragged its feet involving inordinate delay of several years in investigating the RM9 billion LCS scandal. The RCI must investigate into the reasons to improve MACC efficiency so that Malaysia’s Transparency International (TI) Corruption Perception Index (CPI) can approach the National Integrity Plan 2003-2008 objective to be among the top 30 countries in the world with the least corruption.

(8) To work out a system where hundreds of millions or billions of ringgit of defence procurements do not end up benefitting foreign contractors at the expense of military and ex-military personnel as well as a handful of cronies of the powerful to become multi-millionaires if not billionaires, although the procurement was justified in the name of the military and ex-military personnel, the rakyat and the nation.

(9) To learn the lessons of the RM9 billion LCS scandal, as to what good governance practices should be followed in Malaysia so that corruption in whatever sector can be reduced to the minimum, and not wait for fortunate events like the 2018 general election where there was a change of government and allowed parliamentary reforms to start, resulting in an Opposition Member of Parliament (Wong Kah Woh) helming the Public Accounts Committee and the expose of the RM9 billion LCS scandal.

(10) To move forward on the best possible way to complete the construction and delivery of the six LCS which are critical to safeguard the country’s security and sovereignty as the navy needs to have a combat capability in line with developments in the regional geostrategic and geopolitical security landscape.

(Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Tuesday, August 16, 2022)


Surat Terbuka kepada Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein, mengenai Sepuluh Sebab mengapa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja ke atas skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang melibatkan RM9 billion diperlukan segera

Saya menulis Surat Terbuka ini kepada Menteri Pertahanan, Hishammuddin Hussein, menyenaraikan sepuluh sebab mengapa sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ke atas skandal Kapal Tempur Pesisir (LCS) yang melibatkan RM9 billion diperlukan segera dan mengapa dia perlu membentangkan cadangan untuk membentuk RCI ini kepada mesyuarat Kabinet esok, walaupun ada pendapat yang mengatakan RCI tidak diperlukan sebaliknya hanya memerlukan tindakan dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sepuluh sebab ini adalah:

(1) Walaupun Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang diwakili semua parti telah menjalankan tugas yang baik dalam membuka perbincangan mengenai skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini, bukan semua fakta mengenai skandal ini telah didedahkan. Sebagai contoh, asal-usul perolehan projek RM9 billion ini, perkembangannya, dan sebab-sebab untuk pelbagai keputusan penting yang diambil yang telah menyebabkan kelewatan dalam skandal ini masih belum diketahui.

(2) Terdapat empat orang Perdana Menteri dan sembilan orang Menteri Pertahanan dalam 22 tahun yang lepas, dan setiap seorang dari mereka patut boleh memberikan pencerahan mengenai skandal LCS ini melalui keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja.

(3) Apakah peranan yang dimainkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa skandal ini bermula.

(4) RCI ini perlu menyiasat sama ada keputusan untuk menempah LCS Gowind ini telah ditentukan sejak dari awal proses perolehan lagi, dan bilakah keputusan untuk menempah LCS Gowind ini dibuat dan mengapa pendapat dan keperluan pengguna akhir, Tentera Laut Diraja Malaysia, telah diabaikan sepenuhnya.

(5) RCI patut menyiasat sama ada perolehan LCS Gowind ini dibuat atas kepentingan negara, sama ada dari segi kewangan atau keselamatan.

(6) Presiden UMNO dan bekas Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi, telah menyatakan kebimbangan mengenai pendedahan rahsia pertahanan negara untuk memberikan penjelasan mengenai skandal LCS ini dan dia meminta PAC untuk “lebih sensitif terhadap perkara berkaitan pertahanan”. Namun dia gagal untuk memetik satu pun contoh di mana laporan PAC dengan 247 muka surat, bersama dengan 489 muka surat hansard, dan 192 muka surat slaid pembentangan yang berpotensi mendedahkan rahsia pertahanan negara atau kejadian di mana PAC tidak “lebih sensitif terhadap perkara berkaitan pertahanan”. Sebaliknya, sifat perolehan yang tidak terbuka dalam bidang pertahanan ini telah menjadi tempat pembiakan rasuah, pecah amanah, salah guna kuasa, salah urus, dan penyelewengan sehingga menyebabkan Malaysia diklasifikasikan dengan gred “D” dalam Indeks Integriti Pertahanan Kerajaan (GDI) terbitan Transparency International (TI), menunjukkan terdapat “risiko tinggi” penyelewengan. RCI ini juga perlu membuat cadangan mengenai bagaimana untuk menaik taraf kedudukan Malaysia dalam GDI ke gred “C”, yang menunjukkan status “sederhana” seperti di negara-negara seperti Australia, Kanada, Denmark, Finland, Perancis, Jepun, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Sweden, dan Amerika Syarikat.

(7) Kolumnis terkenal, P. Gunasegaram, telah menulis sebuah artikel yang bertajuk “Enough meat on LCS bone for MACC to act”. SPRM telah berlengah-lengah selama bertahun lamanya dalam menyiasat skandal LCS ini. RCI ini perlu menyiasat sebabnya untuk menambah baik keberkesanan SPRM supaya Indeks Persepsi Rasuah (CPI) untuk Malaysia dapat mencapai sasaran Pelan Integriti Negara 2003-2008 untuk menjadi 30 negara teratas dengan paling sedikit rasuah.

(8) Untuk mencari penyelesaian di mana ratusan juta atau berbillion ringgit dalam perolehan pertahanan tidak akhirnya hanya memberikan manfaat kepada kontraktor asing sedangkan kepentingan para anggota dan pesara tentera dikorbankan, dan kejadian di mana sejumlah kecil kroni mereka yang berkuasa menjadi jutawan melalui proses perolehan yang dikatakan dibuat atas nama anggota dan pesara tentera, rakyat, dan negara.

(9) Untuk mempelajari pengajaran dari skandal LCS yang melibatkan RM9 billion ini, mengenai apakah langkah tadbir urus yang patut dipatuhi di Malaysia, supaya rasuah dalam apa-apa bidang sekalipun dapat dikurangkan, dan bukannya untuk negara kita menunggu kejadian luar biasa seperti pilihan raya 2018, di mana berlakunya perubahan kerajaan yang membolehkan reformasi parlimen untuk dilakukan yang membawa kepada pelantikan ahli parlimen pembangkang, Wong Kah Woh, sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk mendedahkan skandal ini.

(10) Membolehkan kita bergerak ke hadapan dalam cara yang terbaik untuk menyiapkan pembinaan dan penghantaran keenam-enam kapal tempur pesisir ini yang merupakan satu perkara yang kritikal untuk melindungi keselamatan dan kedaulatan negara kerana pihak tentera laut memerlukan kebolehan tempur yang selari dengan perkembangan geostrategi dan geopolitik terkini dalam kawasan serantau.

(Kenyataan Media oleh Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Selasa, 16 Ogos 2022)

Exit mobile version